Aku hanya menggelengkan kepala memandang anuar yang tengah tersengih. Tak lama tu pandangan aku jatuh ke arah mangkuk tingkat.
"Eh anuar!!" Jerit aku sedikit kuat.
Tak lama tu muncul kepala anuar di celah pintu.
"Ye."
"Ni ha aku lupa nak kasi. Mak lela kirimkan. Dia suruh kau makan dengan si gila tu."
Anuar melangkah masuk ke dalam bilik aku semula.
"Oh yeke? Apa ni?"
"Sambal sotong lepas tu ada ayam. Nanti kau tengok lah sendiri."
Anuar hanya mengangguk dan tak lama tu dia minta diri untuk sambung buat kerja. Aku pun turut buat kerja. Tepat pukul 5.30 petang, aku terus berkemas untuk balik ke rumah. Maklumlah banyak kerja yang aku nak buat nanti. Nak packing baju bagai apa semua. Siap kemas file-file aku terus melangkah ke arah bilik anuar yang terletak bersebelahan dengan bilik aku. Pintu aku ketuk terlebih dahulu. Sopan tak aku? Tapi anuar atau sham masuk bilik ofis aku tak pernah nak ketuk. Dasar setan.
"Dah nak balik ke?" Tanya anuar.
Aku hanya mengangguk. Aku buat bahasa isyarat dekat anuar suruh diam sebab tuan kadir melangkah ke arah aku.
"Kamu nak balik dah j?"
"Nak balik lah tuan. Tak best duduk lama-lama kat ofis ni." Ucap aku perlahan.
"Amboi kamu j, Orang lain tak berani cakap macam tu dekat saya. Awak slamber je kan?"
Aku hanya tersengih ke arah tuan kadir. Aku berpaling ke arah anuar sekilas, dia tengah gelak sambil tutup mulut.
"Yelah kamu balik elok-elok. Esok jangan lupa tau"
Aku hanya mengangguk kepala.
"Tak lupa tuan." Ucap aku seraya melangkah meninggalkan tuan kadir dan anuar di situ.
Aku terus melangkah ke arah parking lot dan meloloskan diri aku ke dalam kereta. Belum sempat aku nak hidupkan enjin kereta, cermin tingkap kereta aku di ketuk. Aku cepat-cepat turunkan cermin kereta.
"Cik, puan ju minta saya ingatkan cik. Esok pukul 8 pagi." Ucap mawar.
"Yelah." Ucap aku sepatah.
Selepas kelibat mawar hilang, aku terus menekan minyak dan keluar dari situ.
YOU ARE READING
TEAM PARANORMAL X EXTREME 2
رعبHai Assalamualaikum.. kali ni aku nak ceritakan team paranormal x extreme bahagian dua.. stay tuned