"Dia kena rasuk disebabkan saka dia pak budi."
Budi terus melangkah ke arah pintu belakang, Pintu dibuka. Aku dengan anuar terus berpaling kebelakang memandang ke arah budi dan yusuf. Aku perasan mulut budi terkumat kamit baca sesuatu. Aku tak pasti apa yang dibacakan oleh budi. Aku memandang anuar disebelah tak lama kemudian aku memandang sham disebelah yusuf. Masa budi baca ayatul qursi, kepala yusuf yang tunduk terus berpaling memandang ke arah budi. Matanya tajam memandang budi.
"Bawa dia masuk ke dalam rumah makcik anum." Arah budi.
Sham dengan mizan terus keluar dari kereta dan menuju ke arah yusuf. Berlaku pergelutan masa nak keluarkan yusuf dalam kereta. Selepas setengah jam sham dan mizan bergelut, akhirnya yusuf berjaya dibawa masuk ke dalam rumah makcik anum. Yusuf terus dirawat. Rawatan memakan masa selama satu jam lebih. Dan alhamdulillah yusuf pulih. Setelah berborak lebih kurang, budak2 ben minta diri untuk pulang. Aku hanya mengangguk kepala. Aku yang tengah berdiri, terus duduk dekat pangkin depan rumah makcik anum.
"Kenapa dengan kaki?" Tanya budi.
"Jatuh tangga tadi. Benda tu tolak."
Budi hanya menganggukkan kepala lantas mengangkat kaki kanan ke aku ke atas pangkin.
"Aduh! Sakit woi" jerit aku kuat.
"Kena urut ni, kalau tidak nanti jadi bengkak" Ucap budi sambil menyelak seluar jeans kat bahagian kaki.
Aku hanya diam dan mengangguk kepala.
"Sini besi?" Tanya budi.
Aku mengangguk kepala.
"Dari lutut sampai ke buku lali besi. Aduh sakit"
Budi tak berkata apa-apa malah tangannya mengurut dekat bahagian betis labu. Sesekali dia urut dekat bahagian besi. Uii sakit ya amat.
"Slow-slow pak budi!! Kang ada yang kena terajang roboCop baru tahu. Aduh-aduh!"
"Kena lah tahan j. Kau ni pun." Ucap anuar.
Aku memandang ke arah anuar.
"Oi gila! Aku tengah sakit ni. Kang tak pak budi kena, engkau yang kena dengan aku. Haaa. Nak?"
Anuar cepat-cepat menggelengkan kepala. Sham dan mizan hanya mengekek ketawa dekat sebelah. Sesekali budi picit kat bahagian sakit tu, fuhh rasa menyirap sampai kepala.
"Dah. Esok insyallah okay" ucap pak budi lantas menurunkan kaki seluar jeans aku.
Aku hanya mengangguk perlahan. Tak lama tu kitaorang terus minta diri balik. Sampai saja rumah, siap bersihkan badan apa semua aku terus baring atas katil. Mata aku terkebil-kebil memandang siling sambil otak memikirkan kejadian yang baru berlaku. Aku mengiring ke kanan. Tengah aku melayan perasaan sekali aku terdengar bunyi suara garau.
"Hmmmmmm"
Aku pejam mata dan mengeluh.
"Apa lagi ni?" Tanya aku lantas bangun duduk.
Tak ada apa-apa sahutan atau balasan, aku terus bangun dan tutup lampu. Malam tu macam biasa aku tidur tanpa apa-apa gangguan.
Esok tu seperti biasa selalunya kalau lepas cari hantu aku akan lepak dekat rumah. Biasalah bila mana energy drop lepas cari hantu jadi boleh lah bersantai-santai dirumah. Tengah aku menepek macam ular sawa kat ruang tamu, tiba-tiba telefon aku berdering.
"Báilame como si fuera la última vez
Y enséñame ese pasito que no sé
Un besito bien suavecito, bebé
Taki taki Taki taki, rumba"Aku berpaling. Dengan perasaan malas yang maha teruk, lambat-lambat aku capai telefon kat atas meja.
"Apahal mamat ni call aku tah. Suka betul kacau aku" bebel aku sendirian.
Butang hijau ditekan.
"Assalamualaikum cinta hati" ucap anuar.
"Banyak lah cinta hati kau!"
"Hehe, Okay-okay. Jom pergi ipoh nak?" Ucap anuar.
"Ha?? Buat apa?"
"Kita jumpa dengan abang ben, nak?"
Aku menggaru kepala yang tak berapa nak gatal lantas duduk di atas sofa.
"Malas lah aku. Kau tahu kan aku tak ngam dengan bini dia. Karang macam-macam tohmahan dan hinaan dia bagi kat aku tau."
"Ala yang, kau abaikan lah apa yang bini dia nak cakap. Janji apa yang dia cakap tu, kau tak buat. Itu pun dah cukup dah"
Aku jebik mulut walaupun anuar tak nampak.
YOU ARE READING
TEAM PARANORMAL X EXTREME 2
HorrorHai Assalamualaikum.. kali ni aku nak ceritakan team paranormal x extreme bahagian dua.. stay tuned