special chapter 3

978 47 9
                                        


"SAYANG, kenapa sejak kebelakangan ni sayang macam tak okay aje? Sayang ada masalah ke? Ke abang ada buat sayang terasa? Kalau ada, bagilah tahu abang. Dah dua hari tau sayang abaikan abang, tidur dengan abang pun tak nak, asyik tidur dengan Zade je." Ethan meraup wajahnya bila isterinya hanya diam sahaja.

Siapa je tak pelik bila Medina tiba -tina diam dan tak nak bercakap dengannya langsung?

Bila ditanya, Medina akan jawab 'hmm' aje. Kadang-kadang Ethan rasa nak menangis. Medina tak tahu ke yang Ethan sangat-sangat rindu dengan isterinya? Dia rasa dua hari tu macam dua tahun! Sakit ati ite tauu!

Hmm...

"Ish apa dekat-dekat ni? Medina nak lipat baju ni." Medina menolak-nolak bahu suaminya agar si suami menjauhkan diri darinya. Ethan mengeluh.

"Tak apalah, kalau macam tu. Kalau sayang nak apa-apa, sayang panggil je abang ya?" Ethan mencium dahi Medina sebelum bangun dan masuk ke dalam bilik. Medina tersentak melihat reaksi dari suaminya itu.

"Itu je? Tak nak pujuk lagi ke?" Medina mula rasa nak menangis. Tengoklah tu! Macam mana dia tak marah kalau Ethan hanya buat itu sahaja? Tak ada pujuk langsung. Sikit-sikit tanya okay ke tidak.

Selepas itu Ethan akan tanya, 'abang ada buat salah ke?'

Haih...

Medina cuma mahukan perhatian dari suaminya sahaja. Sudah dua hari suaminya sibuk dengan kerja. Balik pun lambat. Bila call, mesti tak dapat. Kadang-kadang benda tu buatkan Medina overthinking.

Tak kan lah apa yang dia rasa selama ni betul? Medina memejamkan matanya dan menarik nafas dalam-dalam, sejak dua menjak ni, tubuhnya sering sakit. Bukan itu sahaja, kadang-kadang dia juga selalu rasa tidak sedap hati.

Tak mungkin Ethan menduakannya.

Tapi... kalau betul macam mana?

Medina geleng kepala. Tak baik Medina, entah-entah suami kau sibuk cari duit untuk kau. Lagipun baru lah sekarang Medina ada masa lapang, kalau tidak Medina akan sentiasa  sibuk dengan manuskrip nya.

----

Selesai sahaja masak makan malam, Medina menuju ke biliknya. Tiba sahaja di hadapan pintu, tiba-tiba Medina terdengar suara Ethan ketawa. Dahi Medina berkerut. Dia memusingkan tombol pintu itu dengan perlahan-lahan.

"Tak lah Riss, saya okay je dengan isteri saya. Awak jangan risau lah. Dia okay je." Kata Ethan bersama tawanya. Medina kaku di hadapan pintu itu. Dadanya mula rasa berdebar-debar.

Riss? Siapa Riss? Perempuan ke? Sejak bila Ethan ada kawan bernama Riss?

"Hmm nak tidur dah ke? Sekejap nya, saya tak puas lagi nak cakap dengan awak." Ethan tersenyum. Medina melihat senyuman suaminya itu, dia rasa hatinya retak. Sudah lama dia tak melihat senyuman itu. Ethan sudah bosan ke bila bersama dengannya? Ethan dah tak cintakan dia ke? Kenapa perangai suaminya berubah?

Sebab dia sudah tidak cantik ke?

Macam-macam lagi kata-kata negatif itu berlegar-legar didalam kepalanya. Medina mula rasa pening. Baru sahaja dia ingin memanggil nama suaminya. Tiba-tiba tekaknya rasa loya.

"Hmph!" Medina menutup mulutnya dan kaki terus berlari ke bilik air. Ethan mendengar suara isterinya, laju sahaja dia matikan telefon dan pergi ke arah Medina.

"Sayang! Kenapa ni?" Ethan menepuk-nepuk belakang Medina dengan perlahan. Medina memuntahkan segala yang ada didalam isi perutnya.

Setelah selesai, Ethan terus mendukung isterinya dan bawa ke bilik mereka.

"Sayang, kenapa ni? Sayang okay tak? Kenapa pucat je muka ni?" Ethan mengusap pipi Medina dengan lembut. Rambut yang menutupi wajah isterinya diselitkan di belakang telinga. Medina diam dan tak mahu buka mulut.

𝐏𝐬𝐲𝐜𝐡𝐨 𝐎𝐛𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧 (C)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang