BAB 22

2.6K 219 13
                                    

Eden merenung skrin komputer riba, lama. Dia melihat susuk tubuh isterinya yang terpapar pada skrin, Helena sedang melakukan beberapa pergerakan di atas tikar yoga.

"Tuan?" Zaf melambai tangan. Dia sedang menerangkan beberapa butiran tentang lawatan Tengku Adam. Namun, orang atasannya itu hanyut dalam dunianya sendiri.

Eden yang tersedar, terus angkat muka. Terkejut melihat Zaf yang sedang panjangkan leher, kerana mahu melihat skrin.

Tap! Komputer riba dengan sedikit kuat. Sudahlah iserinya hanya mengenakan crop top yang dipadankan dengan legging.

Terdapat dua kamera kecil yang disembunyikan di ruang tamu dan satu di luar rumah, ia adalah sebagai langkah berjaga-jaga. Tak sangka rumah itu bakal dihuni Helena.

"Okey, lepas tu?" Eden pura-pura bertanya, walaupun dia tak tahu hujung pangkal penerangan Zaf.

Dahi Zaf berkerut mendegar soalan itu, dia garu kepala. "Saya dah habis explain, tuan."

"Aku tak dengar tadi. Macam mana dengan progress?" Eden sandarkan tubuh pada kerusi kerja.

"Semuanya berjalan macam yang kita pelan. Muzium tu pun dah setuju nak tutup selama dua jam untuk lawatan ni," terang Zaf.

Eden mengangguk, tanda puas hati.

"Tengku Adam datang dengan isteri dia ke??" soal Eden, kerana pemangku raja itu sentiasa ditemani isterinya.

"Tak, Che Puan Arin tak jadi datang."

Eden angguk sekali lagi. Jadi, dia tak perlu kumpulkan petugas wanita memandangkan Tengku Adam datang seorang diri.

Lawatan kerja itu bakal berjalan selama tiga hari. Dimulakan dengan sebuah majlis perasmian bagi perkenalkan batik dan diakhiri dengan lawatan ke beberapa tempat bersejarah di Brussels.


Helena meletakkan beberapa beg kertas ke sebuah kerusi, di sampingnya. Bibir mengukir senyum, kegembiraan.

Mungkin Eden rasa dengan mengambil kad bank miliknya, satu tindakan yang bijak. Tapi malangnya, dia lebih bijak berfikir.

Di era moden ini, dia hanya perlu buat bayaran dengan menggunakan telefon bimbit.

Duit yang ada di dalam simpanan, menyusut sedikit demi sedikit. Ditambah pula, apabila ia digunakan untuk melaksanakan idea gilanya sebelum ini. Sekarang, dia sendiri yang rugi.

"Kak El, jauh termenung?" tegur Mika yang tiba bersama Irha.

Helena menarik segaris senyuman apabila melihat adik dan kakak iparnya. Mereka bersetuju untuk bertemu hari ini.

"Mana barang-barang yang Kak El suruh bawa tu?" Helena melihat tangan Mika yang kosong.

"Dalam kereta, nak balik nanti baru ambil." Mika tarik kerusi dan duduk berhadapan dengan kakaknya. Dia membantu Helena dengan mengambil beberapa tas berjenama beserta baju.

Irha memandang sayu wajah Helena. Sehingga ke hari ini, fikirannya teringat kejadian yang berlaku tempoh hari.

"Mama marah lagi ke?" soal Helena.

Mika mengeluh lalu mengangguk.

"Bukan setakat marah, hari-hari mama nangis. Babah dengan abang Am pula asyik gaduh," ujar Mika yang rasa serabut apabila bayangkan keadaan di rumah.

Helena sedut air minuman perlahan, cuba menghilangkan rasa sedih. Dia pasti kepulangannya hanya akan menaikkan api kemarahan semua isi rumah.

"Buat masa sekarang, El jangan balik. Emosi mama tak stabil..."

Cinta Berakhir BahagiaWhere stories live. Discover now