BAB 36

3.2K 277 22
                                    


Eden termenung sambil menunggu doktor keluar dari ruangan red zone untuk beri penerangan tentang Helena dan Dira. Silapnya kerana tak tahan Helena daripada mengikut jejak Dira.

"Helena mana, mama?" suara Syed Ammar bergema di ruangan itu.

"Dekat dalam." Puan Marissa menjeling ke arah pintu kaca.

"Apa yang jadi?" Giliran Encik Syed pula bertanya, hairan.

Puan Marissa menjeling Eden yang daripada tadi tundukkan kepala.

Ammar tarik kolar baju Eden. Menyuruhnya berdiri supaya mereka dapat bersua muka. "Kau yang jadi penyebab kepada semua masalah ni!"

Puan Marissa dan Encik Syed langsung tak menoleh. Tak dapat diungkapkan dengan kata-kata betapa terkejutnya mereka sewaktu menerima berita ini.

Ammar melayangkan satu tumbukan apabila Eden hanya menikus. Hatinya mendidih apabila melihat wajah Eden yang tak berubah riak.

Eden tak melawan mahu pun mengelak. Dia buang pandang ke tepi.

"Kau janji nak jaga dia, kan?! Kau tengok apa jadi sekarang ni!" Ammar sudah tak dapat kawal ton suaranya. Beberapa orang yang lalu di kawasan itu tertoleh ke arah mereka.

"Am..." tegur Encik Syed.

"Babab jangan nak suruh Am sabar! Am dah lama sabar dengan dia ni! Helena dah terbaring dekat dalam tu, entah dia survive atau tak. Babah masih nak sebelahkan jantan ni lagi?" Ammar menyinga kepada Encik Syed.

"Babah tak sebelahkan dia, tapi kita dekat tempat awam ni. Babah tahu Am marah, tapi bukan ni caranya." Encik Syed meleraikan tangan Ammar kepada Eden.

Ammar ketap bibir. Berang melihat Encik Syed yang seolah-olah sebelahkan lelaki di hadapan mereka ini.

Pang! Puan Marissa melayankan tangan pada pipi Eden. "Kenapa kau berdiri dekat sini lagi? Berambus!"

Ammar peluk bahu Puan Marissa supaya bertenang.

Eden masih menikus.

"Eden, pergilah balik," ujar Encik Syed yang tak mahu timbulkan kekecohan.

Eden menggeleng. "Saya nak tunggu Helena"

Walau apa pun yang berlaku, dia mahu tetap berada di situ sehingga dia dapat bertemu dengan isterinya.

"Tak ada apa pun yang kau boleh buat dekat sini, pergilah balik!" Ammar menyampuk.

"Saya layak ada dekat sini, saya suami dia," kata Eden dengan nada tegas.

Puan Marissa yang baru saja mahu melangkah mendekati Eden, terbantut. Dia melihat keluarga Dira yang baru jejakkan kaki di situ.

"Dira mana?" soal Puan Dura yang masih terkejut apabila menerima khabar ini.

"Dia ada dekat dalam, dengan Helena. Mak long duduk dulu," tegur Ammar.

"Betul ke apa yang keluar dekat berita tu?" Puan Dura menatap Puan Marissa dan Encik Syed, bersilih ganti. Mahu dengar dari mulut mereka sendiri.

Puan Marissa buang pandang ke tempat lain, rasa tak sampai hati mahu mengangguk.

Puan Dura alihkan pandangan kepada Eden yang masih berada di situ, akhirnya dia mengangguk. "Jadi, betullah dia ni punca kemalangan ni?"

Semua diam membisu.

Pang! Naik turun nafas Puan Dura apabila melihat muka menantu tak jadinya ini. Tak sangka lelaki seperti Eden, sanggup permainkan dua hati wanita yang ditatang bagaikan minyak yang penuh.

Cinta Berakhir BahagiaWhere stories live. Discover now