BAB 7

3.2K 237 8
                                    

Eden yang sedang membaca beberapa dokumen, terkejut apabila kereta yang dipandu Zaf tiba-tiba berhenti mengejut. Kertas yang berada dalam pegangan, jatuh dan berselerak.

"Zaf!" tegur Eden sedikit kuat.

"Maaf, tuan. Kereta depan tu, tiba-tiba break mengejut." Zaf melihat beberapa orang pegawai pengiring mereka, turun untuk memastikan tiada kejadian yang membahayakan Eden.

Eden panjangkan leher, melihat hadapan.

"Kau pergi tengok!" Eden keluarkan arahan sambil kutip kertas yang bersepah di kakinya.

Zaf keluar daripada perut kereta. Dia mendekati seorang wanita yang asyik tertunduk meminta maaf.

Seorang pegawai pengiring menerangkan keadaan sebenar kepada Zaf dan Zaf mengalihkan pandangan kepada wanita itu semula.

"Matilah aku!" bisik Nina pelahan. Berpura-pura khuatir apabila melihat pelekat khas yang ditampal bersebelahan plat kereta Zaf.

"Malaysia?" tegur Zaf apabila menangkap ayat yang terpancul daripada mulut wanita itu.

Nina mengangguk.

Zaf melempar senyuman. Seronok apabila dapat bertemu warganegara Malaysia di bumi asing.

"Macam mana ya? Kereta saya ni, kereta sewa," terang Nina yang kedengaran bimbang.

Zaf menggaru kepala yang tak gatal.

"Kenapa ni?" tegur Eden daripada belakang.

Zaf tunjuk ke arah sebuah kereta, milik pengiring mereka. Ia hanya kemek sedikit dibahagian hadapan.

"Saya rasa macam nilah. Nanti bil tu boleh bagi saya." Nina menghulur sekeping kad kepada Eden, namun jejaka itu tidak menyambutnya.

Dahi Eden berkerut apabila mendengar ayat yang keluar daripada Nina. Dia sangkakan gadis itu orang asing kerana penampilannya yang terlalu menjolok mata.

"Malaysia, tuan," bisik Zaf di sisinya. Dia menyambut huluran Nina yang tak disambut oleh Eden.

Eden pandang Zaf dan menggeleng. Memberi isyarat supaya tak besarkan perkara ini.

"Kalau macam tu, takpe. Kereta kami, biar kami yang uruskan sendiri." Zaf mengerling Eden yang sudah masuk ke dalam perut kereta.

"Eh, takpe ke?" soal Nina, risau.

"Takpe." Zaf turut membuka langkah, sambil membuat isyarat kepada pengiring supaya meneruskan pemanduan.

Nina melihat 3 biji kereta yang hilang daripada pandangan. Dia melihat ejen Natalia yang berdiri tidak jauh daripada situ.

"You okey, Nina?" tanya Natalia melalui airpods.

"Saya okey, jangan risau." Nina masuk ke dalam kereta.

"Kalau macam tu, boleh balik sekarang. Cukup untuk hari ni." Natalia memberi arahan dan Nina mengangguk.

Natalia adalah salah seorang ejen daripada RH Agency yang ditugaskan untuk misi kali ini. Nina menjadi orang tengah, supaya identiti Helena tak terdedah kepada RH Agency.

RH Agency adalah singkatan kepada Rich Husband Agency. Ia merupakan sebuah agensi yang ditubuhkan bagi membantu klien mereka, memikat seseorang daripada golongan bangsawan.

Ejen yang dilantik langsung tak tahu kewujudan Helena. Kerana selama ini, Nina yang menguruskan semuanya seorang diri. Helena pula, langsung tak ikut campur urusan dengan RH Agency kecuali bayaran.


Helena merenung seorang wanita di hadapannya, dia sedang memasang klip heels di kakinya. Lama bola mata Helena melekat kepadanya.

Kedebuk! Wanita itu disepak sehingga dia jatuh terjelopok di atas lantai.

Rai yang melihat dari jauh, terus mendekati mereka. Dia menghulur tangan membantu wanita itu berdiri.

"Awak okey?" tanya Rai yang risau.

Wanita itu mengangguk.

"Sorry. Heels tu ketat sikit. Tu yang Helena terkejut, tak sengaja tersepak awak.," terang Rai, cuba jernihkan keadaan.

Wanita itu menoleh ke arah Helena yang juga sedang merenungnya. Helena menghadiahkan jelingan maut kepadanya.

"Takpe," balas wanita itu sebelum berlalu pergi. Dia mengetap bibir sambil keluar dari ruangan itu, geram dengan sikap Helena.

Rai mengeluh perlahan. "El, kau kenapa? Budak tu tak salah apa pun. Kesian dia, tiba-tiba kena tendang."

Helena silangkan kaki, badan disandar pada kerusi.

"Kalau kau tak suka apa-apa, cakap. Jangan buat macam ni. Aku tak larat dah nak tepis semua gosip pasal perangai kau dekat set," nama Helena sering keluar di portal media. Ramai mengatakan dia mempunyai masalah dengan sikapnya yang biadab.

Helena mengerling Rai yang kelihatan menahan marah.

"Biarlah dia orang nak cakap apa pun. Kalau aku buat baik pun, dia orang masih tetap cakap pasal aku." Helena tayang muka bosan.

"Kau kan dah janji. Lepas sign kontrak dengan Haider, kau nak ubah perangai. Kau lupa ke pasal matlamat kau, Luxe?" Rai mengingatkan. Jenama terkemuka itu mengambil model yang memiliki sifat peribadi, yang layak dijadikan contoh oleh orang ramai.

"Aku ingat," jawab Helena pendek.

Dia bangun meninggalkan Rai seorang diri. Dia teringat kembali kejadian sewaktu dia mahu ke tandas tadi.

"Cantik betul Helena tu, kan? Sesuai sangat dengan Haider!" luah seorang gadis, yang pakai baju berwarna biru.

Helena sembunyikan diri disebalik dinding, apabila terdengar namanya meniti di bibir seseorang.

"Itu yang kau kata cantik?" seorang wanita mencebik.

"Cantiklah juga, kalau nak dibandingkan dengan aku. Dahlah cantik, kaya, boyfriend dia pula si Haider. Seronoknya hidup dia, kan?" balas wanita baju biru.

"Kalau tak sebab bapak dia yang kaya tu, aku rasa dia tak boleh dapat semua job ni," ujar wanita di hadapannya.

Helena mengintip sedikit dan melihat dua orang wanita sedang bersembang.

"Ish. Kau ni! Tak baiklah. Dia tak pernah gunakan nama ayah dia. Media je yang suka sebut," terang wanita baju biru.

"Dia tu popular sebab jadi anak Syed Mokhtar je. Kalau dia lahir jadi orang macam kita, takde orang yang nak pandang dia pun."

"Kau kenapa? Jealous tengok hidup dia atau jealous sebab Haider pilih dia?" wanita baju biru berpeluk tubuh.

"Kau peminat Haider, kan? Mesti sedih tengok pujaan hati dah ada girlfriend," tambahnya lagi, sambil menggeleng beberapa kali.

Wanita di hadapannya itu ketawa.

"Nak jealous apa? Sekurang-kurangnya aku pandai jaga maruah. Tak macam dia yang asyik keluar masuk hotel dengan bermacam lelaki," balas wanita itu.

Helena yang mendengarnya, mengetap bibir. Tak tahu dari mana datangnya gosip tentang hotel itu.

Dia keluar daripada tempat persembunyiannya. Dua orang wanita yang berbicara tentangnya tadi, membisu. Helena lalu tepi mereka sambil menghadiahkan senyuman kepada wanita baju biru. Jelingan tajam diberi kepada wanita satu lagi.

"Kau rasa, dia dengar apa yang kita cakap tadi?" Gadis baju biru mula menyesal kerana tak melihat sekeliling.

"Biarlah kalau dia dengar pun, biar dia tahu malu sikit."

Helena mengeluh. Mereka boleh sesuka hati bercakap tentang dirinya, walaupun mereka langsung tak mengenalinya. Apabila dia balas perbuatan mereka, pasti dirinya akan disalah anggap dan dilabel biadab.

Dia sengaja tendang gadis tadi kerana sakit hati apabila teringat perbualannya itu. Dia ada di sini, adalah hasil usahanya sendiri tanpa menggunakan nama sesiapa.

Cinta Berakhir BahagiaWhere stories live. Discover now