Eden buka pintu satu per satu, mencari isterinya. Apabila dia cuba menolak daun pintu seterusnya, ia terkunci daripada dalam.
Dia ambil kunci pendua dari ruang tamu dan pintu yang terkunci tadi, akhirnya terbuka. Eden melihat katil yang tak terusik.
Kaki melangkah masuk ke ruangan itu. Perkara pertama yang menarik perhatiannya adalah, Helena yang sedang tidur sambil memeluk kaki di belakang pintu.
Kepala Helena direhatkan di atas lutut. Lama dia melihat wanita itu, sebelum berdehem beberapa kali. Helena masih lena.
Eden kuis menggunakan kaki. Namun, Helena masih tidak membuka mata dan hanya menukar posisi kepala.
Eden mendengus kasar.
"Arghhh!" Helena terpaksa bangun daripada lelap kerana rambutnya ditarik seseorang.
"Y... You nak apa?" Helena tahan rambutnya daripada ditarik dengan lebih kuat. Rambut yang dijaga dengan penuh perhatian, dirasakan seperti mahu tercabut daripada kulit kepala.
"Mulai dari hari ni, aku nak kau masak, bersihkan rumah ni," kata Eden yang berbaur arahan.
Helena terdiam seketika. Dia dibesarkan bagai seorang puteri, semuanya sudah disiapkan oleh pembantu rumah.
"Faham tak?!" Eden tarik rambut Helena yang berada dalam cengkamannya sedikit kuat.
Helena tidak menjawab dan hanya mengangguk.
Rambut Helena dilepaskan dan Eden keluar daripada situ.
Kalau tak menangis, mesti terjerit-jerit macam orang gila. Kata Eden di dalam hati, sewaktu naik ke tingkat atas.
Helena rapikan rambut. Dia jeling jam di dinding kerana rasa seperti baru terlena.
3:00 pagi! Dahinya berkerut, dia dikejut seawal jam 3:00 pagi hanya semata-semata disuruh masak?
Kaki terjengket-jengket sewaktu melangkah, takut Eden berada di ruang tamu. Setelah pastikan semuanya 'selamat, dia ambil beg bagasi di tepi pintu dan berlari masuk ke kamarnya semula.
Sehelai t-shirt dan seluar dikeluarkan, Helena menghilang disebalik pintu untuk bersihkan diri.
Helena sudah selesai menyediakan sarapan. Dia kerling jarum jam yang hampir ke angka lima.
Pandangan jatuh pada lengan, terdapat beberapa tompokan kecil berwarna merah. Dia terkena percikan minyak sewaktu menggoreng telur tadi.
Selepas beberapa kali percubaan, akhirnya telur mata berjaya digoreng tanpa hangus sedikit pun. Dia berjaya menyiapkan sarapan pagi ala barat.
Helena berdiri di depan pintu Eden, berbincang dengan fikirannya sama ada mahu ketuk pintu atau tunggu di bawah.
Setelah mengumpulkan kekuatan, tangan didekatkan pada pintu. Belum sempat dia mengetuk, pintu itu sudah terlebih dahulu terbuka.
Eden melihatnya atas bawah. Dia turut terkejut kerana Helena hanya berdiri di hadapan kamarnya tanpa berbuat apa-apa.
"Sarapan dah siap," kata Helena, tidak mahu Eden salah faham.
Mereka menuruni anak tangga bersama-sama, kaki Helena berhenti melangkah apabila jejaka di hadapannya itu berhenti.
"Lepas ni, jangan jejakkan kaki kau dekat tingkat atas. Kalau aku tahu, kau naik..." Eden berpusing, melihat Helena yang mengangguk.
Kalau tolak dia sekarang, rasanya apa jadi? Helena bersoal jawab sendirian.
"Helena!" suara Eden kembalikan Helena ke dunia nyata.
YOU ARE READING
Cinta Berakhir Bahagia
RomanceAgency Series (3) Siapa sangka kekasih hati yang hilang tanpa kata, muncul semula menghantui hidup Sharifah Helena. Kini, Eden Zahrin kembali sebagai bakal suami kepada sepupu Helena. "You were my biggest mistake, Helena." - Eden Zahrin Rancangan di...