"Aih kau ni budak kecik. Tengah sakit pun isap rokok lagi. Bagi rokok tu kat aku." Ucap sham seraya rampas rokok yang berada di jari aku.
Dia duduk disebelah.
"Buat apa kat sini?" Tanya sham lagi.
Aku memandang sham dan tak lama tu aku menggelengkan kepala.
"Jom masuk, nanti anuar bising. Dia call tadi tanya kau okay ke tak. Kang jadi apa-apa aku yang kena marah dengan orang tua tu." Bebel sham lagi.
Dia menyedut rokok yang terakhir dan tak lama tu putung rokok di jentik masuk ke dalam longkang.
"Sham" panggil aku perlahan.
"Hmm."
"Jom kita masuk dalam rumah kosong tu nak tak?" Ucap aku seraya menunjuk rumah kosong tersebut.
"Eh j, jangan lah. Kalau nak masuk boleh tapi masuk ramai-ramai. Tapi kan rumah tu macam ada something lah."
Aku memandang sham.
"Maksud kau?"
Sham berubah duduk mengadap ke arah aku.
"Tadi ben ada cerita sikit pasal rumah tu masa kau pengsan."
Dahi aku berkerut.
"Abang ben cerita apa?" Tanya aku.
"Dalam rumah tu pernah ada orang buat pemujaan panggil hantu dan aina pun pernah panggil hantu dalam rumah tu. Dan aku tak pasti lah sama ada benda ni sahih atau tak. Ben pun cakap tak pasti. Ada sekumpulan budak pernah main ouija dalam tu dan ada roh yang tertinggal dalam rumah tu. Sebab tu rumah tu tak baik pulih. Sebelah rumah kosong tu ada orang duduk, family. Dulu lah tapi tiap-tiap malam satu family ni kena kacau apa semua. Bertahan dalam seminggu. Paling lama pun dua minggu. Itu yang ben cerita dekat kitaorang tadi. Tapi kan aku rasa kan pagi tadi kau macam kena rasuk. Mata hitam kau tak ada." Ucap sham.
Belum sempat aku nak buka mulut, dari jauh aku perasan kereta anuar masuk simpang. Sham pun berpaling ke arah yang sama.
"Kesayangan kau dah balik dah tu." Ucap sham seraya tersengih.
"Eh kau ni." ucap aku perlahan.
Aku dan sham terus bangun dan melangkah ke arah anuar.
"Kenapa keluar?" Tanya anuar.
"Ambil angin." Ucap aku seraya masuk ke dalam rumah.
Abang ben yang baru turun dari biliknya terus menyapa aku.
"Kau macam mana j? Okay?"
Aku hanya mengangguk dan duduk di atas sofa.
"Bila aina nak balik?" Tanya aku.
Abang ben yang duduk dekat sofa bersebelahan dengan tangga hanya mengeluh panjang.
"Entah lah j. Kadang tiga hari, kadang seminggu."
"Kalau macam tak ada apa-apa, kitaorang balik hari ni kot," ucap aku.
"Eh j, apa ni? Kau kata kau nak tolong aku pasal aina"
Aku memandang botol air batu delima yang berada di atas rak tv.
"J! Oi." Panggil abang ben.
Aku terus berpaling memandang abang ben.
"Kau ni aku bercakap kau boleh termenung pulak." Bebel abang ben.
Aku menggelengkan kepala.
"Dah aina pun tak balik, macam mana aku nak tolong dia?"
"Okay macam ni, Mana semua orang. Kita berbincang" ucap abang ben.
Aku menangkat bahu menandakan tak tahu. Aku berpaling ke arah luar melihat anuar dan sham menjinjit makanan bawa masuk ke dalam rumah.
"Mizan mana?" Tanya aku.
"Entah mandi kot." Ucap abang ben.
"Mandi apa, tu ha kat luar tengah angkat beg." Sampuk sham.
"Korang cepat sikit. Aku nak bincang sikit pasal aina."
"Ben bagi aku mandi dulu." Laung anuar dari dapur.
Aku abang ben dan sham hanya berborak kosong sambil menunggu anuar dan mizan siap mandi. Sambil-sambil tu aku berpaling memandang ke luar rumah. Aku sendiri tak tahu apa yang aku fikirkan.
"Kita makan sambil bincang lah. Lapar ah" ucap anuar.
Aku berpaling memandang anuar.
'Hensemnya setan ni baru lepas mandi. HAHAHA!'
"J" panggil sham.
Aku berpaling memandang sham.
"Aku tahu dalam hati kau tu akan cakap setan tu hensem kalau selepas mandi. Kau jangan eh, aku jeles tau kesayangan aku puji orang lain."
YOU ARE READING
TEAM PARANORMAL X EXTREME 2
HorrorHai Assalamualaikum.. kali ni aku nak ceritakan team paranormal x extreme bahagian dua.. stay tuned