BAB 16

190 24 0
                                    

"Yelah kau ni. Lepas lah tangan aku." Ucap aku seraya menarik tangan aku dari pegangan tangan anuar.

"Oh no no no. Masuk dalam baru aku lepaskan tangan kau. Kau ni kepala bukan betul sangat. Nanti aku lepas tangan kau, mencicit kau lari masuk rumah kosong tu. Dah! Jom masuk." Ucap anuar lantas tarik aku masuk ke dalam rumah abang ben.

Sampai saja dalam rumah, aku tengok sham, mizan dan abang ben bergelempang di ruang tamu sambil tengok tv.

"Memang aku nak kena tidur dengan lelaki ke malam ni?" Tanya aku seraya cekak pinggang.

Mereka bertiga berpaling.

"J kau tidur atas. Bilik sebelah kanan, Bilik tu bilik tamu." Ucap abang ben.

Aku garu kepala yang tak gatal, lantas aku duduk diatas sofa bersebelahan dengan anuar. Telefon aku keluarkan dan app facebook aku buka. Scroll punya scroll sekali ada orang buat paranormal dekat rumah sewa rm50.

"Kau rasa video ni betul ke?" Tanya anuar.

Aku berpaling memandang anuar sekilas.

"Entah aku pun tak pasti. Kalau nak kepastian kita kena pergi lah dekat rumah sewa rm50 tu."

"Bila nak pergi?" Tanya sham tiba-tiba.

Aku dengan anuar berpaling memandang sham yang tengah tengok tv. Tak lama tu Aku dengan anuar berpandangan sesama sendiri.

"Suara sham kan?" Tanya aku perlahan.

Anuar mengangguk kepala. Tak lama tu sham yang tengah baring tadi terus duduk. Dia memandang ke arah aku dan juga anuar.

"Memang lah suara aku. Kau ingat suara siapa?" Tanya sham.

"Eh kau ni. Kalau iye pun nak bercakap, pandang lah kitaorang. Ini tiba-tiba tanya bila nak pergi tapi mata mengadap tv. Tak ke terkejut aku dengan j. Bengong" ucap anuar geram.

Sham ketawa.

"Alaa nak buat suspen sikit pun tak oley." Ucap sham sengaja perkata boleh tu dipelat kan.

"Ee getik aku dengar" ucap aku.

"Ala kau ni budak kecik, dengan aku semuanya getik. Cer kalau dengan abang megat shahrul anuar kesayangan kau tu, semuanya boleh tak getik. Dah aku sentap dengan kau seminggu." Ucap sham

Aku cepat-cepat menadah tangan.

"Ya allah ya tuhan ku. Tenang hidup aku selama seminggu. Terima kasih ya allah" ucap aku.

Sham terus capai bantal dan baling ke arah aku tapi anuar cepat-cepat menangkap bantal tersebut.

"Weekkk tak kena!" Ucap aku menganjing.

"Kau tunggu! Tak ada abang kesayangan kau tu, kau cari aku memang aku tak layan." Ucap hisham seraya baring semula.

Aku dengan anuar hanya ketawa. Tengah aku ketawa tu, tiba-tiba.

Tok.... Tok.....

Aku dengan yang lain terus berpaling ke arah pintu. Cepat-cepat abang ben bangun dan melangkah ke arah pintu tersebut.

"Sayang?" Panggil abang ben.

Aku yang tengah duduk di belakang abang ben hanya mengintai di bahagian tepi.

"Sayang dah okay?" Tanya ben.

Aina hanya tersenyum dan menganggukkan kepala. Abang ben terus pegang tangan aina dan pimpin dia masuk ke dalam rumah. Aina hanya tersenyum sambil melangkah masuk ke dalam rumah. Aku hanya memandang tanpa berkata apa-apa. Selepas pintu di tutup, abang ben dan aina terus melangkah dihadapan aku dan juga anuar. Aku pandang anuar dan sham lantas aku mengunakan jari telunjuk untuk bersentuhan dengan lengan aina. Secara automatik, bulu roma aku menegak naik. Aku menggosokkan belakang leher aku dengan tangan kanan dan pandangan aku jatuh ke arah sham dan juga anuar. Perlahan-lahan aku menggelengkan kepala. Isyarat bahawasanya yang aina masih lagi tak okay. Abang ben terus mengajak aina duduk di sofa tiga yang berada di hadapan aku.

"Sayang, mereka berempat akan bermalam dekat sini, sayang okay tak?" Tanya abang ben dengan lembut.

Pada mulanya wajah aina yang agak tegang, tiba-tiba dia berubah rentak. Dia tersenyum sambil memandang kitaorang berempat.

"Bo..... leh" (macam mana aku nak terangkan cara percakapan si aina masa ni. Perkataan 'leh' tu amatlah halus bagi halwa telinga aku. Kalau macam orang yang normal, dia akan cakap perkataan "boleh" tu secara terang dan padat. Tapi si aina ni dia cakap 'bo....' Lepas tu perkataan 'leh' tu kepalanya bergerak memandang kitaorang. Eh pandai-pandai lah korang fikir bagi pihak aku.. TQ)

Lepas je dia cakap macam tu, aku berpaling memandang anuar. Dalam hati aku 'creepy bodoh minah ni' ini kan nasib baik aku ada kesabaran yang tebal, kalau tak memang aku dah kick tengkok dia bagi dia pengsan. Aku tak boleh bodoh dengan adegan-adegan creepy di depan mata aku. Aku senang baran.

Abang ben memandang jam di pengelangan tangan.

TEAM PARANORMAL X EXTREME 2Where stories live. Discover now