BAB 51

1.8K 278 15
                                    

Pagi tadi, sewaktu dia terjaga dari tidur, isterinya sudah menghilang entah ke mana.

Apabila dicari, barulah dia tahu Helena sudah menghuni kembali kamar di tingkat bawah yang pernah dihuninya sebelum ini.

Walaupun sudah 15 minit dia mengetuk pintu, Helena masih tetap tak mahu buka pintu. Jadi, dia terpaksa meninggalkannya kerana dia sudah terlewat untuk masuk ke pejabat.

Sewaktu pulang dari pejabat pula, Siti beritahu yang Helena sudah keluar sejak siang tadi dan masih belum pulang.

Dia ada menghubungi isterinya beberapa kali, tapi panggilannya hanya dibiarkan sepi.

Namun, tak lama selepas itu Mika menjawab panggilan dan memberitahu Helena berada di rumah bersama keluarganya.

Nak tak nak, dia harus mengunjungi teratak itu untuk mengambil Helena. Bimbang Encik Syed dan Puan Marissa dapat menghidu yang mereka sedang bertengkar.

"Helen." Eden cuba mencapai Helena dengan tangan kirinya. Helena terus bergerak menjauhinya sedikit.

Eden terlalu ikutkan perasaannya malam tadi. Dia rasa tercabar apabila Helena bergelak ketawa dengan lelaki lain. Tambahan pula, api cemburunya semakin menjadi-jadi apabila Helena seolah-olah berpihak kepada Haider setiap kali dia bertanyakan soalan.

"Saya minta maaf," ucap Eden yang sedang memandu.

Helena langsung tak menoleh dan hanya termenung melihat pemandangan jalan raya yang sudah gelap.

"Saya betul-betul menyesal. Saya tak sengaja malam tadi," tambah Eden lagi apabila tiada balasan.

Helena tersenyum sinis. Kalau ikutkan perasaannya yang sedang menahan marah, sudah lama dia maki hamun Eden. Tapi, disebabkan perasaan kecewa yang lebih menguasai diri, dia putuskan untuk berdiam diri saja.

"Helen, jangan diam macam ni," hujung mata Eden kerling isterinya yang masih berada di posisi yang sama.

Tangan Eden cuba mencapai lengan Helena.

"Kalau awak sentuh saya lagi, saya akan pastikan awak takkan jumpa saya sampai bila-bila." Helena menghantar amaran keras.

Eden terus tarik tangannya semula. Sekurang-kurangnya Helena sudah buka mulut.

"Saya boleh terangkan..."

"Nak terangkan apa?! Ada awak dengar penjelasan saya semalam?" suara Helena mula meninggi.

Kenapa dia harus mendengar alasan jejaka ini, sedangkan dia langsung tak diberi ruang untuk menerangkan hubungannya dengan Haider yang tak lebih dari seorang kawan.

"Saya tahu apa yang saya buat tu dah melampau. Tapi, macam mana pula dengan perasan saya bila awak asyik sebut nama lelaki lain depan saya?" Eden suarakan ketidakpuasan hati.

"Perasaan awak? Macam mana pula dengan perasaan saya? Saya pun ada hati, Eden," terang Helena yang jelas kedengaran kecewa.

"Awak terlalu ikutkan perasaan. Disebabkan awak jealous dengan Haider, saya yang jadi mangsanya. Tak adil untuk saya," sambung Helena lagi.

"Saya cuma minta hak saya sebagai suami, salah ke?" balas Eden yang fokus untuk memarkir kereta.

"Hak?" Helena ulang perkataan tersebut.

Rasa seperti mahu ketawa apabila Eden mahukan haknya sebagai suami. Sebelum ini, dia lakukan pelbagai cara untuk menarik perhatian suaminya, namun menemui jalan buntu. Disebabkan sebaris nama, mahkota dirinya diragut tanpa persetujuan.

"Jangan nak pusing cerita, Eden. Awak lagi tahu apa yang jadi malam tu." Helena keluar dari kereta dan pintu dihempas kuat.

Eden pandang belakang Helena yang sudah menghilang masuk ke dalam lif kurung.

Cinta Berakhir BahagiaWhere stories live. Discover now