BAB 9

221 27 8
                                    

"Memang lah sebab bukan kau yang kena anuar oii. Aku yang kena"

"Ala, kau rilek je j. Kita pergi eh eh eh eh."

Aku mengeluh perlahan lantas mengusutkan rambut aku dengan tangan kanan.

"Yelah!! Bila nak pergi ni?" Tanya aku.

"Kau pergi bersiap sekarang. Macam biasa nanti aku sham dan mizan akan sampai dekat rumah kau. Jangan lupa bawa baju" ucap anuar.

"E....."

Tut...tuttt..

Aku terus tengok screen telefon.

"Binawe punya laki. Kau letak fon macam tu je? Kau sabar eh!" Ucap aku lantas bangun berdiri.

Setengah jam kemudian, muncul lah makhluk allah 3 ketui di guardhouse rumah aku. Aku terus meloloskan diri ke seat depan sebelah anuar.

"Jjjjjjjjjj" jerit sham dari tempat duduk belakang.

Aku berpaling.

"Apa kau? Nak kena pijak?"

"Eleh. Tak padan dengan kaki sakit, kerja nak pijak orang jelah" ucap anuar.

"Pijak guna tangan lah mat"

Tercetus ketawa mereka bertiga. Aku sebenarnya nak bersantai je dekat rumah. Tapi kena ikut diaorang pulak jadi mood aku swing sikit. Rasa masa tu nak pukul orang jelah. Aku mengeluh.

"Rilek j. Apa-apa yang si aina tu cakap, kau buat macam angin lalu je." Ucap mizan

"Masalahnya, dia cakap aku ni ada hati dekat abang ben. Eh ada akal ke tak ada akal. Dari aku nak suka dekat abang ben ,baik aku pilih antara korang bertiga, Haa. Sejuk sikit mata ni memandang. Ini....... Eh entah lah. Malas lah aku nak cakap. Buat sakit hati jelah"

"Itu lah tu kan. Dulu pun aina masuk group adha pun sebab tak puas hati dengan kau j. Aku pun kadang tak faham juga dengan si aina tu." Ucap sham tiba-tiba.

Aku menganggukkan kepala.

"Yes! Your right, Tah apa-apa tah."

"Sabar je lah j. Nak buat macam mana dah aina tu macam tu." Ucap mizan.

"Memang lah kau akan cakap macam gitu sebab tak kena dekat batang hidung kau. Cuba kau kena tepek macam tu tiap-tiap hari. Apa kau rasa? Dulu nampak je aku, terus si aina tu buat muka. Jangan sampai aku couple dengan abang ben tu betul-betul baru dia tahu. Menangis tak berlagu karang."

"J? Amboi kau." Ucap anuar yang dari tadi diam dan tengah memandu.

"Jangan j, nanti aku jealous." Sampuk sham.

"Eleh. Kau jangan, tak nampak dreba tu tengah pandang belakang." Ucap aku.

Sham terus ketawa kuat termasuk mizan di sebelah.

"Dah lah. Malas aku nak layan korang bertiga. Aku nak tidur. Ucap aku seraya menyilang tangan di dada.

"Alaaa kau ni j" ucap sham.

Aku terus pejamkan mata. Sebenarnya aku ni mabuk kalau duduk sebelah atau belakang bila nak berjalan jauh. Jadi lebih baik aku tidur dari aku muntah. Perjalanan memakan masa 2 atau 3 jam untuk sampai kedestinasi. Aku yang tidur tadi dikejut oleh anuar.

"J, bangun yang."

Aku terus buka mata lantas memandang sekeliling.

"Dah sampai ke?" Tanya aku.

"Haah dah." Ucap anuar seraya menganggukkan kepala.

Aku terus buka pintu dan keluar. Aku memandang sekeliling. Dah lama sangat aku tak datang taman cempaka. Last aku duduk taman cempaka masa dengan makcik aku dulu. Tahun bila pun aku dah tak ingat. Dah lain sangat dah taman cempaka. Tak macam dulu dah. Anuar melangkah dan berdiri di sebelah aku dan tersenyum. Aku memandang anuar.

"Kau ingat ke rumah abang ben?" Tanya aku

"Aku ingat." Ucap anuar.

Aku hanya menganggukkan kepala. Tiba-tiba aku perasan lorong rumah kawan satu kampung dengan aku.. sham nama dia. (Koleksi kisah benar). Telatah dia buat aku tersenyum. Tiba-tiba aku terfikir, mana dia sekarang ye. Selepas pada malam itu, aku dah lost contact dengan dia sampai lah ke sekarang. Kalau balik kampung pun tak pulak nampak bayang dia. Arwah kot. Hmm.

"Dah sampai ke anuar?" Tanya mizan.

Suara mizan membuatkan lamunan aku sebentar tadi melayang entah kemana. Aku berpaling ke depan. Anuar melangkah dan berdiri di tengah-tengah jalan.

TEAM PARANORMAL X EXTREME 2Where stories live. Discover now