"Kejap! Sebenarnya aku confius, lorong sini atau lorong depan eh?" Tanya anuar.
"Laa. Kau cakap kau tahu rumah ben kat mana." Sampuk sham.
"Itu lah tu, aku lupa sebenarnya"
Aku memandang anuar yang turut memandang ke arah aku
"Kau tipu aku eh?" Ucap aku seraya mengangkat tangan kanan.
Anuar cepat-cepat melangkah kebelakang sambil mengangkat kedua tangannya.
"Eh tak yang aku tak tipu pun. Aku ingat taman cempaka tapi aku cuma tak ingat lorong rumah dia je. Antara yang ni atau yang sana." Ucap anuar.
Sham yang berada di dalam kereta ketawa.
"Sudah-sudah tak apa. Kita masuk lorong ni dulu. Kalau tak ada, Nanti kita masuk lorong sebelah sana pulak. Ada apa-apa clue tak?"
"Kereta ben"
"Ha kereta ben. Jom cari kereta ben" ucap anuar lantas masuk ke dalam kereta.
Aku pun turut melakukan hal yang sama.
Kitaorang berempat terus masuk ke lorong yang berada di depan sambil memandang kereta abang ben.
"Ada jumpa tak?" Tanya anuar.
Tak lama selepas itu, kitaorang jumpa kereta abang ben.
"Tu tu." Ucap sham.
Aku dan anuar terus berpaling ke kanan.
"Hebat tak aku?" Tanya sham tiba-tiba sambil angkat kening..
Aku hanya buat muka menyampah. Malas aku nak melayan. Bila aku dengan yang lain sampai ke hadapan rumah abang ben, anuar memberi salam.
"Assalamualaikum"
Aku memandang sekeliling kawasan rumah abang ben. Tengah aku ralit tu tiba-tiba bahu aku ditepuk dari belakang.
"Kau tengok apa budak kecik?" Tanya sham.
Aku berpaling sekilas ke arah kanan.
"Tu ha, rumah kosong tu" ucap aku dekat sham.
"Asal dengan rumah kosong tu?" Sampuk mizan tiba-tiba.
"Haah. Kenapa eh? Kau jangan cakap yang kau nak masuk rumah kosong situ pula j." Ucap anuar pulak.
"Eh mana ada lah. Aku cuma cakap rumah kosong. Itu je"
"Eleh, tak boleh percaya sangat kau ni j. Benda pula berkaitan dengan hantu. Hurmm" ucap sham.
Aku berpaling memandang sham di hadapan.
"Percayalahhh wahaiiii jin pelesit!" Ucap aku seraya meletakkan kedua tangan aku di atas bahu sham.
"Argghh!! Arghh!!" Jerit sham sengaja buat macam kena rasuk.
Anuar dan mizan mengekek ketawa dekat sebelah.
"Bongok betul lah kau ni sham" ucap anuar seraya menampar bahu sham dengan kuat.
"Adoii"
Aku menggelengkan kepala. Anuar terus melangkah ke arah pintu pagar.
"Hahaha! Weh j, Menjadi tak?"
"Malas aku nak layan kau ni. Lebih-lebih pulak. Kang kena rasuk betul-betul baru tahu." ucap aku seraya mengangkat tangan tetapi sempat dielak oleh sham.
"Laju betul tangan kau eh j"
Aku tergelak.
"Haa tahu pun kau. Kelajuan jet pejuang adalah 1,900km/h, tetapi kelajuan tangan aku tak sampai 20 sec. Nak?"
"Tak nak tak nak"
Belum sempat aku nak bebel dekat sham, suara abang ben menerpa dekat gegendang telinga aku. Aku terus berpaling.
"Eh korang!"
"Hai abang ben" ucap aku seraya mengangkat tangan kanan.
"Eh j!! Kau ada juga?" Tanya abang ben seraya tangannya lincah buka pintu pagar.
"Mesti lah ada. Kalau aku tak ada, diaorang bertiga ni sesat gamaknya"
"Tak sesat, cuma kalau kau tak ada j, kehidupan kitaorang ni huru hara sikit" ucap anuar.
"Betul betul" sampuk sham.
"Banyak lah kau punya betul. Nak kena pukul ke?" Bisik aku dekat sham.
YOU ARE READING
TEAM PARANORMAL X EXTREME 2
HorrorHai Assalamualaikum.. kali ni aku nak ceritakan team paranormal x extreme bahagian dua.. stay tuned