"ABANG, nak bawa Medina ke mana ni?" Soal Medina. Disebabkan matanya ditutup dengan kain, dia terpaksa mengikut Ethan. Dia tak tahu suaminya bawa dia ke mana. Bila ditanya, mesti Ethan akan jawab, "adalah rahsia, sayang mana boleh tahu, kalau abang bagitau. Tak jadilah surprise."
Sudah nya Medina hanya pasrah aje. Nak merajuk pun tak boleh, takut nanti dia di cop perempuan gedik. Hmm...
"Okay dah sampai!" Kata Ethan sambil tersenyum lebar, kain yang menutupi mata isterinya itu dibuka. Dengan perlahan-lahan Medina membuka matanya.Setelah matanya terbuka sepenuhnya. Medina terus menutup mulutnya kerana terkejut dan juga terharu. Medina menoleh ke arah Ethan lalu dia peluk leher suaminya dengan erat.
"Abang! Kenapa... Kenapa sanggup bazir duit buat semua ni? Abang tahu kan barang-barang yang abang beli ni mahal? Ya Allah, abang. Terima kasih sangat-sangat. Medina tak tahu nak balas apa lagi." Kerana dia terlalu emosi, jadi air matanya terus mengalir.
Ethan senyum. Tubuh isterinya ditarik masuk ke dalam pelukannya. Siapa sangka selama dia bekerja keras untuk beli rak buku yang sangat mahal ni. Dia sudah mahu belikan rak buku ini untuk Medina. Dia perasan, haritu Medina ada tengok-tengok rak ini di shopping online.
Dia suka melihat isterinya gembira, kerana itu adalah salah satu perkara yang sangat buat dia bahagia. Medina adalah harta dia yang paling berharga. Dan disebabkan itu, dia tak akan menduakan isterinya. Dia sayang sangat dekat Medina. Ingat senang ke nak dapat kan hati isterinya?
"Abang ada kejutan lagi untuk sayang."
Medina terus mendongak memandang ke arah suaminya. "Ha?"
Ethan ketawa kecil, tangan Medina ditarik masuk ke suatu tempat. Ada satu pintu yang agak tersorok didalam bilik bacaan itu. Ethan buka sahaja pintu itu, sekali lagi Medina rasa mahu menangis!
"For you, kalau sayang penat ke kan? Sayang boleh masuk dekat dalam bilik ni, ada kerusi urut. Ada macam-macam lagi. Abang nak sayang selesa bila duduk dengan abang. Abang tau sayang selalu sakit badan, selalu lenguh-lenguh. Jadi abang buatkan bilik ni juga untuk sayang. Jadi, sayang suka? Kalau sayang nak abang tambah lagi, abang belikan sayang kerusi urut yang lain."
Medina menangis lagi, kenapa baik sangat suaminya ni? Kalau macam ni lah gayanya. Tiap-tiap tahun mengandung pun tak apa. Tengoklah apa yang Ethan belikan untuknya.
Macam-macam sampai dia tak tahu berapa duit Ethan habis untuknya.
"Sayang, tak mau menangis." Pujuk Ethan dengan lembut. Tepi kepala isterinya dikucup.
"Sayang abang sangat-sangat."
Ethan senyum. "Abang pun sayang sangat dekat sayang. Apa yang sayang nak, abang akan tunaikan. Kalau barang tu mahal macam mana sekali pun, abang akan usahakan untuk dapatkan. Tak apa, duit boleh cari. Sayang jangan risau ya?"
Medina sangat terharu mendengarnya. Tubuh Ethan dipeluk.
"Sayang ada duit boleh beli semua ni."
"Itu lain, itu duit sayang. Duit abang duit sayang juga. Jangan sesekali rasa serba-salah. Abang tak nak sayang tolak apa yang abang bagi. Abang ikhlas." Kata Ethan dengan penuh romantis sehingga para wanita yang single diluar sana cair.
Termasuk lah yang menulis cerita ini.
Medina tarik nafas. Dia cuba tahan airmatanya dari mengalir. Kenapa Ethan ni sweet sangat? Haih sejak mengandung anak kedua ni. Makin menjadi-jadi emosi nya.
"Alolololo cumil nya mak buyung ni. Sedih ke sayang?" Ethan tarik tubuh isterinya lalu tubuh itu dipeluk dengan erat.
"Abang lah, suka buat Medina sedih tau."
"Mana ada abang buat sayang sedih. Abang buat sayang happy aje." Ethan cuit hidung isterinya, manja.
Medina senyum. "Kalau Zade nampak sayang manja-manja dengan abang, mesti dia cemburu kan?" Medina ketawa kecil bila teringat peristiwa hari tu. Boleh pula suaminya dengan Zade bergaduh sebab berebut kan dia. Naik pening dibuatnya. Sorang nak peluk. Sorang lagi ajak nak tidur sama. Haih lah, susah juga jadi rebutan ni.
"Tulah tu, nasib baik dia sekolah. Kalau tidak? Abang asyik kena mengalah je. Dia tak tahu ke abang dulu bersusah-payah nak dapatkan isteri abang ni?"
Medina geleng kepala. "Hmm tulah, nanti macam mana lah ya dia dengan adiknya nanti? Harap-harap tak kerap gaduh lah diaorang."
Ethan peluk bahu isterinya. "Sayang jangan risau, abang ada." Pipi Medina dia cium.
"Nanti abang akan jaga anak kita, okay? Sayang tenang aje." Kata Ethan. Ya, dia sanggup buat apa-apa sahaja untuk isterinya. Tak apa, kerja rumah semua biar dia yang uruskan. Medina hanya perlu duduk dan tengok dia aje. Hehe.
Medina rasa terharu sangat mendengar kata-kata dari suaminya itu. Awww comell nya laki kita ni. Ethan memang benar-benar kotakan janjinya. Semua kerja rumah, masak, Ethan lah yang uruskan. Puas Medina larang, tapi dia pula yang kena bebel. Ethan selalu cakap, dia tak pernah penat pun bila dengan isterinya.
Lagipun Ethan kata, dia suka buat semua ni. Sebab dari dulu lagi dia sudah diajar menguruskan kerja rumah.
Iye lah, Medina sudah bawa anaknya. Melahirkan lagi. Sebab itu dia sanggup buat apa-apa sahaja untuk isterinya.
"Sayang abang sangat-sangat. Nanti sayang masakkan makanan kegemaran abang ya?"
Ethan senyum. "Abang pun sayang awak juga. Nak cium sikit?" Ethane muncung kan bibirnya.
Medina tersengih. Dia menjengkit sedikit kakinya lalu bibir Ethan dikucup.
"Abang... Arthur nanti macam mana ya?" Soal Medina tiba-tiba. Ethan sedikit tersentak.
"Betul ke nanti Arthur akan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati?"
Ethan geleng kepala. "Tak...abang tak akan biarkan benda tu jadi. Abang akan tolong Melissa untuk ringankan hukuman abang Arthur. Abang akan tolong abang Arthur sampai dia dibebaskan. Sepatutnya abang yang duduk dekat tempat Arthur. Tapi Arthur sanggup buat apa sahaja untuk abang. Jadi abang akan bantu dia."
Medina angguk kepala. esian kakak Melissa, sanggup turun naik mahkamah sebab nak bebaskan suaminya.
"Sayang jangan risau okay? Sayang jangan fikir kan sangat. Ingat pesan doktor, sayang tak boleh stress."
Medina senyum. "Iye lah."
"Tapi kan sayang...abang dah lama tak dengar pasal Ameera. Dia macam mana sekarang?"
Medina mengeluh. "Sayang baru dapat tahu, dia sekarang ada dekat pusat pemulihan. Sebab haritu Ameera ditangkap sebab dadah. Entah lah abang, Medina tak tahu kenapa dia boleh jadi macam tu. Dah lah dia mengandung. Lelaki tu pula sudah meninggal dunia. Medina kesian dekat dia, tapi sayang tak boleh lupa apa yang dia buat dekat abang dulu." Kata Medina. Dia sangat-sangat sedih sebenarnya, sebab Ameera dulu kawan baiknya. Sudah lah kawannya itu sudah dibuang keluarga atas sebab kesalahan yang Ameera telah lakukan.
"Tak apalah sayang, benda dah lama jadi. Abang pun ada dekat sini. Nanti kita pergi melawat dia ya?"
"Hmm baiklah abang, Medina minta maaf ya.."
"Tak perlu minta maaf, sayang tak buat salah apa pun. Okay sekarang jom kita makan!" Sejurus itu, Ethan terus dukung Medina seperti gaya bridal Style. Medina terjerit kecil kerana terkejut. Laju sahaja Medina peluk leher suaminya.
"Ish abang?!"
"Iye sayang."
ANDA SEDANG MEMBACA
𝐏𝐬𝐲𝐜𝐡𝐨 𝐎𝐛𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧 (C)
RandomMEDINA IZWANI - Gadis berusia 23 tahun ini hidup dalam bayangan kakaknya, Athirah. Setiap kali pulang ke kampung, ada sahaja kesilapan yang diperbesar-besarkan, membuatnya sering dimarahi. Medina sudah mencuba sebaik mungkin untuk memuaskan hati sem...
