masa aku mengintai tu, secara jujurnya aku memang tak nampak muka, tetapi yang paling shit nya tu, mereka berdua memakai jubah dan tudung berwarna hitam. Dan yang paling paling paling gampang, mereka berdua berjalan dan buka pintu tandas yang berkunci tu. Padahal berkunci siak macam mana boleh buka. Kau ghase? Aku cepat-cepat berpaling memandang crystal yang tengah memakai seluar. Aku cepat-cepat tarik tangan dia dan aku meletakkan jari telunjuk dekat bibir aku.
"Kalau kau dengar apa-apa, kau jangan sesekali bersuara." Bisik aku dekat telinga crystal.
Crystal nak bertanya tetapi aku cepat-cepat katup mulut dia.
"Dengar cakap aku. Keluar dari tandas ni dan tutup mata." Bisik aku seraya memandang ke luar tandas.
Lagi sorang orang yang memakai jubah hitam dan masuk ke bilik nombor 3.
"Ready?" Bisik aku lagi.
Crystal tutup mata dan dia tutup kedua telinga dia dengan kedua tangan. Aku terus memegang bahu crystal dan bawa dia keluar. Belum sempat aku nak tarik tombol pintu utama tandas tu, tiba-tiba pintu ditolak dari luar. Aku terus bersandar dibelakang pintu tersebut tanpa berbunyi apa-apa. Aku hanya memerhati orang tu menuju ke tandas keempat. Tiba-tiba dia berhenti melangkah dan dia menundukkan wajahnya. Tak lama tu dia terus berpaling ke arah kiri.
"Huuuuuuuuuu" sambil orang tu menunjuk ke arah aku dan juga crystal.
Tergamam aku sekejap. Tanpa membuang masa aku terus pegang tangan crystal.
"Crystal lari!!!" Jerit aku kuat.
Aku terus tarik crystal dan keluar dari tandas tersebut.
Kedeganggg..
Pintu tutup kuat.
"Lari lurus crystal." Ucap aku dekat crystal.
Adik aku terus mencicit lari. Sampai saja dekat kaki lima kedai tersebut, aku berhenti berlari dan minta crystal buka mata. Aku membongkok. Penat bai.
"Asal korang berdua?" Tanya anuar.
Aku menggelengkan kepala.
"Haih mustahil tak ada apa-apa. Kenapa lari?" Tanya anuar lagi.
Aku berpaling ke kanan dan nampak sham tengah mengintai-intai dekat belakang. Dalam masa yang sama, aku perasan 'orang' berjubah hitam memandang ke arah aku sambil tersenyum. Oh shit.
"Tak ada apa pun." Ucap sham lantas melangkah ke arah kitaorang.
Anuar terus tarik tangan aku dan melangkah jauh sedikit dari crystal dan juga sham.
"Baik jujur, Kau nampak apa?"
Aku yang masih mengah terus menepuk-nepuk bahu anuar.
"Tak ada apa-apa. Kita gerak sekarang" ucap aku.
Nak tak nak kitaorang gerak dari situ juga. Aku memandang anuar, sham dan crystal bersilih ganti. Kebisuan terjadi antara kitaorang berempat. Aku melentokkan kepala sambil memandang ke luar tingkap. Teringat kejadian tadi. Aku sendiri tak tahu nak ungkap jenis apa tadi. Tetapi ini bukan kali ke pertama aku jumpa 'orang' berjubah hitam. Dulu masa aku dekat singapore, sabah dan lumut, aku pernah jumpa 'orang' berjubah hitam tersebut. Aku memejamkan mata dan akhirnya aku terlelap dengan sendiri. Aku tak sedar around berapa, tetapi aku tersedar kerana suara anuar dan juga sham kuat kedengaran. Aku memandang kiri dan kanan, hutan pekat. Dan tak lama tu aku memandang ke depan kabus didepan agak tebal. Aku berpaling ke kiri, crystal yang tengah tidur. Tak lama tu aku keluarkan tasbih dan lilit dekat tangan kiri aku.
"Macam mana ni?" Tanya sham.
Aku membetulkan duduk dan mengesot ketengah antara sham dan anuar.
"Kenapa?" Tanya aku tiba-tiba.
"Oh mak kau!" Jerit sham.
Aku ketawa.
"Binatang kau j." Marah sham.
"Ya allah j! Boleh bagi salam tak? Terkejut aku." Ucap anuar.
Tangan kirinya mengurut dada. Aku menggaru kepala yang tak gatal.
"Aku tak buat apa pun. Aku cuma tanya kenapa? Tu je." Ucap aku bersama sisa ketawa.
"Memang lah kau tak buat apa. Tetapi tiba-tiba kau muncul dekat tengah ni kau tahu tak aku terkejut." Sangkal sham.
Aku ketawa perlahan.
"Eleh macam tak biasa." Ucap aku.
"Memang dah biasa tapi nasib baik aku tak ada sakit jantung. Aih." Ucap sham lagi.
"Haha jangan lah marah. Cakap aku ni kesayangan kau." Ucap aku lantas memicit micit bahu kanan sham.
Sham berpaling kebelakang.
"Aku sentap dengan kau.!" Ucap sham dan menjeling.
"Uii jelingan maut tu." Sampuk anuar serta ketawa kuat.
Aku pun turut ketawa melihat sham didepan.
Kebisuan terjadi antara kitaorang bertiga seketika.
"Tadi korang kenapa?" Tanya aku.
Sengaja nak pecahkan kebisuan.
"Aku pelik lah. Aku rasa aku dah jalan dekat kawasan ni. Tapi....." ucap anuar seraya memandang kanan.
"Tapi apa?" Tanya aku
"Tapi aku tak pasti lah. Dengan sebiji kereta aku tak nampak." Ucap anuar lagi.
Aku hanya diam sambil memandang ke depan. Tak lama tu aku tepuk lengan kanan hisham. Sham berpaling.
"Sham kau azan jap." Ucap aku.
Sham hanya mengangguk lantas membetulkan duduk. Tangan kanan dia letak di telinga.
"ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR.
ASY-HADU ALLA ILAHA ILLALLAH, ASY-HADU ALLA ILAHA ILLALLAH.
ASY-HADU ANNA MUHAMMADAR RASULULLAH, ASY-HADU ANNA MUHAMMADAR RASULULLAH.
HAIYA 'ALAL-SALAH, HAIYA 'ALAL-SALAH. HAIYA 'ALAL-FALAH, HAIYA 'ALAL-FALAH. ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR. LA-ILAHA ILLALLAH...."Lepas je sham azan, tiba-tiba kabus di depan kereta makin menghilang dan...
Pinnnnn....
YOU ARE READING
TEAM PARANORMAL X EXTREME 2
HorrorHai Assalamualaikum.. kali ni aku nak ceritakan team paranormal x extreme bahagian dua.. stay tuned