"Sakit?" Tanya anuar seraya menekan kesan tersebut.
Aku menganggukkan kepala. Masih sakit dan pedih. (Kalau korang nak tahu rasa tu macam mana, korang pergi celup tangan dekat minyak masak yang panas tu.)
"Apa tu tadi?" Tanya mizan.
Aku memandang ke arah mizan.
"Kau baru bangun tidur ke apa? Blur semacam." Tanya sham.
"Bukan. Aku macam tak boleh nak fikir macam mana aina boleh ada sedangkan tadi ben cakap aina keluar."
"Ben tipu kita mizan" ucap sham.
"Aina hilang." Ucap abang ben tiba-tiba sambil melangkah.
Dia terus masuk ke dalam rumah dan duduk di sofa. Aku memandang abang ben dan mengeluh perlahan.
"Cuba kau cerita dekat kitaorang apa yang terjadi dekat aina?" Tanya anuar.
Abang ben mengeluh lantas memandang ke arah aku. Anak matanya jatuh ke tangan kiri aku.
"Sakit j?" Tanya abang ben.
Aku mengangguk perlahan.
"Macam itu lah ustaz-ustaz yang datang berubat aina tapi ustaz tu kena macam kau kena."
Dahi aku berkerut.
"Aku tak faham." Ucap aku perlahan.
Abang ben terus bangun dan ambil botol minyak lantas dia hulur di depan muka aku.
"Minyak ni dah di ruqyah. Kau sapu lah nanti hilang sakit tu."
Aku hanya mengangguk kepala lantas botol tersebut aku ambil. Abang ben patah balik dan duduk di sofa.
"Ada sebab kenapa aku tak nak duduk dekat kL. Salah satunya aina. Aina dia ikut jejak mika."
Aku berpaling memandang abang ben.
"Maksud kau?"
Abang ben mengeluh lantas memandang ke arah aku dengan yang lain.
"Sebenarnya keluarga aina ni ada membela. Erti kata ada saka lah. Pada mulanya aku berkawan dengan aina, aku tak tahu tau pasal saka keturunan aina ni sampai lah aku dah berkahwin. Langsung aku tak tahu. Patut lah setiap kali aina buat paranormal, setiap kali tu juga dia kena rasuk. Aku pun pelik juga lah. Sampai lah beberapa tahun aku kahwin dengan dia, masa tu kita dah stop buat paranormal tapi geng adha still jalan paranormal lagi. Aku tengok sendiri macam mana aina kena rasuk. Masa tu dekat kepala aku, aku nak call kau j, tapi aku takut bila aina dah sedar, dia akan marah kau. So tak jadi lah aku nak call kau. Ada satu hari tu aina pergi indonesia dengan geng-geng adha. Aku cakap aku nak ikut tapi aina sekerasnya tak bagi. Aku malas nak bergaduh jadi aku tak pergi. Balik tu, selepas dua hari diaorang ada buat paranormal. Then start dari situ aina kena rasuk seteruknya. Macam yang korang nampak sekarang ni lah dan sebab itu aku tak nak bagitahu dekat siapa-siapa termasuk korang semua."
"Kau memang tak patut lah ben buat dekat kitaorang macam ni." Ucap sham.
Anuar yang selesai sapu ubat di tangan aku terus berpaling.
"Betul. Kita semua ni bukan baru kenal hari ni ben. Kita kenal dah berapa lama dan sepatutnya kau kena bagitahu dekat kitaorang." Ucap anuar pulak.
"Aku tahu dan sepatutnya aku tak perlu membelakangkan korang. Cuma aku tak tahu nak buat apa."
"Habis ni aina pergi mana? Kau tahu ke?" Tanya mizan.
Abang ben menganggukkan kepala.
"Dia akan balik rumah mak dia." Ucap abang ben.
![](https://img.wattpad.com/cover/355024305-288-k420342.jpg)
YOU ARE READING
TEAM PARANORMAL X EXTREME 2
HororHai Assalamualaikum.. kali ni aku nak ceritakan team paranormal x extreme bahagian dua.. stay tuned