BAB 33

170 26 0
                                    

Aku terus mengikut puan ju dari belakang selepas aku nampak kelibat khairul masuk ke dalam kereta. Sampai saja di simpang 3, telefon aku dah keluar no service. Aku mengeluh perlahan.

"Aduh shit lah." Ucap aku.

Kawasan nak masuk tu memang jauh tersangat lah jauh. Kiri kanan hutan. Omg! Dalam pukul 4 petang baru kitaorang sampai di perkampungan orang asli. Kitaorang di sambut dengan senyuman dan ramah mesra dari orang-orang kampung orang asli. Aku hanya senyum sambil bersalam dengan mereka semua. Puan ju, puan anita dan khairul tengah bercakap dengan mereka dan aku keluarkan telefon dan tengok line. No service. Alahai. Aku pendekkan lagi cerita. Malam tu kitaorang tidur di rumah ketua kampung orang asli. Sebelum masuk tidur, aku duduk di luar rumah orang asli tu sambil isap rokok daun. Tengah layan rokok daun tu tiba-tiba.

Bum!!

Aku terus mendonggakkan kepala.

Bum!! Bum!!

Aku terus bangun berdiri. Tak lama tu ketua kampung bersama bini dia keluar dari rumah tersebut termasuk puan ju puan anita dan khairul.

"Benda apa tu?" Tanya puan ju.

Aku mengangkat bahu menandakan tak tahu.

"Tak ada apa-apa, kita masuk saja dalam." Ucap ketua kampung. Nama dia sabit.

Aku mengangguk dan mengikut diaorang masuk. Belum sempat kaki kanan aku nak masuk ke dalam rumah, tiba-tiba.

"Janna!" Panggil seseorang dengan suara yang halus.

Aku terus pandang ke kanan. Jantung aku berdegup dengan laju.

"Mari." Panggil isteri ketua kampung suruh aku masuk. Nama dia pieh

Aku memandang pieh berselang seli memandang ke luar rumah. Bapak gelap siak. Tak lama tu aku terus masuk ke dalam rumah dan melangkah ke arah tempat tidur. Dalam rumah mana ada elektrik. Hanya guna pelita je. Malam tu alhamdulillah aku tidur kat situ tak ada apa-apa gangguan cuma kekadang aku dengar seperti ada orang berjalan. Mungkin babi hutan kot. Positif positif. Esok pagi tu aku dengan yang lain pergi berjumpa dengan orang-orang asli dekat satu kampung ke kampung yang lain. Penat betul rasanya. Dah lah jalan kaki lepas tu panas pulak tu. Aih jem aku. Tapi bagi aku okay lah boleh beramah mesra dengan yang lain. Orang asli ni kalau kita baik dengan mereka, Mereka baik dengan kita dan layan pun macam keluarga sendiri. Aku duduk kat tempat yang di sediakan di tepi jalan sambil cucuh rokok. Jasad aku dekat situ tapi otak dan fikiran aku fikir pasal adik aku. Aku keluarkan telefon dan memandang perkataan no service. Tak lama tu aku mengeluh perlahan. Tengah aku dalam keadaan macam itu, khairul dan puan anita datang ke arah aku.

"Kau kenapa? Macam ada masalah je?" Tanya khairul.

Aku menggelengkan kepala lantas menyedut rokok dan hembus di depan.

"Aku tengah fikir adik aku. Dia baru sampai kL hari ni."

"Adik bongsu kau tu?" Tanya puan anita

Aku mengangguk kepala perlahan.

"Habis dia turun kL dia duduk dekat mana?"

"Itu lah tu. Dia cakap dia menyewa dengan kawan dia. Tapi aku tak tahu dekat mana. Nak call line tak ada. Haih serabut aku." Ucap aku.

"Sabar-sabar, kau ada minta tolong anuar tak?"

"Ada" ucap aku sepatah.

"Kalau ada okay lah. Nanti anuar jaga lah adik kau tu sementara kau dekat sini"

"Tahu, tapi aku nak tahu sangat adik aku tu duduk dekat mana. Line tak ada pulak."

"Itu lah tu. Tapi kalau macam kau nak cari line, kau kena pergi dekat luar sana tu lah." Ucap khairul.

"Nak keluar sejam, masuk sejam. Oh pishang mat." Ucap aku.

Puan anita dan khairul ketawa mengekek.

TEAM PARANORMAL X EXTREME 2Where stories live. Discover now