Malam tu selepas aku siap packing bag dan barang-barang yang lain, aku terus baring di atas katil. Hati aku tiba-tiba rasa tak sedap. Aku capai telefon dan whatsapp anuar.
"Anuar."
Anuar is typing..
"Ye, Kenapa tu?" Tanya anuar.
"Hati aku rasa tak sedap lah" ucap aku seraya menekan butang sent.
Aku menggaru kepala yang tak gatal sambil menunggu respone dari anuar. Text aku dah bluetick tapi tak ada tanda-tanda anuar nak balas. Tak lama tu.
"Báilame como si fuera la última vez
Y enséñame ese pasito que no sé
Un besito bien suavecito, bebé
Taki taki Taki taki, rumba"Aku terus berpaling. Panggilan dari anuar. Aku terus slide ke kanan.
"Hello"
"Hello j, Kau kat mana?" Tanya anuar.
Aku mengeluh lantas bangun duduk.
"Aku kat rumah lah dalam bilik. Kenapa?"
"Oh, Aku ingat ke kau dekat luar. Cuba cerita dekat aku apa yang kau rasa sekarang ni?"
Aku terdiam. Tak lama tu aku baring semula.
"Aku tak tahu lah apa yang aku rasa sekarang dan aku sendiri tak tahu apa yang aku fikir. Cuma hati aku rasa tak sedap." Ucap aku.
"Hmm kau nak aku minta kebenaran tuan kadir untuk aku join sekali?"
Dahi aku berkerut.
"Eh tak payah lah anuar. Aku pergi tu bukan lama pun seminggu je. Lagi pun kalau kau ikut, adik aku tu macam mana?" Tanya aku
"Alaa haah lah. aku lupa pulak pasal crystal."
"Tapi kau okay tak ni?" Tanya anuar
Aku ketawa perlahan.
"Tak ada apa lah. Aku okay jelah anuar oii"
"Okay macam ni, Sampai sana kau call aku. Oraite."
Aku terdiam. Tak lama tu aku bersuara.
"Ini aku bagi contoh eh, kalau macam dekat tempat yang aku pergi tu tak ada line, ha macam mana?"
"Weh j, jangan lah macam itu. Tak akan tempat yang kau pergi tu tak ada line? Habis tu macam mana aku nak contact kau?"
"Kan aku cakap kalau. Eh kau ni."
Anuar terdiam.
"Tak adanya kalau kalau kalau. Pastikan ada line."
Dahi aku berkerut.
"Oi gila! Kau ingat aku ni kerja TM ke? Aih kau ni" ucap aku dengan suara yang agak tinggi
Anuar ketawa perlahan.
"Ala habis tu macam mana? Dah lah kau dekat sana seminggu.
Aku ketawa kuat.
"Padan muka kau. Berasa sikit kau tak dapat kacau aku." Ucap aku geli hati.
"Kau jangan j, jangan sampai kau nampak aku dekat sana."
"Haha! aih kau ni. Seminggu je pun bukan sebulan" ucap aku.
"Hmm yelah yelah. Nanti apa-apa hal kau text aku tau bila dah sampai sana." Ucap anuar
"Ye aku chat kau. Don't worry"
Aku tersedar around 6 pagi. Aku terus bangun dari katil. Aku capai kain tuala dan terus melangkah ke arah bilik air. Selesai mandi dan solat semua, aku terus text crystal. Masa nak keluar dari rumah, hati aku makin lama rasa makin tak sedap. Pada mulanya aku buat tak tahu. Makin buat tak tahu makin kuat rasanya. Tepat pukul 7.30 pagi, aku terus keluar dari rumah dan memandu ke arah dang wangi. Sampai saja dang wangi, aku parking kereta di bahagian tepi dan aku melangkah duduk di tepi tembok sebab mak aku call. Tengah berborak dengan mak aku, anuar sampai dengan sham. Aku buat tanda isyarat diam dekat mereka berdua.
"Ye, okay mami." Ucap aku lantas letak panggilan mak aku.
"Asal muka kau pucat? Kau okay tak ni?" Tanya anuar.
"Okay-okay cuma lapar sikit." Ucap aku.
"La tunggu lah aku pergi beli makanan untuk kau." Ucap anuar.
"Eh tak payah aku dah nak gerak dah ni." Ucap aku dekat anuar.
"Weh j, Aku tak sedap hati lah kau nak ke sana." Ucap sham tiba-tiba.
Aku ketawa perlahan.
"Aku ni bukan nak pergi berperang lah gila." ucap aku.
"Ini bukan masalahnya nak pergi berperang atau tak. Ini masalahnya kalau jadi apa-apa dekat kau di sana macam mana? Dah lah pergi empat orang je." Ucap anuar pulak.
![](https://img.wattpad.com/cover/355024305-288-k420342.jpg)
YOU ARE READING
TEAM PARANORMAL X EXTREME 2
TerrorHai Assalamualaikum.. kali ni aku nak ceritakan team paranormal x extreme bahagian dua.. stay tuned