BAB 21

185 26 0
                                    

"Tadi kalau kau nak tahu dua kali aku nampak aina. Aku siap bercakap dengan dia masa kat dapur." Ucap aku.

Dahi anuar berkerut.

"Kau bercakap apa dengan dia?" Tanya anuar.

Soalan anuar aku tak jawab. Aku hanya memandang wajah anuar saja. (Kenapa aku dalam keadaan macam itu?) Kerana telinga aku dengar seseorang memanggil nama aku.

"Janna...."

Aku terus pegang kedua bahu anuar.

"Janna......"

"Eh kau dah kenapa ni? Apasal mata kau jadi putih j!" Tanya anuar dengan cemas.

Kaki aku terasa lembik dan cepat-cepat anuar memahut pinggang aku dari aku terjatuh.

"Ya allah j!!" Jerit anuar.

Anuar menepuk-nepuk pipi aku berulang kali. Masa ni aku antara sedar atau tidak. Ubun-ubun aku terasa panas yang teramat sangat.

(Aku ceritakan apa yang anuar cerita dekat aku masa ni. Lepas aku antara sedar atau tak, kedua mata hitam aku tak ada. Lepas tu aku mengelupur dan macam aku terkena sawan sebab ada buih keluar dari mulut aku. Anuar terus cepung badan aku dan bawa masuk ke dalam rumah abang ben. Masa ni semua orang gelabah tak tahu nak buat apa sampai lah anuar teringat botol air batu delima. Dia terus tuang di ubun-ubun aku dan tak lama tu aku berhenti mengelupur. Masa ni anuar cerita aku belum tersedar lagi. Adalah dalam dua jam masa tu baru aku tersedar.)

Aku buka mata dan memandang sekeliling.
Suasana putih langsung tak ada hitam. Aku melangkah dan berdiri di tengah-tengah. Tak lama tu bayangan nenek muncul dan berdiri di depan aku.

"Cu... pulang lah. Sini bukan tempatmu."

Aku hanya memandang nenek yang berada di depan aku. Di tangan kirinya pegang tongkat dan di tangan kanannya pegang tasbih putih campur dengan warna biru laut. Tasbih batu delima. Tapi aku tak tahu batu delima apa. (Dulu selalunya selepas solat aku akan snap gambar tasbih tu dan post kat story whatsaap. kalau ada yang perasan, itu lah tasbihnya).

"Ambil ini cu dan gunakan sebaiknya." Ucap nenek dan dia menghulur tasbih tersebut ke arah aku.

Aku memandang lantas mengambil tasbih tersebut.

"Untuk apa?" Tanya aku perlahan.

Aku mengangkat muka dan nenek tersebut hilang dipandangan mata aku. Aku memandang sekeliling. Gelap. Aku terus mengundur kebelakang laju sambil menjerit kuat.

"Allahuakbar!!!!!!"

"J!!"

Bahu aku digoncang kuat. Aku terus buka mata. Dan tak lama tu aku terus bangun duduk.

"Uhuk! Uhuk" aku terbatuk-batuk.

Aku menarik nafas. Dada aku rasa ketat. Aku memandang sekeliling. Lega sebab aku berada di tempat yang sepatutnya.

"Kau pegang apa tu j?" Tanya anuar seraya mengangkat tangan kanan aku dengan perlahan.

Aku terus berpaling ke kanan. Dahi aku berkerut.

"Tasbih?" Tanya sham.

"Bila pulak kau bawa tasbih ke mana-mana j? Alim sangat ni." Ucap mizan berseloroh.

Lawak yang mizan buat tu tak terasa aku nak ketawa. Aku masih lagi pelik melihat tasbih tersebut.

"Setahu aku tadi tak ada." Ucap abang ben.

"Kau dapat lagi ke?" Tanya anuar.

Aku memandang anuar dan tak lama tu aku mengangguk perlahan. Aku menundukkan kepala. Kepala aku terasa sakit yang teramat sangat. Tak lama tu aku terus mengesot untuk bersandar ke dinding. Mata aku pejamkan.

"Kau tunggu sini kejap. Aku pergi beli makanan." Ucap anuar.

Aku hanya mengangguk tanpa memandamg ke arah anuar. Selepas anuar hilang, aku terus terlelap dalam 15 minit macam tu. Tak lama tu aku bangun mandi dan aku duduk dekat luar rumah sambil isap rokok. Mata aku tepat memandang rumah kosong yang berada di hadapan aku. Aku tak tahu kenapa aku rasa macam nak masuk dalam rumah tu. Tangan kanan aku memegang tasbih tersebut.

TEAM PARANORMAL X EXTREME 2Where stories live. Discover now