Rai berdehem beberapa kali untuk menyedarkan Helena, namun Helena masih tidak bergerak. Dia menyiku Helena yang termenung jauh.
Helena yang baru tersedar daripada lamunan, melihat Haider yang menyua sesuatu. Dia menyambut huluran itu bersama segaris senyuman.
Helena bersetuju menandatangani kontrak itu, atas nasihat Rai. Dia mahu menukar persepsi orang ramai tentang tingkah laku Helena, yang dikatakan seperti diva dan suka mengarah orang.
"I'm excited they paired me with you." Haider menggenggam tangan Helena yang bersalaman dengannya.
"I hope this collaboration will be good for us." Helena cuba tarik tangannya semula, namun tak berjaya.
"Terima kasih, Haider. Kita orang nak cepat ni, sebab dia ada shoot," selit Rai sambil melerai pegangan lelaki itu. Helena ditarik supaya berdiri di belakangnya.
Haider mengangguk dan menghadiahkan senyuman kepada Helena yang berpura-pura tidak melihatnya.
"Mr. Lee, terima kasih," setelah berpamitan dengan direktor Motion Talent, lengan Helena ditarik keluar daripada situ.
"Haider tu kenapa? Macam angau je aku tengok dia," luah Rai sewaktu mereka berada di dalam kereta.
Helena jongket bahu lalu rehatkan kepala pada kerusi.
You were my biggest mistake. Ayat ini bermain di mindanya setiap masa, walaupun sudah seminggu berlalu sejak pertemuan mereka.
Helena sering termenung sendirian, tak kira dimana dia berada. Sewaktu makan, di set penggambaran, sewaktu Rai sedang terangkan sesuatu, ayat itu seperti sudah melekat di benaknya.
Apa yang berlaku? Sebelum Eden pergi meninggalkannya, dia pasti dia hubungan mereka baik-baik saja. Namun, kejadian itu berlaku sudah lebih sedekad. Memori tentang mereka berdua samar-samar di ingatannya.
"El!!!" Rai terjerit kecil kerana pertanyaannya tak diendahkan.
Helena yang baru tersedar, terus betulkan duduk. Dia pandang ke hadapan, melihat Rai yang sedang memandu.
"Kau tu kalau termenung sehari, boleh tak?!" marah Rai.
"Mana ada aku..."
"Bagi tahu apa yang aku cakap tadi," potong Rai.
Helena menayang sebaris gigi yang tersusun rapi.
"Sorry, Rai. Aku penat, tu yang kadang-kadang termenung." Helena berbohong.
Rai mengeluh.
"Apa kau cakap tadi, Haider? Kenapa dengan dia?" Helena kembali teringatkan lelaki itu.
"Jangan risau pasal dia. Aku dah tanya orang-orang yang pernah kerja dengan dia. Semua cakap dia okey, tak ada yang pelik," terang Rai yang risau keselamatan Helena.
"Aku percayakan kau, Rai. Lagi pun, enam bulan je." Helena turut bersetuju, ia adalah satu tempoh masa yang pendek.
"Kau jangan buat hal ya nanti! Tak pasal-pasal kena bayar pampasan pula." Rai meningingatkan denda yang perlu dibayar, jika Helena melanggar kontrak.
Dia diminta untuk membayar sejumlah duit, jika Helena didapati melanggar kontrak seperti curang atau melakukan sesuatu yang boleh memberi kesan kepada nama Haider.
Haider juga perlu membayar denda, jika dia melakukan hal yang sama.
"Kau jangan tiba-tiba nak jatuh cinta, tersuka dekat orang, nak kahwinlah apa..."
"Jauh sangat kau melalut, Rai," potong Helena.
"Macam-macam boleh jadi dalam tempoh enam bulan," balas Rai yang mengerling Helena melalui cermin pandang belakang.
YOU ARE READING
Cinta Berakhir Bahagia
RomanceAgency Series (3) Siapa sangka kekasih hati yang hilang tanpa kata, muncul semula menghantui hidup Sharifah Helena. Kini, Eden Zahrin kembali sebagai bakal suami kepada sepupu Helena. "You were my biggest mistake, Helena." - Eden Zahrin Rancangan di...