Bab 44

2.3K 262 19
                                    

Pulang dari hospital, Eden putuskan untuk singgah ke rumah ibunya. Sudah lama dia tak bawa Helena pulang ke rumah itu, takut Puan Nafisah terasa hati pula.

"Ibu masak apa tu?" tegur Eden apabila melihat Puan Nafisah meletakkan mangkuk kaca ke atas meja.

"Masak biasa-biasa je. Rumah ni tak ada salad, kesian isteri Eden tak ada makanan nanti." Puan Nafisah kerling Helena yang langsung tak membantunya sejak tadi.

"Saya makan nasi, mana kenyang makan salad," balas Helena yang berada di depan TV.

"Datang sini sebab nak tengok TV ke? Ke datang semata-mata nak makan? Langsung tak tolong ibu," sindir Puan Nafisah yang langsung tak berlapik.

Eden yang terkejut dengan ucapan itu, pantas bangun.

"Tadi Eden nak tolong, ibu tak bagi. Ni nak perli-perli Eden pula," tutur Eden sambil membantu Puan Nafisah menyusun pinggan mangkuk di atas meja.

"Ibu tak cakap pasal Eden. Ibu cakap pasal tu haaa..." Puan Nafisah muncungkan bibir ke arah Helena.

"Puteri Raja yang tengah duduk tu," sambung Puan Nafisah.

Eden cuit lengan ibunya, bimbang Helena terasa hati dengan ayat tersebut. Bukannya Helena tak mahu membantu, tapi dia yang tak benarkan kerana tangan Helena masih belum sembuh sepenuhnya.

"Dekat rumah pun macam ni ke? Semua Eden yang buat?" Puan Nafisah pandang anak lelakinya.

Eden hanya menggelengkan kepala. Sekarang, kebanyakan kerja dilakukan oleh Kak Siti.

"Kalau dekat sini pun dia dah tunjuk perangai dia, inikan pula dekat rumah sendiri. Tulah, Eden... Ibu dah cakap banyak kali, pilih isteri yang setaraf dengan kita." Puan Nafisah melihat sekali lagi ke arah Helena yang masih menonton televisyen, seolah-olah tak mendengar ucapannya.

"Ibu, sudah-sudahlah tu. Eden datang sini bukan nak dengar ibu membebel," tangan Eden berhenti menyusun pinggan.

"Ha, Helena! Kamu tu tahu masak ke? Ni ibu tengok Eden dah makin kurus, mesti tak makan." Puan Nafisah sengaja menyebut nama Helena kerana dia tahu Helena tak mengendahkan sindirannya.

Helena pusingkan leher.

"Hah? Makin kurus?" Helena tengok Eden atas bawah.

"Makin handsome adalah," sambung Helena lagi, lalu mengalihkan pandangan kepada ibu mertuanya.

Eden tersengih mendengar pujian itu.

"Hari-hari dia masakkan untuk Eden. Eden pergi kerja bawa bekal tau, bu. El yang sediakan semua tu." Eden menyampuk.

"Entah-entah dia beli." Puan Nafisah buat serkap jarang. Tak mungkin wanita seperti Helena tahu memasak. Dengan hanya melihat luarannya saja, sudah cukup untuk dia buat andaian.

"Ibu nak makan apa? Bolehlah El masakkan nanti." Helena membuka langkah dan mendekati mereka.

"Tak payahlah. Entah apa yang diletak dalam makanan tu nanti," ucap Puan Nafisah bersahaja.

Helena terpanar. Walaupun suara ibu mertuanya begitu halus, namun gegendang telinganya dapat menangkap butir bicara tersebut.

Seteruk apakah dirinya sebelum ini? Sehingga ibu mertuanya tega meluahkan ayat seperti itu.

"Eden nak kopi, boleh?" Eden mencelah apabila situasi di ruangan itu mula berubah.

"Sekarang?" Puan Nafisah melihat anaknya yang anggukkan kepala. Dia menghilang ke dapur untuk menyediakan air tersebut.

Eden mendekati Helena. Tangan isterinya dicapai dan dielus perlahan.

"Saya ada gaduh dengan ibu ke sebelum saya hilang ingatan?" Helena mendongak, melihat suaminya.

Cinta Berakhir BahagiaWhere stories live. Discover now