BAB 1

436 30 12
                                    

Setelah sekian lama aku sham dan anuar berhenti dari mencari entiti. Niat dihati sememangnya rindu. Tetapi apakah daya team telah pun dibubarkan. Sayang tetap sayang dan tak akan hilang. Okay aku tak ingat tahun bila. Pertengahan tahun 2012 atau penghujung tahun 2012. Masa ni beetalk memang femes gila. Pada mulanya niat aku guna beetalk sekadar suka-suka je. Letak gambar orang lain. Gambar seksi kau. Haha! Lagi pulak aku tak tahu kegunaan beetalk masa tu. Bila aku tak tahu apa-apa plus bosan, aku update gambar seksi meksi. Tapi yang jadi masalahnya, tiap kali aku masuk gambar seksi, tiap kali tu jugak aku kena warning dengan beetalk. Panas pulak aku. Kalau warning tanpa block tak apa. Ni siap block aku terus. Tapi aku tak serik. Haha. Aku beli no lain aku buat benda yang sama sampai lah aku rasa bosan. Bila aku dah rasa bosan, tibanya masa aku jadi aku jadi diri aku yang sebenar. Dalam beetalk tu aku guna nama 'miss sllayer' aku harap siapa yang kenal aku dalam wattpad ni say hai lah. Aku rindu korang.

Bermulalah cerita aku yang pertama. Pasal penanggal.. lepas itu pasal cerita paranormal x xtreme yang ada diwattpad sekarang. Kerana cerita penanggal dan paranormal itu lah aku dikenali ramai dalam beetalk. Sampai pembaca yang lain mintak aku buat comeback. Ada yang direct message tanya itu tanya ini apa semua lah. Aku kenal dengan seorang lelaki di dalam beetalk. Nama dia ben. Bukan abang ben okay. Just ben.. jangan keliru pulak. Dia memang nak sangat aku dengan yang lain buat comeback tapi jawapan aku senang je. Crew tak cukup untuk buat comeback. Tambah-tambah pulak, abang ben tak ada. Jadi susah dan tak syok. Tapi kawan-kawan si ben ni beriya ajak kawan-kawan dia yang lain. Malam itu aku lepak dengan anuar sham dan mizan dekat tempat biasa. Tengah borak-borak tu, anuar buka cerita.

"Korang nak tahu tak?"

Aku yang tengah berborak dengan mizan terus berpaling ke arah anuar.

"Tahu apa?" Tanya sham.

"Abang ben dekat ipoh sekarang. Taman cempaka"

Lepas je anuar cakap taman cempaka, aku terus memandang anuar.

"Seriously?" Tanya sham terkejut.

Anuar menganggukkan kepala. Tak lama tu dia berpaling ke arah aku.

"Ya dan, Welcome to world j" Ucap anuar lantas mendepakan tangan.

Aku mengecilkan mata.

"Ceh. Tak payah nak welcome to world sangat lah. Aku pun tahu abang ben memang dekat taman cempaka. Katok nak?" Tanya aku.

"Hahaha jangan lah garang sangat sayang." Ucap anuar sambil gelak.

Anuar terus melangkah dan duduk disebelah aku. Air sirap aku di curi oleh anuar. Aku menjeling ke arah anuar lantas membetulkan kerusi.

"Eh ni, Aku ada benda nak tunjuk."

"Benda apa?" Tanya sham.

Aku terus keluarkan telefon dan buka inbox dan letak didepan anuar dan juga sham.

"Amacam?" Tanya aku

Anuar memandang aku.

"Kau serius lah j?"

"Entah lah. Tapi kan, why not kita teruskan. Kita cuba dan mana tahu mereka okay then kita teruskan lah. Kalau tak okay kita tak payah teruskan. Benda senang je."

"Aku tak ada apa masalah pun j tapi kan budak-budak tu tahu ke rules kita macam mana?" Tanya sham pulak

Aku memandang anuar dan bersilih ganti memandang ke arah sham dan mizan. Tak lama tu aku tersenyum

"Oo okay-okay aku faham" Ucap sham

Aku mengenyit mata dekat sham.

"J jangan lah kenyit mata kat aku. Aku risau tau dengan panahan mata kau tu j. Takut lah."

Aku terus ketawa

"Bongok aih"

"Kejap! Apa maksud kau j?" Tanya anuar.

Aku terdiam lantas bersandar dekat kerusi dan menyilang tangan.

"Maksud j, kita berempat jadi ketua untuk latih budak-budak yang lain." Sampuk mizan.

"Ya betul! Ini lah masanya kita nak uji nyali bebudak tu."

"Eh kau ni j! Tak baik tau. Kang ada yang kena sampuk naya je" ucap anuar.

Aku sempat menyedut air sirap sebelum meneruskan kata-kata.

"Apa lah kau ni. Kau ingat aku ni kejam sangat ke? Tak ada lah. Maksud aku, kita uji nyali bebudak tu ikut atas kemampuan diaorang lah. Jangan lah lebih-lebih."

Mizan dan sham hanya menganggukkan kepala.

"Oo kalau macam itu, aku setuju lah. Korang berdua macam mana? Okay tak?" Tanya anuar dekat sham dan mizan.

"Aku okay je. Tak ada masalah pun" Ucap sham.

"Aku pun." Ucap mizan.

"Tapi itu lah. Susah tau nak guide orang. Tambah-tambah lagi nak guide budak-budak. Dah lah keras kepala. Lagi teruk nak ikut kepala sendiri je" Ucap anuar..

Aku terus buat muka bengkek dengan anuar.

"Eleh! Macam lah kau tu jenis dengar cakap. kau pun sama macam bebudak tu."

Anuar kehilangan kata-kata. Sham dan mizan ketawa bila aku perli anuar macam itu.

"Jahat kau eh j." Ucap Anuar.

"Mana ada jahat. I know you very well lah." Ucap aku lantas meneguk air lagi sambil mengerling jam dipengelangan tangan. Sudah pukul 10 malam.

"Eh aku gerak dulu lah."

"Alaa nak kemana sayang. Aku tengah rindu membara-bara ni" ucap anuar

Aku berpaling memandang ke arah anuar.

"Banyaklah kau punya rindu membara-bara. Lepuk dahi tu tahu lah."

"Nak pergi dating lah tu." Ucap sham pulak.

Aku berpaling memandang sham.

"Tu kau tak nampak mamat depan kau tu? Belum sempat aku nak dating dia datang buat kecoh. Aku nak balik lah penat nak tidur, Eh dah lah" ucap aku terus bangun dan melangkah ke arah anuar.

Anuar memandang ke arah aku.

"Apa?"

"Kunci kereta!"

"Mana ada." Ucap Anuar.

Aku mengetap bibir.

"Kau ingat aku tak nampak kau ambil kunci kereta aku tadi? Cepat lah please. Penat sangat ni."

Anuar ketawa seraya mengeluarkan kunci kereta di dalam bag pinggangnya.

"Balik terus." Ucap anuar,

"Ye." Ucap aku seraya melangkah ke arah kereta.

Tak lama tu aku berhenti melangkah dan berpaling.

"Selamat malam ahli neraka." Ucap aku.

"Woii!!" Jerit sham dan mizan.

Anuar hanya ketawa seraya menggelengkan kepala.

TEAM PARANORMAL X EXTREME 2Where stories live. Discover now