BAB 58

187 20 3
                                    

Aku masih lagi memeluk crystal dari belakang sambil baca surah ke telinga crystal.

Allahu la ilaha illa Huwa, Al-Haiyul-Qaiyum. La ta'khuzhuhu sinatun wa la nawm, Lahu ma fis-samawati wa ma fil-'ard. Man zhal-lazhi yashfa'u 'indahu illa bi-izhnihi. Ya'lamu ma baina aidihim wa ma khalfahum. Wa la yuhituna bi shai'im-min 'ilmihi illa bima sha'a. Wasi'a kursiyuhus-samawati wal ard, Wa la ya'uduhu hifdzhuhuma Wa Huwal 'Aliyul-Azheem!"

Rontaan crystal makin lama makin perlahan.

"Allah! Allah! Allah! Subahanallah, subahanallah, subahanallah" ucap aku sambil peluk crystal.

"Annnn." Ucap crystal sambil peluk lengan aku.

Aku perkuatkan lagi pelukan. Crystal menangis teresak-esak kerana takut. Bila keadaan dah kembali reda, aku terus pimpin crystal naik ke atas katil. Gelang benang yang aku rendam aku terus sarung ke tangan kanan crystal.

"Dah tidur lah." Ucap aku perlahan.

Crystal hanya mengangguk kepala. Aku mengesot bersandar dekat kepala katil lantas aku mengeluarkan al-quran kecil dan aku baca.  Malam tu aku tak tidur sampai ke pagi.

Keesokkan hari aku dengan yang lain terus balik ke kuala lumpur dalam pukul 8 pagi macam tu. Macam biasa semua membisu dalam kereta.

"J," panggil sham.

"Hmm" jawab aku.

"Kau nak tahu tak semalam kitaorang kena ganggu." Ucap sham.

Aku berpaling memandang sham di depan. Aku mengubah kedudukan.

"Kau kena ganggu macam mana?" Tanya aku.

"Mula-mula tu selepas aku siap mandi, aku dengar orang nyanyi lagu ulek mayang." Ucap sham.

"Lepas tu?" Tanya aku.

"Lepas tu aku tanya anuar ada dengar tak orang nyanyi lagu ulek mayang tu. Tapi anuar cakap tak ada. Jadi aku pun buka pintu dan tengok-tengok kat luar. Tiba-tiba tu aku perasan seorang perempuan tengah berjalan. Oleh kerana aku tak nak jadi apa-apa, aku terus masuk ke dalam bilik dan terus tidur."

Aku menarik nafas dan memandang crystal di sebelah.

"Semalam crystal kena rasuk" ucap aku.

"Ha?" Ucap anuar dan juga sham.

Sham berpaling kebelakang.

"Seriuslah?" Tanya sham.

Aku hanya menganggukkan kepala.

"Apa yang berlaku j?" Tanya anuar.

Anuar memandang kebelakang mengunakan cermin pandang belakang.

"Aku dengan crystal dah tidur dah. Aku jangan cakap lah memang barai teruk. Mula-mula tu aku dengar siulan lagu ulek mayang. Aku buat endah tak endah jelah. Aku sambung tidur dan tak lama tu aku rasa macam ada orang pijak tilam katil aku. Jadi aku buka je mata aku tengok crystal tengah menari ulek mayang atas katil aku tu." Ucap aku.

"Serius lah j?"

Aku hanya menganggukkan kepala.

"Habis tu apa jadi selepas tu? Kenapa tak panggil kitaorang je?" Tanya anuar.

Aku menarik nafas dan berpeluk tubuh.

"Benda tak teruk pun. Lagi pun salah aku sebab aku rendam gelang crystal dengan air delima. Itu yang dia kena rasuk."

"La yeke" ucap sham.

"Ye" ucap aku sepatah lantas memandang ke luar tingkap.

Aku pendekkan cerita. Seminggu telah pun berlalu dan crystal pun telah balik ke sabah. Harap-harap tak ada apa lah yang berlaku dekat dia di sana.

Bip.. bip..

Aku berpaling memandang telefon aku yang terletak di atas meja. Telefon tersebut aku capai dan buka aplikasi whatsapp. Dahi aku berkerut setelah baca text dari darrus.

"J, cuba kau dengar voice ni." Ucap darrus.

"Voice apa ni gila?" Tanya aku seraya menekan butang sent.

Darrus is typing.

"Dengar je lepas tu bagitahu dekat aku apa yang kau dengar. Okay?"

Aku tak membalas text dari darrus malah butang play voice tersebut aku tekan.

"malam sunyi ku sendiri
duduk sepi diatas pohon
kubiarkan rambutku terurai

tanpa kaki kelawar,anjing dan bulan purnama
menanti kekasih ku yg belum mati
kapan mati kekasihku
ku menanti kau disini
ayuh mati bunuh diri
biar kita jumpa lagi
seperti dulu

hahahahhahahahaha(3x)

mana mungkin ku kembali
hidup lagi seperti dulu
kecuali engkau mati
mohon mengerti"

Aku cepat-cepat matikan voice tersebut. Secara automatik bulu roma aku berdiri tegak.

"Kepala kau hantar lagu ni kat aku siak" ucap aku seraya menekan butang sent.

Darrus is typing.

"Haha! Jangan lah marah j. Aku gurau je"

"Kepala kau gurau dengan hantar lagu macam ni dekat aku. Weh lagu ni lagu berhantu lah rus. Kau ni jangan buat main lah."

Darrus is typing.

"Kau serius lah j?"

"Cuba kau dengar pakai handfree. Kau akan dengar bunyi suara mengilai. Dan kalau kau nak tahu, penyanyi ni dah mati baru lagu ni keluar. Buat hal lah kau ni. Ramai orang histeria lepas dengar lagu ni." Marah aku.

Darrus is typing.

"Sumpah j aku tak tahu lagu ni boleh buat orang lain histeria lepas dengar. Sumpah demi allah."

TEAM PARANORMAL X EXTREME 2Where stories live. Discover now