BAB 55

399 34 16
                                    

Pak man memandang aku dan tersenyum. Aku membalas senyuman pak man dan dalam masa yang sama agak pelik sedikit. Ke pak man ni minat aku?

"Sebenarnya pak man dah lama cari kamu." Ucap pak man seraya memandang ke arah aku.

Dahi aku berkerut seribu.

"Kenapa pak man cari saya? Saya ada buat salah ke?" Tanya aku seraya memandang sham dan anuar bersilih ganti.

Pak man menggelengkan kepala.

"Kenal iman?" Tanya pak man.

Aku terdiam seketika.

"Iman mana ni?" Tanya aku.

"Iman anak mak embun."

Aku memandang sham dan anuar bersilih ganti.

"Ni j, Ayu." Ucap sham perlahan.

Lepas je sham sebut nama ayu, aku baru teringat.

"Kenapa dengan iman?" Tanya aku dekat pak man.

"Hari tu pak man kena berubat orang. Susah untuk sembuhkan pesakit tu. Iman bagi nombor kamu dan minta pak man telefon kamu tetapi kamu tak pernah nak jawab." Ucap pak man.

"J ni memang susah sikit nak jawab call orang pak man." Sampuk anuar.

"Oh yeke." Ucap pak man.

"Saya minta maaf." Ucap aku.

"Jadi macam mana pak man tahu kitaorang ada dekat sini?" Tanya anuar.

"Pak man tak tahu pun kamu semua ni orang yang iman maksudkan. Tetapi bila tadi pak man nampak kamu semua berubat orang yang kena histeria, pak man yakin kamu orangnya."

"Oo." Ucap aku.

"Jadi apa cerita dengan pesakit pak man tu?" Tanya sham tiba-tiba.

Pak man terdiam. Tak lama tu dia senyum sambil memandang kitaorang.

"Dia dah meninggal dah. Adalah dah dua tahun. Tapi hari ni boleh kalau pak man nak minta tolong dekat kamu semua?"

"Tolong apa tu?" Tanya anuar.

"Dekat kampung pak man, ada seorang perempuan ni. Dia pakai dua jenis susuk. Susuk emas dan susuk raksa. Pak man dah usaha sehabis baik untuk buang susuk dia tetapi agak sukar. Sampai lah ada satu hari tu selepas pak man balik dari rumah dia, pak man di serang oleh saka keluarga dia dan akhirnya pak man jadi macam ini." Ucap pak man seraya menunjuk kaki kanannya.

Ada parut sebesar tapak tangan dekat betis kering dan buku lali pak man.

"Maksud pak man saka keluarga orang yang pakai susuk buat pak man macam ni?" Tanya anuar

Pak man hanya menganggukkan kepala.

"Pak man tak tolong minta bantuan orang lain?" Tanya aku.

"Ada. Banyak dah orang yang handal pak man panggil, tapi tetap sama. Ada yang dah mati. Ada yang tempang macam pak man."

Aku membetulkan duduk. Gelas yang berisi sisa air sirap aku ambil dan aku sedut.

"Sebenarnya saya ni tak pandai berubat. Kalau setakat tolong ubat orang yang kena histeria macam tadi tu boleh lah. Kalau nak buang susuk tu, saya macam tak berani." Ucap aku perlahan.

"Tapi pak man tahu ilmu kamu ni kuat" ucap pak man

Dahi aku berkerut memandang pak man.

"Penjaga kamu ni baik." Ucap pak man lagi.

Aku terus memandang anuar.

"Maksud pak man?"

Pak man hanya tersenyum memandang aku.

"Tu" ucap pak man seraya menunjuk sesuatu di seberang jalan.

Aku berpaling. Nenek tengah berdiri memandang ke arah kitaorang.

"Pak man harap kamu semua boleh tolong pak man."

Aku menarik nafas dan bersandar.

"Bila pak man nak kami tolong tu?" Tanya anuar.

"Kalau kamu semua tak keberatan, sekarang boleh?" Tanya pak man.

Aku hanya terdiam dan memandang anuar serta sham. Lambat-lambat anuar menganggukkan kepala.

"Insyallah boleh." Ucap anuar.

"Alhamdulillah" ucap pak man.

Selepas kitaorang berborak pasal susuk, kitaorang berborak kosong dan tak ada yang menarik pun. Aku menguap dekat seratus kali dengar orang lelaki borak. Nak je aku minta diri balik ke homestay tetapi di sebabkan anuar pergi janji untuk tolong pak man, jadinya aku stay jelah. Around 10, 11 lebih macam tu, aku, crystal, anuar, sham dan pak man gerak ke rumah orang yang pakai susuk tersebut. Tapi sebelum nak sampai rumah tu, pak man telefon lelaki kepada perempuan yang pakai susuk terlebih dahulu. Sampai saja di halaman rumah tersebut, rupanya bukan hanya kitaorang kitaorang je, ada lagi lelaki dan juga perempuan dalam 2,3 orang tengah menunggu pak man.

"Ini pak man kenalkan anak buah pak man." Ucap pak man.

Aku hanya mengangguk kepala memandang ke arah mereka. Tengah aku melihat mereka tengah bercakap-cakap, tiba-tiba aku perasan satu bayang besar dekat belakang rumah. Aku mendongakkan kepala dan melangkah kebelakang.

"Ann benda apa tu?" Tanya crystal lantas memeluk lengan kanan aku.

Pak man dengan yang lain turut melihat bayang besar tersebut.

"Allahuakbar" ucap pak man.

"Ini lah bendanya j." Ucap pak man lagi.

Aku tak membalas, malah aku melihat bayang tersebut makin besar dan hampir nak cecah ke langit. Tengah aku yang lain dalam keadaan macam itu, tiba-tiba..

TEAM PARANORMAL X EXTREME 2Where stories live. Discover now