Setelah siap mandi aku dengan crystal terus keluar dari bilik tersebut sebab anuar dan juga sham tengah tunggu kitaorang dekat lobi.
"Kita pergi sarapan dulu then baru gerak ke tempat hani" ucap anuar.
Aku hanya menganggukkan kepala dan kitaorang terus keluar dari lobi untuk ke kereta. Selesai sarapan, kitaorang ke tempat hani yang terletak di (maaf rahsia).
"Wow!! Laut lah." Ucap crystal.
Dia terus keluar dari kereta dan berlari ke tepi pantai. Anuar turut keluar dari kereta termasuk aku dan juga sham. Anuar bercekak pinggang memandang sekeliling.
"Kenapa diaorang buat persembahan dekat tepi laut?" Tanya anuar.
"Entah, Mana lah aku nak tahu." Ucap aku seraya memandang kebelakang.
"Tu ha tempat diaorang tu." Ucap sham seraya tunjuk ke arah kain rentang yang bertulis PERSEMBAHAN ULEK MAYANG.
Aku anuar dan juga sham terus melangkah ke tempat tu. Beberapa penari wanita dan juga lelaki dengan berpakaian hitam dan selendang di ikat dipinggang tengah masuk ke kawasan tersebut untuk rehearsal. Aku hanya bercekak pinggang memandang mereka.
"Eh j!" Panggil seseorang.
Aku berpaling ke kanan.
Hani tengah berlari-lari anak menuju ke arah kitaorang.
"Datang pun kau. Aku ingat ke kau tak datang." Ucap hani.
Aku hanya menjebikkan bibir.
"Kalau ikutkan aku tak nak datang. Tapi nanti kau menangis, malas aku nak layan." Ucap aku.
"Haha! Bengong. Mana ada lah, kalau kau tak datang mungkin aku akan kecewa sikit lah." Ucap hani.
"Hani ni dah nak buat persembahan ke?" Tanya sham.
"Eh tak lah. Sekarang ni tengah rehearsal. Esok malam baru start. Kalau ikut kan semalam khamis malam jumaat tetapi semua orang cakap berisiko, jadi malam esok." Ucap hani.
"Kalau nak ikutkan tak perlu tunggu malam-malam yang lain. Persembahan ulek mayang ni memang berisiko." Pintas anuar.
"Itu lah tu. Tapi nak buat macam mana. Orang cakap telajak perahu boleh diundur, terlajak buat keputusan habis lah. Cuma harap malam esok tak jadi apa-apa lah." Ucap hani.
"Awal korang buat rehearsal eh? Selalunya petang."
Hani mengangkat ke dua bahu.
"Entah. Aku pun tak tahu kenapa. Aku cuma ikut je"
Aku hanya menganggukkan kepala.
"Eh korang, aku masuk dulu tau. Nanti kita borak lagi." Ucap hani.
"Okay" ucap aku seraya memandang crystal.
"Kau tengok anuar, kalau kita datang malam ni, masih ada masa untuk kita rehat tau esok. So sekarang ni apa yang kita nak buat?" Tanya aku.
"First kita cari dulu hotel atau homestay." Ucap anuar.
"Lepas tu?" Tanya sham pulak.
"Lepas tu kita cari lah aktiviti. Pusing-pusing ke. Jalan-jalan dekat tempat orang ke. Betul tak?" Ucap anuar.
Aku hanya menjebikkan bibir. Malas aku nak layan.
"Tapi kan ann, jom kita mandi laut nak tak?" Sampuk crystal tiba.
Aku memandang jam di tangan. Sudah ke angka 11.30.
"Tak nak lah, Dah tengah hari. Bahaya lah tapi kalau petang-petang sikit boleh" ucap aku.
"Bahaya kenapa ann?" Tanya crystal.
Aku menarik nafas dan memandang laut yang terbentang luas di hadapan. Angin laut hempas ke muka best woo.
"Orang tua-tua cakap, start dari pukul 11 sampai pukul 2 macam tu tak elok berada di luar" ucap aku.
"Oooo. Habis tu?" Tanya crystal.
"Habis tu kalau nak mandi laut tu, petang-petang sikit lah around 4 ke 5 petang ke." Ucap aku.
"Okay cun!! Thank you kakakku sayang." Ucap crystal lantas tubuh aku di peluk.
"Udah udah." Ucap aku seraya menarik lengan crystal.
"Sham!! J!! Jom!" Laung anuar dari jauh.
Aku berpaling dan tak lama tu aku, sham dan crystal melangkah ke arah anuar.
"Nah. Aku check in homestay, okay tak?" Ucap anuar.
Dahi aku berkerut.
"Bila masa kau check in gila? Bukan kau dengan kitaorang ke tadi?" Tanya aku.
"Oh masa korang borak-borak tadi aku pergi lah check in. Lagipun hari ni jumaat kan? Kejap lagi nak pergi solat jumaat." Ucap anuar
Aku hanya menganggukkan kepala. Kunci yang dihulur oleh anuar, aku ambil dan pergi ke homestay yang dikatakan oleh anuar.
"Wah!" Ucap crystal selepas masuk ke dalam homestay tersebut.
"Apa yang wah?" Tanya aku sambil pandang sekeliling.
"Corak dinding dia ni ha cantik, Klasik" ucap crystal"
Aku hanya menganggukkan kepala. Bagi aku biasa je sebab aku selalu nampak corak dinding bunga abstrak yang diukir. Aku terus duduk di kerusi yang telah disediakan di ruang tersebut. Telefon aku keluarkan.
"Ann" panggil crystal.
"Hmm" jawab aku tanpa memandang crystal.
Tengah aku tengok telefon, dari hujung mata kiri aku terperasan seperti ada orang tengah melompat lompat di atas katil. Aku terus berpaling. Tepat sangkaan aku ada orang bertubuh kecil tengah melompat-lompat di atas katil. Crystal yang baru nak duduk atas katil, aku cepat-cepat menghalang.
![](https://img.wattpad.com/cover/355024305-288-k420342.jpg)
YOU ARE READING
TEAM PARANORMAL X EXTREME 2
HorrorHai Assalamualaikum.. kali ni aku nak ceritakan team paranormal x extreme bahagian dua.. stay tuned