"Jangan duduk crystal" ucap aku terus bangun berdiri
Budak yang tengah melompat di atas katil berhenti melompat dan memandang tepat ke arah aku. Muka bengis.
"Kenapa ann?" Tanya crystal perlahan.
Aku menggarukan kepala yang tak gatal. Tak lama tu kain tuala yang tersedia ada, aku ambil dan aku melangkah ke arah katil.
"Bismillahirrahmanirrahim" ucap aku seraya mengangkat kain tuala tersebut lantas mengibas katil. Budak tu entah hilang kemana. Jangan nanti dia bawa geng sudah lah. Haru biru nanti.
Selesai semuanya aku terus duduk di atas kerusi. Crystal cepat-cepat melangkah ke arah aku.
"Ada apa tadi?" Bisik crystal.
Aku berpaling memandang crystal.
"Tak ada apa. Kenapa?" Tanya aku.
"Tak ada lah kenapa kau kibas katil tadi?" Tanya crystal ingin tahu.
"Oh ada habuk tadi. Tu yang aku kibas."
Perlahan-lahan crystal mengangguk kepala sambil memandang ke arah aku. Tak ada masa lah aku nak explain benda-benda macam tu. Setelah penat aku duduk, aku terus melangkah ke arah katil dan baring di sebelah crystal. Akhirnya aku terlelap dengan sendiri. Aku tersedar selepas telefon aku bunyikan azan zohor. Aku terus bangun duduk. Aku memandang sekeliling.
"Aku kat mana ni?" Tanya aku sendirian.
Aku berpaling ke kanan, crystal masih lagi tidur. Aku terus turun dari katil dan melangkah ke arah pintu.
"Oh aku kat terengganu rupanya." Ucap aku perlahan.
Aku terus masuk ke dalam semula untuk mandi. Masa aku tengah mandi, aih. Mulut aku ni boleh pulak nyanyi lagu cindai. Aku sendiri tak pasti kenapa aku boleh nyanyi lagu tu. Sedangkan aku tahu lagu tu memang berhantu gila. Bila aku dah sedar kekhilafan aku, aku cepat-cepat tutup mulut dan masuk ke dalam water heater. Tengah aku mandi tu lagi sekali aku ternyanyi lagu cindai.
"Cindai lah mana"
Tiba-tiba...
"Cindai disini"
Mata yang aku pejam di bawah water heater terus aku buka. Sumpah aku tak silap dengar. Aku terus buka pintu dan memandang ke arah katil. Mana lah tahu kan kot adik aku nak prank aku ke. Adik aku kekadang perangai dia tu minta kena sepak. Tapi elok je adik aku tengah tidur. Aku mengangkat bahu dan masuk ke dalam bilik air semula.
"Cindai lah mana"
Tak lama tu tiba-tiba..
"Cindai di sini." Menyahut dengan suara yang garau.
Oh shit. Aku cepat-cepat keluar dari bilik air dan masuk ke dalam. Aku berdiri tegak sambil memandang sekeliling.
"Aku tak kacau kau dan kau jangan nak kacau aku. Lebih baik kau pergi." Ucap aku dengan suara yang agak tinggi
"Ann."
Aku berpaling.
"Kau cakap dengan siapa?" Tanya crystal.
Dia memandang sekeliling.
Aku menarik nafas dan tersenyum.
"Tak ada lah, Kau salah dengar ni. Dah lah aku nak solat dulu." Ucap aku seraya mengeluarkan baju dan telekung di dalam bag.
Aku pendekkan cerita.. hari sabtu. Tepat pukul 8 malam, aku crystal anuar dan juga sham terus ke tempat hani yang terletak tak jauh dari homestay kitaorang. Ramai juga penduduk yang datang untuk melihat persembahan ulek mayang. Akibat tak cukup kerusi, aku dengan yang lain hanya berdiri berhadapan dengan pintu masuk. Aku berpaling memandang crystal.
"Crystal, bagi tangan kanan kau." Ucap aku.
Crystal terus menghulurkan tangan kanan ke arah aku. Gelang benang yang aku rendam di dalam air delima sebelum aku datang ke terengganu, aku pakaikan.
"Gelang apa ann?" Tanya crystal perlahan.
Aku memandang crystal.
"Pendinding. Kalau nak pegi tandas nanti bagitahu dekat aku."
Crystal hanya menganggukkan kepala. Sesekali dia mengadu panas akibat air batu delima tersebut.
"Tahan sikit. Panas ni tak lama pun." Ucap aku.
Selesai aku pasang gelang tu ke tangan crystal, aku terus tarik tangan anuar dan juga sham.
"Pakai gelang ni dan jangan bawa masuk ke tandas."
Anuar dan sham hanya menganggukkan kepala. Persembahan ulek mayang telah pun bermula. Ramai yang bersorak serta bertepuk tangan. Suasana di hangatkan lagi dengan lagu ulek mayang.
"Umbok
Mayang diumbok (mayang diumbok)
Umbok dengan jala (umbok dengan jala)
Jemala (jemala)
Ulek
Mayang diulek (mayang diulek)
Ulek dengan puteri (ulek dengan puteri)
Nya dua
Puteri dua berbaju serong
Puteri dua bersanggol sendeng
Puteri dua bersubang gading
Puteri dua berselendang kuning
Umbok umbok dengan jala jemala (mayang diumbok)
Nak ulek mayang diulek..Tengah diaorang menari ulek, tiba-tiba ada seorang perempuan naik ke atas pendas dan menari di tengah-tengah. Berpakaian serba kuning diraja. Masa ni aku tak ada lah fikir apa mungkin perempuan tu sengaja masuk lambat untuk buat suprise untuk penonton, Tetapi yang peliknya tak ada pulak orang lain bertepuk tangan. Masing-masing macam khayal dengan persembahan tu. Aku yang tengah tepuk tangan ni terus aku masukkan tangan ke dalam poket seluar. Malu siak. Aku memandang anuar sebelah kiri.
"Anuar." Panggil aku.
Anuar berpaling.
"Aku nak keluar jap isap rokok." Ucap aku.
YOU ARE READING
TEAM PARANORMAL X EXTREME 2
HorrorHai Assalamualaikum.. kali ni aku nak ceritakan team paranormal x extreme bahagian dua.. stay tuned