Eden melihat wanita yang berada di hadapannya. Siapa sangka, wanita secantik Helena begitu licik.
Dia mencapai sebuah baldi dan dituang kepada Helena. Menyadarkan gadis itu daripada pengsan.
Helena yang merasakan oksigen masuk ke dalam organ, cuba bernafas walaupun dia kelihatan seperti terkapai-kapai.
Eden melempar baldi yang dipegang, ke tepi. Dia tarik sebuah kerusi, duduk di hadapan Helena yang kelihatan terperanjat.
Helena melihat seluruh ruangan itu. Ia kelihatan seperti sebuah rumah lama, kerana keadaannya yang using.
Pandangan jatuh kepada baju yang tersarung pasa tubuh. Nasib dia pakai t-shirt berwarna hitam, jadi ia tak jadi satu masalah apabila terkena air.
Hujung bibir Helena ternaik sedikit. Dia tersenyum sinis melihat Eden yang sedang perhatikannya.
"Don't study me, you won't graduate," perli Helena. Tangan yang diikat di belakang kerusi, digerakkan beberapa kali.
Eden masih diam membisu. Dia cuba membaca fikiran Helena.
Helena mengeluh. Mula rasa bosan kerana tak diendahkan. Betis Eden disepak kuat. Namun, Eden masih dalam keadaan yang sama dan langsung tak bergerak.
"Do you think I can forgive you for what you did back then?" anak mata Eden direnung tajam.
"Are you planning to live in the past for the rest of your life?" Akhirnya, Eden buka mulut. Menjawab soalan Helena dengan soalan.
Helena menatap wajah jejaka itu, lama. Ternyata, hanya dia seorang yang masih berada di masa lalu dan Eden pula sebaliknya.
"You left with someone. While I have to live with trust issues, Eden," jawab Helena selepas lama mendiamkan diri.
"Tak adil untuk I..."
"Tapi, apa yang kau buat sekarang ni, adil untuk aku?" potong Eden.
Helena tertunduk. Jadi, dia di culik hanya disebabkan perkara itu? Helena hambur tawa sekuat hati. Rasa seperti tak masuk akal.
Eden peluk tubuh. Ternyata perkara yang melibatkan maruah dirinya, dianggap remeh oleh Helena.
"I buat apa?" Helena angkat sebelah kening.
"Okey." Eden mengangguk. Jika ini jalan yang dipilih Helena, jadi dia akan turuti.
"Zaf!!!" jerit Eden lantang.
Tak lama kemudian, Zaf masuk bersama seorang gadis. Zaf menolaknya sehingga gadis itu terjelopok di hadapan mereka.
Nina! Bola mata Helena hampir terkeluar daripada soket. Terkejut melihat keadaan Nina yang kelihatan tak terurus.
"El..." Nina pandang Helena dengan mata berkaca-kaca.
"Sorry, I tak kenal you," potong Helena. Dia menggeleng beberapa kali lalu melarikan pandangan.
"Helena! Awak janji sebelum ni, awak akan pastikan keselamatan keluarga saya terjamin. Tapi, tengok sekarang ni?" marah Nina.
Helena ketap bibir.
"Saya dah cakap banyak kali, tapi awak tetap paksa saya..."
"I tak paksa! You lupa ke, you yang minta lima puluh ribu tu?" Helena mengingatkan.
Eden tersenyum sumbing, apabila mendengar ayat yang ditutur Helena.
"Jadi, kau memang kenal dia ni?" Eden menyampuk dan Helena terus menutup rapat bibirnya. Baru tersedar dia sudah masuk ke dalam perangkap.
"Sebab duit, kau sanggup tolong dia buat kerja kotor?" Eden alihkan pandangan kepada Nina pula.
Nina tertunduk.
YOU ARE READING
Cinta Berakhir Bahagia
RomanceAgency Series (3) Siapa sangka kekasih hati yang hilang tanpa kata, muncul semula menghantui hidup Sharifah Helena. Kini, Eden Zahrin kembali sebagai bakal suami kepada sepupu Helena. "You were my biggest mistake, Helena." - Eden Zahrin Rancangan di...