Tiba-tiba aku teringat satu kisah dulu. Aku tak pasti sama ada aku ada cerita atau tak di wattpad dimana dulu aku suka sangat tidur dan duduk di atas bumbung rumah. Nak di jadi kan cerita ada satu malam tu masa aku tengah santai-santai kat atas bumbung rumah macam aku tengah santai kat tepi laut sekali muka aku kena libas dengan rambut panjang. Memula tu aku layan kan je tetapi bila lama-lama muka aku tiba-tiba jadi panas aku terus buka mata. Elok je aku buka mata, ada muka betul-betul depan muka aku. Dasar langsuir tak ada akhlak. Rambut dia panjang gila. Oleh kerana terkejut, aku tergelonsor dan jatuh dari bumbung rumah. Sakit mat terasa sampai ke sekarang (2024)
"Nah minum air ni dulu." Ucap pak budi tiba-tiba.
Aku yang tengah baring, terus duduk di ikuti oleh anuar.
"Air apa?" Tanya aku lantas mengambil cawan yang berisi air.
"Air akar kayu. Ni anuar kopi kamu." Ucap pak budi lantas menyerahkan cawan berisi air kopi ke arah anuar.
"Eeeuuuuii" ucap aku selepas bau air akar kayu tu.
Pak budi menggelengkan kepala.
"Memang lah bau dia macam ni. Tapi air akar kayu ni elok untuk dalaman. Minum." Ucap pak budi.
Aku menarik nafas dan aku terus one shot air akar kayu tersebut.
"Uwerkk!"
Budi cepat-cepat menepuk-nepuk belakang aku.
"Janna ni aku nak bagitahu ni. Kamu dah guna ilmu ni sekali, jangan guna sampai tiga kali."
Dahi aku berkerut memandang pak budi berselang seli memandang anuar.
"Kalau guna tiga kali?" Tanya aku.
"Ilmu itu akan sebati dalam diri kamu dan kamu akan kehilangan nenek (penjaga) kamu buat selamanya."
Aku terdiam.
"Kamu akan jadi seseorang yang hilang kewarasan. Semua orang akan takut untuk berdampingan dengan kamu. Macam tadi, kamu hampir-hampir nak bunuh crystal. Bagi keris tu nanti aku akan tawarkan."
"Tapi aku tak guna pun keris tu dekat crystal. Cuma aku guna ilmu tu masa aku terkurung sorang-sorang tadi." Ucap aku.
Budi menganggukkan kepala.
"Memang kamu tak guna keris tu untuk ubatkan crystal, tetapi kamu simpan benda tu dalam tempat yang sama. Kedua barang kamu ni memiliki khadam yang cukup kuat."
Aku hanya menganggukkan kepala dan keluarkan keris dari bag pinggang aku.
"Kalau dah tawarkan keris ni, akan jadi apa?" Tanya anuar.
"Kalau tawarkan tak akan jadi apa. Insyallah."
Aku terus hulurkan keris tersebut ke arah budi. Keris tersebut bertukar tangan.
"Izinkan aku?" Tanya pak budi.
Aku hanya menganggukkan kepala tanda mengizinkan budi tawarkan keris tersebut.
"Pergi lah masuk tidur" ucap budi.
Aku mengangguk dan terus bangun. Aku terus melangkah masuk ke dalam bilik aku. Anuar pulak tidur dengan budi di bilik budi dekat luar. Aku merebahkan badan di sebelah crystal. Sesekali aku memandang crystal yang tengah lena. Mukanya sedikit pucat. Akhirnya aku terlelap dengan sendiri.
YOU ARE READING
TEAM PARANORMAL X EXTREME 2
HorrorHai Assalamualaikum.. kali ni aku nak ceritakan team paranormal x extreme bahagian dua.. stay tuned