BAB 46

171 24 0
                                    

"Boleh eh ann? Aku janji."

"Okay tak apa, aku pegang janji kau tetapi kalau macam kau tipu aku, aku hantar terus balik sabah dan aku pecahkan rahsia dekat mami. Deal?" Ucap aku.

"Okay deal." Sahut crystal.

"J" panggil anuar.

Aku berpaling memandang anuar.

"Kiranya kita gerak malam esok? Khamis malam jumaat?"

"Persembahan tu sabtu ahad. Okay ke kalau pergi awal? Better kita pergi hari jumaat petang." Ucap aku.

"Tak okay kalau kita pergi jumaat petang sebab kuala lumpur ke terengganu dah 7, 8 jam. Nak cari tempat untuk rehat lagi. Cari tempat tu lagi dan memang kita tak akan ada masa untuk berehat." Ucap anuar.

Aku hanya menganggukkan kepala.

"Okay lah kalau kau dah cakap macam tu." Ucap aku.

"Tapi kan j, kita tak pernah buat paranormal kat sana. Apa kata kita cuba nak?" Saran sham.

"Kau gila? Tak nak lah aku dengan adik aku ada pulak tu."

"Tah kau ni sham." Sampuk anuar.

"Dekat tempat lain kita dah pernah buat kan. Dekat terengganu je belum. Hurmm. Tapi kan kalau aku pergi sana mesti rindu aku dekat ayu makin membara." Ucap sham.

Aku menjebikkan bibir.

"Dah lah korang berdua pergi balik. Dah nak senja dah ni. Aku pun nak masuk dalam dah." Ucap aku seraya capai telefon dan bangun.

"Yelah nanti aku call kau tau j." Ucap anuar.

"Okay." Ucap aku.

Selepas kelibat anuar dah sham hilang dari pandangan, aku dengan crystal terus masuk ke dalam rumah. Mengikut pengalaman aku semasa aku duduk dirumah ni dulu, sebelum senja, kena masuk ke dalam rumah. Kalau ingkar kena rasuk atau kau akan nampak benda tu bertenggek dekat atas bumbung rumah atau pun kau akan nampak benda tu dekat tingkap. Jadi di sebabkan aku tak berminat nak hadap, jadinya aku dengan crystal terus masuk rumah. Crystal terus melangkah masuk ke bilik tv yang terletak di bahagian ruang tamu tengah.

"Crystal" panggil aku.

Crystal yang tengah berjalan berpaling.

"Ye"

"Jangan pergi ruang tamu depan atau naik atas." Ucap aku.

"Haah yelah." Ucap crystal sambil menganggukkan kepala.

Aku terus melangkah masuk ke dalam bilik aku yang terletak di sebelah pintu dapur. Aku merebahkan badan di atas katil sambil mata memandang siling putih. Tak lama kemudian aku duduk dan capai bag pinggang dan mengeluarkan gelang tangan yang dibuat daripada benang. Aku terus ambil mangkok dan letakkan gelang benang di dalam mangkok tersebut. Botol air batu delima aku keluarkan lantas aku tuang di dalam mangkok tersebut.

"Bismillahirrahmanirrahim" ucap aku perlahan.

Keesokkan hari.......

"Dah siap dah j?" Tanya anuar.

TEAM PARANORMAL X EXTREME 2Where stories live. Discover now