"Oh. Tak ada apa-apa pun." Ucap aku seraya memandang kak na di sebelah.
Kak na mengecilkan kedua matanya.
"Ye ke?"
Aku menjebikkkan bibir dan mengangguk.
"Dah lah aku nak text kekasih dan scandal aku." Ucap aku seraya mengeluarkan telefon bimbit.
"Wah kau. Hebat eh siap ada scandal." Ucap kak na.
Aku mengangkat kedua tangan kekiri dan kekanan
"Apa kau ingat kau sorang je yang boleh ada kekasih serta scandal? Aku tak boleh?" Usul aku.
Kak na tersengih serta mengangguk.
"Boleh-boleh." Ucap kak na.
Aku tak hiraukan kata-kata kak na malah aku terus buka applikasi whatsapp. Group whatsapp aku buka.
"Nanti datang bangsar eh." Ucap aku seraya menekan butang sent.
Tak lama kemudian sham balas.
"Baik adinda ku sayang." Ucap sham.
Aku tak balas text dari sham malah aku keluar dari whatsapp tersebut. Tepat pukul 5.30 petang, sham dan anuar sampai dekat bangsar. Aku hanya memandang dua jejaka yang tengah berjalan menuju ke arah aku sambil tersenyum.
"Feeling better?" Tanya anuar.
Aku hanya mengangguk kepala.
"Tapi masih ada lebam kat bibir tu." Ucap anuar lagi.
Aku hanya tersenyum kelat.
"Teruk lah kau j. Sepatutnya kau kena bagitahu dekat aku dengan anuar. Ini tak sorang-sorang je kau hadap semalam." Ucap sham.
Aku mengeluh perlahan.
"Benda tak tahu nak jadi macam semalam. Kalau aku tahu, tak ada lah aku sorang-orang dan tentu aku ajak korang berdua." Balas aku.
"Lepas ni bagitahu. Jangan nak sorang-sorang j. Kitaorang ada untuk kau." Sampuk anuar pulak.
"Ye" ucap aku seraya memandang crystal menuju ke arah aku.
"Kenapa kau suruh datang sini?" Tanya sham.
"Oh lupa pulak. Aku ada benda nak bagitahu dekat korang. Kenal hani?"
"Hani?" Tanya anuar.
Aku mengangguk kepala.
"Oh hani kawan baik kau tu eh?" Tanya sham.
Aku mengangguk kepala lagi.
"Kenapa dengan dia?" Tanya anuar.
"Tak ada lah, tadi dia ada call aku dan minta kita ke terengganu."
Dahi anuar berkerut.
"Kenapa?" Tanya sham.
"Dia ada persembahan ulek mayang dan dia minta kot-kot lah kalau terjadi apa-apa, kita ada"
Anuar hanya mengangguk kepala.
"Bila tu dia minta kita ke sana?" Tanya anuar.
"Hari jumaat. Pertandingan tu hari sabtu dan ahad. Kiranya lusa lah." Ucap aku.
Tengah aku cakap-cakap tu aku dapat rasa lengan aku sebelah kiri di cuit oleh seseorang. Aku terus berpaling.
"Nak ikut boleh?" Ucap crystal
"Mana boleh." Ucap aku
"Habis kalau kau pergi terengganu, aku nak duduk mana?" Tanya crystal.
Dahi aku berkerut.
"Habis selama ni kau duduk mana? Kau duduk jelah dekat kampung baru tu atau stay lah sini sekejap."
"Ala aku tak nak lah. Aku nak ikut kau." Rengek crystal.
Aku terus berpaling memandang crystal.
"Sejak bila kau minat nak ikut-ikut aku ni crystal? Selalunya kau susah betul nak dengar cakap aku. Buat kepala sendiri pulak tu." Ucap aku dengan intonasi sedikit tegang.
Crystal menundukkan kepala.
"Ala j, kau bagi je lah dia ikut. Sekurangnya dia ada depan mata kau." Sampuk sham.
Aku hanya diamkan diri.
"Budi mana crystal?" Tanya aku.
"Budi aku tak tahu dia dekat mana." Ucap crystal.
"Tak apa crystal. Kalau kak ann tak nak bawa crystal, abang sham yang akan bawa. Kalau abang sham bawa, kak ann tak boleh nak cakap apa-apa."
Aku berpaling memandang sham.
"Kau jangan nak mengada-ngada lah. Kalau jadi apa-apa dekat sana siapa yang susah.?"
"Aku janji, kalau aku ikut kau dekat sana, aku akan dengar cakap kau dan aku tak ke mana-mana." Ucap crystal lantas mengangkat tangan kanan seperti berikrar.
Aku mengecilkan kedua mata dan memandang crystal.
"Aku macam tak boleh percaya kau ni crystal." Ucap aku sambil garu pipi yang gatal.
"Tak apa lah sayang. Aku ada dan kau jangan risau okay?" Ucap anuar.
"Hmm kau pun sama dua kali lima" ucap aku.
"Aik aku juga yang kena?" Ucap anuar.
Sham dah mengekek dekat depan.
"Hahaha. Kau jangan main-main anuar. Kesayangan kau hari ni aku tengok mood dia sedikit swing. Haa. Kang kau kena makan aku tak tahu."
Anuar hanya tersengih dengan lawak sham.
YOU ARE READING
TEAM PARANORMAL X EXTREME 2
رعبHai Assalamualaikum.. kali ni aku nak ceritakan team paranormal x extreme bahagian dua.. stay tuned