Crystal terus lepas pelukan. Aku memandang sekeliling. Ada anuar, sham budak-budak pak man, pak man dan seorang perempuan tua. Aku tak kenal.
"Aku ingat kau dah mati ann." Ucap crystal.
"Aku kat mana?" Tanya aku perlahan.
Aku memandang tongkat yang berada di tangan aku. Dahi aku berkerut.
"Minum air ni" ucap perempuan tua dan cawan putih dihulurkan.
Aku terus mengambil air tersebut dan minum. Lega mat!
"Alhamdulillah berkat pertolongan dari kamu, urusan semuanya sudah selesai." Ucap pak man tiba-tiba..
Dahi aku berkerut.
"Urusan?" Tanya aku.
Pak man menganggukkan kepala. Aku memandang anuar minta penjelasan.
(Okay part ni aku memang tak sedar apa yang berlaku. Mengikut apa yang adik aku sham dan juga anuar cerita, Lepas je aku jerit nama nenek, mata hitam aku hilang. Yang tinggal mata putih. Masa nenek masuk dalam badan aku, aku terus bersilat. Tak lama selepas itu, aku hayun tongkat pak man ke arah isteri zubir yang tengah terangkat ke udara. Menurut kata anuar, aku terus bergelut dengan saka tersebut. Adalah dalam 1 jam macam tu, tak lama tu tiba-tiba aku tumbang.)
"Ilmu yang kamu ada ni sangat kuat. Kamu belajar dari mana?" Tanya pak man.
Aku membetulkan duduk.
"Saya.. hmm saya tak pernah belajar dekat mana-mana pun pak man." Ucap aku.
"Cuma saya di beri keistimewaan" ucap aku lagi.
"Boleh kamu kerja dengan pak man?"
Aku pandang pak man dengan yang lain. 'Ah sudah. Apa ke halnya yeop suruh aku kerja. Ah masak' omel aku dalam hati. Aku tersenyum lantas menggelengkan kepala.
"Saya tak pandai sangat berubat dan saya tak berminat."
Pak man menganggukkan kepala.
"Jangan sia-siakan bakat yang kamu ada. Pak man sendiri tak mampu untuk lawan saka tadi."
"Ha apa cerita pasal isteri zubir?" Tanya aku seraya tukar topik.
"Dia dah meninggal dunia." Ucap budak pak man yang perempuan.
Aku hanya menganggukkan kepala.
"Innalillahiwainnailaihirojiun" ucap aku perlahan.
"Kalau macam itu, kitaorang minta diri dulu lah pak man." Ucap anuar tiba-tiba.
Mungkin anuar tahu yang aku kurang selesa dengan situasi sekarang.
"Yelah. Hati-hati dalam perjalanan." Ucap pak man.
Aku terus bangun dan menyerahkan tongkat tersebut ke arah pak man. Kitaorang terus keluar dari rumah pak man. Rupanya rumah pak man dengan rumah zubir tak jauh pun. Selang sebuah rumah. Kitaorang terus berjalan untuk balik ke homestay.
"Gila lah kau j. Ini kali pertama aku tengok kau bersilat." Ucap sham tiba-tiba.
"Haah. Kau masih amalkan lagi silat cekak harimau tu j?" Tanya anuar pulak.
Aku menggelengkan kepala. Belakang tengkok aku picit perlahan.
"Aku dah tak amal dah silat tu." Ucap aku.
"Kalau kau tak amalkan macam mana kau bersilat?" Tanya sham pelik.
Aku memandang sham.
"Kau sendiri tahu yang aku tak sedar tadi. Masih lagi tanya? Nak kena lempang ke?"
Anuar dan crystal ketawa perlahan.
"Betul juga tu." Ucap sham.
"Aku rasa masa nenek masuk dalam badan tu kot." Ucap anuar.
"Entah lah aku tak tahu dan aku tak sedar apa-apa. Cuma yang paling aku takut bila aku buka silat aku dirasuk harimau." Ucap aku perlahan.
"Maksud kau j?"
Aku menarik nafas. Kitaorang masih lagi berjalan kaki.
"Dulu, aku pernah dirasuk oleh saka harimau. Aku jadi sebijik macam harimau dan yang paling aku takut bila harimau tu keluar dari tubuh aku, aku bogel." Ucap aku perlahan.
Anuar berpaling memandang ke arah aku.
"Serius lah j?"
Aku hanya menganggukkan kepala.
"Sebab tu aku dah tak amal dah silat cekak harimau tu."
"Saka harimau tu saka siapa?" Tanya sham.
"Entah aku tak pasti. Tapi benda ni terjadi masa aku betul-betul fokus dengan silat tu dulu. Mungkin saka harimau tu nak diberikan dekat aku if aku belajar sampai akhir. Tetapi masa tu aku tak habis pun sebab aku tak nak berlawan dengan harimau dalam sangkar." Ucap aku seraya melepaskan tangan crystal untuk mengeluarkan kotak rokok.
"Oh kiranya kau tak habis step akhir lah ni?" Tanya sham.
"Iyaa." Ucap aku sepatah lantas mengenggam tangan crystal.
Tangan crystal menggigil. Aku mengangkat tangan crystal dan tengok.
"Apahal tangan kau menggigil?" Tanya aku.
"Sejuk" ucap crystal.
"Dah nak sampai dah." Ucap aku lantas menyedut rokok.
Sampai saja di homestay, aku suruh crystal tanggalkan gelang benang untuk aku rendam dengan air batu delima. Crystal mengikut apa yang aku suruh. Baik betul adik aku. HAHA! Selesai semuanya mandi solat, aku terus baring di atas katil. Crystal dah hanyut dah selepas mandi. Tengah aku lena diulit mimpi, tiba-tiba aku dengar siulan lagu ulek mayang. Aku nak buka mata tapi aku rasa mengantok yang teramat sangat. Jadi aku buat tak tahu. Aku tak pasti around berapa, tiba-tiba aku dapat rasakan tilam katil aku di bahagian kaki seperti ada orang pijak. Perlahan-lahan aku buka mata dan tengok. Alangkah terkejutnya aku bila aku buka saja mata, crystal tengah menari sambil mulutnya menyanyi lagu ulek mayang. Matanya tertutup. Aku terus bangun berdiri. Masa aku berdiri aku berpaling ke kanan, aku perasan gelang benang crystal dalam mangkok. Aku capai botol air delima.
"Crystal" panggil aku perlahan.
Crystal masih lagi menari tanpa menghiraukan panggilan dari aku. Aku melangkah ke belakang crystal. Cepat-cepat aku menarik crystal untuk turun dari katil dan peluk dia dari belakang. Botol air yang aku pegang terus aku siram dari ubun-ubun crystal.
"Arghhh!!" Jerit crystal kuat dan meronta-ronta.
"Crystal aku ni." Ucap aku.
YOU ARE READING
TEAM PARANORMAL X EXTREME 2
HorrorHai Assalamualaikum.. kali ni aku nak ceritakan team paranormal x extreme bahagian dua.. stay tuned