"J" panggil anuar seraya berlari ke arah aku.
"Kau okay?" Tanya anuar.
Aku hanya mengangguk kepala dan anuar terus pimpin aku keluar dari situ. Masa ni aku dah lembik.
"Kita gerak sekarang." Ucap anuar ke arah sham.
Sham hanya mengangguk kepala.
"Yang lain naik dengan saya. Crystal naik dengan ann eh." Ucap sham.
Crystal tanya mengangguk kepala.
"Kita ke bangsar" ucap aku perlahan.
Anuar hanya mengangguk dan dia terus pimpin aku masuk ke dalam kereta. Aku berpaling memandang ke arah rumah tersebut. Masa nak gerak tu, di tingkat atas, aku perasan ada sesusuk tubuh perempuan tengah berdiri. Mungkin dia memandang ke arah kitaorang. Wallaualam.
"Apa yang terjadi dekat dalam tadi j?" Tanya anuar perlahan.
Aku pejamkan mata. Bukan tak nak jawab soalan anuar tetapi aku sakit sangat. Tersangat sakit. Tengah aku dalam keadaan macam itu, crystal terus pegang tangan kanan aku dari belakang.
"Aku minta maaf sebab kerana aku kau jadi macam ni ann"
Aku masih lagi diam. Tak berkutik tetapi bernyawa.
"Tak apa crystal, kamu rehat dulu dan biarkan ann. Okay?"
"Okay." Ucap crystal.
Lambat-lambat dia lepaskan tangan kanan aku. Akhirnya aku terlelap dengan sendiri. Dalam seketika, kitaorang sampai dekat bangsar.
"J bangun." Kejut anuar.
Perlahan-lahan aku buka mata dan memandang sekeliling. Gelap mat. Tak lama tu nampak kelibat budi tengah berjalan dari rumahnya menghala ke pintu pagar. Pintu pagar di buka dan anuar terus masukkan kereta dan parking betul-betul bersebelahan rumah kosong. Budi terus keluarkan crystal dan pimpin crystal menuju ke pangkin tepi rumah. Aku dengan anuar turut berjalan menuju ke pangkin tersebut. Selesai budi buat pembuangan dan mengikat benang di tangan crystal, budi suruh crystal masuk tidur. Selepas je kelibat crystal hilang dari pandangan, budi terus duduk bertentangan dengan aku dan juga anuar.
"Kamu guna ilmu tu ke janna?" Tanya budi.
Aku mengangguk perlahan. Budi hanya diam dan tak lama tu dia mengangguk.
"Jangan terlampau kerap sangat guna ilmu tu janna."
Aku mendongak memandang budi.
"Ini baru pertama kali aku guna pak budi." Ucap aku lagi dalam keadaan lemah.
Kepala aku terasa sakit dan aku terus mengesot untuk bersandar.
"Baiklah. Sini aku buang bisa dulu." Ucap budi.
Budi tarik aku kedepan dan dia terus duduk di belakang aku. Apa yang budi buat dekat belakang aku, aku tak tahu apa tetapi aku rasa sakit yang teramat sangat. Sampai menggigil satu badan aku.
"Ini bisa ilmu yang kau pakai ni janna." Ucap budi dekat belakang aku.
"Arghh!!" Jerit aku kesakitan.
Aku menunduk dan menumbuk numbuk lantai berkali-kali.
"Anuar tolong pegang kedua tangan janna" suruh budi.
Anuar terus pegang kedua tangan aku dengan kuat. Budi mendongakkan kepala aku dan dia menarik dari bawah terus ke atas.
"Allah!!!" Ucap budi dengan suara garau.
"Arghhhh!!!" Jerit aku kuat.
Aku terus rebah di atas pangkin tersebut. Tak ada lah sampai aku tak sedarkan diri. Mata aku terkebil-kebil memandang bintang di dada langit. Selepas budi ubatkan aku, dia terus hilangkan diri dan tinggal aku berdua dengan anuar. Anuar turut rebahkan badan dia di sebelah aku.
"Cantik kan bintang tu." Ucap anuar tiba-tiba.
"Hmmm" jawab aku dan mata aku tertumpu pada bumbung rumah.
YOU ARE READING
TEAM PARANORMAL X EXTREME 2
HorrorHai Assalamualaikum.. kali ni aku nak ceritakan team paranormal x extreme bahagian dua.. stay tuned