BAB 30

2.8K 238 11
                                    

Rai pandang sekilas seseorang yang berdiri di belakang Helena sejak tadi. Dia rasa tak selesa mahu berbual dengan Helena, kerana terdapat orang lain di situ.

"Siapa tu?" tanya Rai.

"Ni? Botak," jawab Helena bersahaja. Kedudukan sehelai selendang yang ada di bahu, dibetulkan. Dia sedang bersiap untuk peragakan baju kurung daripada sebuah butik.

"Aku tak tanya nama dia. Aku tanya dia siapa." Rai mendekati Helena.

"Bodyguard," jawab Helena pendek.

"Kenapa tiba-tiba ada bodyguard?" Rai melihat sekeliling, mencari seseorang yang mengancam keselamatan Helena.

"Eden," sebaris nama yang buat Rai kembali menatap wanita yang sedang merapikan rambut.

"Eden bayar dia ni, untuk keselamatan kau?" Rai tutup mulut yang sudah menganga. Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba saja Eden mengupah pengawal peribadi.

Helena melihat Rai daripada pantulan cermin. Rai memang layak menerima jolokan 'drama queen'.

"Siapa yang tak sayang isteri, kan?" Rai berdiri sambil berpeluk tubuh. Tak lama kemudian, lengannya dipukul kasar oleh Helena.

"Kau tu sebelum cakap apa-apa, tengok kiri kanan dulu boleh tak?!" marah Helena.

"Ops! Sorry," Rai tersengih seperti kerang busuk, akibat perkataan isteri yang meluncur laju keluar daripada mulutnya.

"Sampai bila dia ikut kau?" Rai rasa tak selesa kerana mereka menjadi perhatian beberapa pasang mata.

Helena jongketkan bahu. Dia sendiri tak tahu sampai bila.

"El," panggil Rai yang berbisik.

Helena mengalihkan pandangan, meminta wanita itu untuk menyambung ayatnya.

"Macam mana kalau satu hari nanti, kau mengandung? Apa yang aku nak cakap dekat media?" Rai mahu bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan.

"Tak payah risaulah pasal tu," jawab Helena tenang.

Perkara tersebut tidak akan berlaku, kerana tiada apa-apa yang terjadi di antara mereka berdua. Selepas ini, dia akan pastikan mereka bercerai.

"Kenapa kau yakin sangat?" Rai mula curiga.

Helena berdehem beberapa kali.

"Dia sibuk dekat Belgium, jarang balik Malaysia," jawab Helena.

"Tapi..."

"Floor manager dah panggil tu. Aku pergi dululah," potong Helena laju. Nasib baik ada seorang kru wanita beri isyarat kepadanya supaya bersedia, kerana pertunjukan fesyen akan berlangsung tidak lama lagi.

Rai hanya melihat Helena yang melangkah begitu laju. Kemudian, dia alihkan pandangan kepada Botak yang mengangkat sebelah kening. Rai bingkas bangun dan berlalu pergi, rasa seram melihatnya.

Selesai peragakan koleksi baju, Helena yang baru selesai mengganti pakaian dikejutkan dengan suara orang yang berbisik di antara satu sama lain.

"You look stunning," puji Haider sambil menghulur sejambak bunga.

Helena menyambut dan membalas dengan segaris senyuman. Dia mengerling Botak yang berdiri tidak jauh daripada mereka.

"Baru sampai ke?" Sewaktu berada di atas pentas tadi, Helena pasti Haider tiada dan kini, lelaki itu tiba-tiba muncul.

Haider mengangguk.

"Baru habis shooting," jawab Haider yang sedang sibuk dengan sebuah filem.

Helena sekali lagi memandang sekilas ke arah Botak. Lelaki itu kelihatan sedang menggunakan telefon bimbitnya dan objek tersebut dihala kepadanya.

Cinta Berakhir BahagiaWhere stories live. Discover now