BAB 25

2.6K 214 7
                                    

Helena hantar bayang Rai dengan pandangan kosong. Rai tak dapat menghantarnya pulang kerana ibunya tiba-tiba saja mengunjungi rumahnya. Jadi, dia minta bantuan Haider untuk menghantar Helena.

Sepanjang pemanduan, Helena hanya menguncikan mulut dan lebih gemar menikmati pemandangan luar.

Haider mengerling gadis di sisinya, seolah-olah berada dalam di dunianya.

"You lapar tak?" Haider yang melihat jam pada skrin, 8:30 malam.

Helena menggeleng. Namun, tak lama kemudian perutnya berkeroncong.

Haider menghambur tawa apabila terdengar bunyi perut Helena.

"Kenapa? Tak pernah dengar perut berbunyi?" Helena yang sakit hati mendengar suara tawa itu, berpaling ke arah Haider.

Haider pantas menutup rapat bibirnya. Dia melihat orang ramai yang keluar daripada satu arah. Terdapat banyak kanopi, sewaktu dia melalui kawasan itu.

Dia terus beri signal dan kereta diparkir di bahu jalan, enjin kereta dimatikan.

"Jom," kata Haider sambil melepaskan tali pinggang keselamatan.

"Pergi mana?" Helena terpinga-pinga apabila lelaki itu sudah berdiri di luar kereta.

"Beli makanan," jawab Haider bersahaja dan mula berjalan ke arah Helena, pintu di sisi wanita itu dibuka.

Helena yang tertanya-tanya, hanya mengikuti tanpa banyak soal. Dia keluar daripada perut kereta dan mereka berjalan beriringan, menuju ke kawasan yang menghasilkan bau begitu menyelerakan.

Kelihatan orang ramai sedang berasak-asak keluar masuk kawasan tersebut, mereka menjinjit plastik berwarna-warni.

Helena melihat kiri dan kanan, dia mahu melihat apa yang dijual di setiap gerai, Langkahnya mula perlahan, sehingga beberapa orang daripada belakang mula melanggar bahunya.

Haider yang melihat Helena tiada di sisinya, terus berpaling ke belakang. Helena kelihatan seperti anak kecil yang hilang di pusat beli-belah.

Bahu Helena dipaut, menghalang supaya gadis itu daripada terus dilanggar.

"Jangan berhenti tengah jalan, nanti orang marah." Haider berbisik dan mereka berdua mula menyambung langkah yang terhenti.

Helena melihat Haider yang sudah seperti pengawal peribadinya. Setiap kali ada yang menghampirinya, pasti Haider alihkan posisi badan supaya tiada sesiapa yang berjalan dekat dengan Helena.

"Nak makan apa?" Haider turunkan tangan daripada bahu Helena.

"Tak tahu," jawab Helena pendek. Pandangan masih melekat pada deretan gerai di kiri dan kanannya.

Haider berdiri di hadapan sebuah gerai, dia memesan sesuatu dan menghulur sekeping not tunai.

Helena perhati seorang lelaki dalam 30an, dia menuang adunan tepung ke dalam acuan. Tak lama kemudian, sebungkus plastik dihulur kepada Haider.

"Terima kasih," ucap Haider seraya menarik Helena berdiri di satu ruangan yang kosong.

"Ahhh." Haider menyua lidi, meminta Helena untuk membuka mulut.

Helena kerutkan kening, tak selesa kerana ada mata yang memandang.

"Kaya ball ni kena makan waktu panas," tutur Haider lagi dan akhirnya Helena membuka mulut.

Sewaktu sedang mengunyah, Haider turut menceritakan kisahnya sewaktu kecil. Setiap kali dia mengunjungi pasar malam bersama ibunya, pasti ibunya akan membeli kuih ini untuknya.

"Hai, Haider! Nak tangkap gambar, boleh?" seorang wanita menyapa mereka.

"Dengan dia sekali, boleh?" seorang lagi wanita bersuara sambil memandang Helena.

Cinta Berakhir BahagiaWhere stories live. Discover now