"Tak apa. Kita cari je dekat mana sekali pun." Ucap anuar.
Aku melangkah semula ke arah bilik yang berada di bahagian belakang. Masa ni jantung aku berdebar-debar. Tombol pintu aku pulas perlahan. Berkunci. Aku berpaling kebelakang.
"Anuar, tendang pintu ni."
Tanpa cakap banyak, anuar terus tendang pintu yang berkunci tersebut. Terbuka saja pintu tu, sekali aina tengah baca mentera. Badanya berlikuk likuk. Tak lama kemudian, dia berdiri sambil menundukkan kepala. Rambut yang panjang menutupi keseluruh muka aina.
"Sayang." Panggil abang ben perlahan.
Tiada sahutan dari aina. Kedua jari aina terbuka dan mengeras. (Aku tak tahu lah nak minta korang bayangkan macam mana)
"Allahu la ilaha illa Huwa, Al-Haiyul-Qaiyum. La ta'khuzhuhu sinatun wa la nawm. Lahu ma fis-samawati wa ma fil-'ard. Man zhal-lazhi yashfa'u 'indahu illa bi-izhnihi. Ya'lamu ma baina aidihim wa ma khalfahum. Wa la yuhituna bi shai'im-min 'ilmihi illa bima sha'a. Arghhhhh!!" Jerit aku kuat.
"J!!!"
Belum sempat ayatul qursi nak habis Tubuh aku seperti melayang kebelakang.
"Assalamualaikum"
Aku berpaling ke arah kanan. Figura seorang lelaki yang baru muncul di ruang depan.
(Okay yang part ni tolong baca baik-baik supaya korang semua faham. Part ni anuar dan sham cerita sebab masa ni bukan diri aku lagi dah. Selepas aku melayang kebelakang, aku bangun semula. Mata hitam aku masa ni tak ada. Tasbih yang berada di tangan aku masa ni, anuar cakap aku pegang dan mulut aku terkumat kamit baca sesuatu. Tak lama tu aku gulung tasbih tu dekat kesemua jari kanan aku. Masa aina meluru ke arah aku, serta merta aku menumbuk perut aina mengunakan tasbih tersebut. Dan aina melayang ke belekang. Lepas aku tumbuk perut aina, aina mengelupur teruk dan aku melangkah ke arah aina. Tasbih yang aku gulung dekat tangan kanan, aku buka dan aku masukkan ke dalam mulut aina serta aku menarik keluar sesuatu. Lepas je aku tarik benda tu, anuar cakap aina pengsan dan tak lama tu aku turut pengsan sekali.)
Tingg.............
"Aduh." Ucap aku perlahan.
Aku buka mata dan memandang sekeliling.
"J!! Ya allah j! Kau dah sedar j? Syukur sangat-sangat." Ucap anuar lantas menarik badan aku dan peluk.
"Weh argh!! Sakit sakit sakit!" Ucap aku seraya menolak tubuh anuar.
"Eh sakit dekat mana?" Tanya anuar seraya melepaskan tubuh aku.
"Satu badan" ucap aku perlahan.
"Janna."
Aku terus berpaling.
"Budi?" Ucap aku terkejut.
"Mana tasbih tu?" Tanya budi.
Tasbih yang berada di genggaman tangan aku, aku serahkan dekat budi. Tak lama tu aku berpaling ke arah aina yang tengah baring di ruang tamu.
"Kenapa dengan aina?" Tanya aku berbisik dekat anuar.
"Eh kau? Kau tak sedar apa-apa ke?"
Aku menggelengkan kepala.
"Habis tu tadi tu bukan kau ke?" Tanya sham pulak.
Aku menggelengkan kepala dan tak lama tu aku memandang budi.
"Macam mana budi boleh datang sini?" Tanya aku.
Budi berpaling memandang ke arah aku sambil dia balut tasbih tu dengan kain kuning.
"Sebenarnya aku datang sini sebab malam semalam mak lela kena rasuk. Bukan kena rasuk dengan hantu tetapi nenek. Dia masuk dalam badan mak lela untuk bercakap dengan aku. Dia yang minta aku datang sini untuk tolong kamu. Untuk masuk dalam tubuh aku." ucap pak budi.
Dahi aku berkerut.
"Habis tu apa yang terjadi dekat aku?" Tanya aku sambil memandang aina.
"Oleh kerana aku terlambat, nenek yang masuk dalam tubuh kamu. Kalau tidak, kamu semua mati di tangan aina." Ucap budi lagi.
Aku memandang anuar dan abang ben bersilih ganti.
"Segala ayat suci atau air batu delima kamu tu tak akan lut dengan apa yang aina ada. Hanya tasbih ini yang mampu kalahkan aina dengan apa yang dia ada. Aku bawa balik tasbih ini untuk tawarkan. Jangan sesekali kamu gabungkan keris dengan tasbih ni. Ingat tu dan lepas aku tawarkan datang ke rumah ambil."
Aku menelan liur. Tak lama tu aku mengangguk perlahan.
"Habis ni semua ni dah selesai ke?" Tanya aku.
"Ye dah selesai dah. Aku dah buang saka dan apa yang aina menuntut tu." Ucap budi lagi.
"Abang..." panggil aina perlahan.
Semua yang berada di sekeliling aina bergerak ke tepi termasuk aku. Takut-takut dia tak elok lagi. Abang ben terus melangkah ke arah aina.
YOU ARE READING
TEAM PARANORMAL X EXTREME 2
رعبHai Assalamualaikum.. kali ni aku nak ceritakan team paranormal x extreme bahagian dua.. stay tuned