Bab 40

2.4K 256 18
                                    

Sejak pulang ke Malaysia, baru hari ini Eden meluangkan waktu untuk bertemu dengan rakan-rakannya.

Mereka yang baru selesai menjalani sukan menembak, duduk di sebuah kafe.

"Apa cerita, Ed? Tiba-tiba aku dapat tahu, kau dah kahwin. Tu pun dari berita," ucap Tengku Luth yang duduk bertentangan dengan Eden.

Dia mengenali Tengku Luth di awal kariernya sebagai seorang penjawat awam. Tengku Luth juga yang banyak membantunya sehingga dia menjadi seorang diplomat.

Eden hanya mampu tersengih. Dia tak beritahu sesiapa tentang perkahwinannya kerana semuanya berlaku begitu cepat.

"Apa lagi yang kau sorokkan daripada kita orang?" Giliran Hanz pula yang bersuara.

"Aku bukan tak nak bagi tahu. Tapi, isteri aku tu ada kontrak dengan beberapa syarikat. Dia tak boleh kahwin, selagi tak habis kontrak." Eden menggoreng ayat.

"Kalau tak sebab kau call aku hari tu, aku tak tahu kau dah kahwin." Hanz gelengkan kepala beberapa kali.

Terkejut bukan kepalang apabila Eden tiba-tiba minta bantuannya, untuk pastikan tiada mana-mana portal media menulis berita tentang Helena.

Jadi, dia gunakan nama syarikatnya dan menghubungi wartawan.

"Seorang kahwin sorok-sorok, seorang lagi kahwin mengejut. Ada apa-apa yang korang sorok daripada aku ke?" Jari telunjuk Tengku Luth menghala ke arah Eden dan Hanz, bersilih ganti.

Hanz bernikah sewaktu Tengku Luth berada di luar negara kerana terpaksa mengikuti ayahandanya, atas urusan kerja.

Eden dan Hanz saling bertatapan.

"Kau bila nak kahwin?" Eden cuba menukar topik.

Tengku Luth buat muka menyampah.

Sebelum ini, dua orang manusia di hadapannya ini selalu beri alasan apabila ditanya tentang kahwin. Namun, sekarang mereka berdua yang berebut-rebut mendirikan rumah tangga.

"Mentang-mentang dah kahwin, terus jadi macam bonda aku." Tengku Luth mendengus.

Bukannya mereka tak tahu yang dia asyik diasak dengan soalan itu, setiap kali bertentang mata dengan bondanya.

"Ni kau keluar, siapa jaga isteri kau?" soal Hanz yang teringat kemalangan yang menimpa Helena.

"Mak mertua aku hantar helper untuk anak kesayangan dia," jawab Eden tanpa berselindung.

"Dalam ramai-ramai manusia, macam mana kau boleh kahwin dengan adik si Ammar tu?" Hanz masih teringat pertemuannya dengan abang ipar Eden sebelum ini.

"Kau kenal Ammar ke?" Eden terkejut.

"Dia kenal isteri aku. Lagi pun, siapa yang tak kenal Syed Ammar dengan Neowood?" balas Hanz.

Nama syarikat itu sudah cukup dikenali dalam dunia korporat.

"Aku tak kenal." Tengku Luth angkat tangan.

Eden dan Hanz mengabaikan Tengku Luth yang tiba-tiba menyelit.

"Betul ke bekas tunang kau tu sepupu Helena?" Hanz berpeluk tubuh sambil menunggu jawapan.

Eden hanya mengangguk.

"Helena tu ex kau zaman sekolah. Lepas tu, Dira tu pula bekas tunang kau AKA sepupu Helena. Sekarang, kau kahwin dengan Helena. Apa bercelaru sangat hidup kau ni, bro?" Kening Hanz hampir bersambung apabila menuturkan ayat ini. Dia sendiri masih cuba menghadam fakta yang diucapkannya.

"Nak buat macam mana... Semua perempuan gilakan aku," jawab Eden bersahaja.

"Muka macam ni kau kata perempuan gilakan kau? Kau biar betul?" Tengku Luth menyampuk.

Cinta Berakhir BahagiaWhere stories live. Discover now