BAB 44

208 26 2
                                    

"Báilame como si fuera la última vez
Y enséñame ese pasito que no sé
Un besito bien suavecito, bebé
Taki taki Taki taki, rumba"

"Ann"

"Hmmm"

"Ada orang call ni."

Dengan perasaan malas, aku hanya buka mata sebelah untuk memandang crystal.

"Hmm siapa call?" Tanya aku perlahan.

"Hani." Jawab crystal.

Aku terus mengiring ke kanan dan peluk bantal panjang. Otak aku fikir siapa hani?

"Kau tak nak jawab ke?" Tanya crystal sambil dia mengoncang bahu kiri aku.

"Siapa hani?" Tanya aku.

"Mana aku nak tahu siapa hani. Ini telefon kau kot. Nah, Nah" ucap crystal lantas menyerahkan telefon dekat aku.

Dengan perasaan malas aku terus tekan butang hijau.

"Hmmm."

"J!!"

"Hmm kau siapa? Hani mana?" Tanya aku dalam keadaan mamai.

"Amboi kau. Kawan sendiri pun kau dah tak ingat? Ini confirm kau tengah tidur kan?" Teka hani.

"Hmmm."

"Weh!! Bangun lah gila. Aku ada benda nak minta tolong ni."

"Minta tolong apa? Boleh tak jangan kacau aku tidur?"

"Tak boleh! Ini antara hidup dan mati aku. Kau kena tolong aku juga."

Aku menggaru kepala yang tak gatal.

"Haih! Kau ni dah lama hidup ke sampai nak mati? Kau ni hani mana?" Ucap aku seraya bangun duduk.

"Serius lah sampai aku pun kau dah tak kenal? Ingatan kau ni makin lemah aku tengok. Aku hani kawan baik kau. Tak ingat ke?"

"Oooooo tak kenal dan tak ingat." Ucap aku lantas baring semula.

"Haha! Siot lah kau ni j. Penat aku dengan perangai kau ni." Ucap hani dengan ketawa.

"Kenapa kau call?" Tanya aku.

"Macam ni, aku nak minta tolong sikit boleh tak?"

"Minta tolong apa?" Tanya aku.

"Okay macam ni, aku nak kena pergi ke terengganu. Boleh tolong teman aku tak?"

Dahi aku berkerut.

"Kau ni dah elok-elok duduk dekat kL nak ke terengganu pulak. Ada apa kat sana?" Tanya aku.

"Aku di hantar untuk buat persembahan ulek mayang dekat sana. Tapi kau tahu kan lagu ulek mayang tu macam mana."

"Kerja kau pun nak kena buat persembahan dekat sana ke gila?" Tanya aku.

"Eh bukan. Ini tak ada kena mengena dengan kerja aku. Cerita dia macam ni, hari tu aku ikut kawan aku ke studio. Lepas tu kawan aku ni ikut kawan dia persembahan ulek mayang dan kawan aku ajak aku. Aku tak ada lah nak fikir panjang dan lagi pun aku pun minat dengan tari menari ni jadinya aku pun daftar lah."

"Jadinya apa kaitan dengan aku gila?" Tanya aku seraya menguap.

"Kaitannya adalah, lepas je aku balik dari studio, aku ada buat research pasal lagu tu dan aku ada jumpa satu artikel yang mengatakan lagu tu berhantu. Jadi disebabkan kau adalah seorang penjejak entiti, aku rasa better aku ajak kau join aku sekali. How knows kalau jadi apa-apa, kau ada."

Aku melepaskan nafas bila dengar penjelasan dari hani.

"Hello cik kak, kau dah tahu lagu tu berhantu. Yang kau nak buat juga tu dah kenapa?"

"Ye aku tahu tapi masalahnya aku ada tanya kawan aku, boleh tak kalau aku nak tarik diri tetapi kawan aku cakap tak boleh tarik diri last-last minute. Nak cari orang lagi. Jadi dekat situ aku stuck. Nak tak nak aku kena juga turun ke terengganu" ucap hani.

"Halah halah gatainyaa nak cari masalah." Ucap aku seraya kusutkan rambut panjang aku.

"Tolong lah j aku kali ni."

Aku yang tadi tengah mengantuk, terus jadi segar bugar. Aku mengeluh perlahan.

"J" panggil hani.

"J, boleh lah tolong aku kali ni." Ucap hani lagi.

"Aku ni kan, bukan tak nak tolong kau. Aku ada pengalaman pasal lagu ulek mayang ni hani. Benda ni semua buat aku fobia kalau kau nak tahu."

"Maksud kau?" Tanya hani.

"Kalau kau nak aku cerita, panjang gila. jadi aku pendekkan, aku tak nak."

"J, kalau kau tak tolong aku, siapa lagi yang nak tolong? Aku kenal kau sorang je j. Tolong lah j" ucap hani lagi.

"Hani, kalau kau nak aku pergi seorang, memang tak lah. Dah tentu-tentu aku kena ajak anuar dan sham. Dan belum tentu lagi diaorang boleh ikut sekali."

"Suruh lah diaorang minta cuti." Ucap hani.

"Apa kau ingat ofis tu bapak aku punya ke nak minta cuti tiga orang serentak?" Tanya aku.

"Tapi memang aku buat ofis tu macam bapak aku punya pun. Sekarang pun aku tak pergi kerja." Ucap aku lagi.

"Haha! Bodoh lah kau j. Kau sempat buat lawak eh. Tolong lah j."

"Macam ni lah. Aku tak nak janji apa-apa. Kalau tak boleh aku minta maaf TETAPI kalau boleh, kau tunggu aku henjut kau kat sana. Nak cari masalah kan?" Ucap aku dengan amaran.

"Haha! Aku tak cari masalah lah gila. Hanya job" ucap hani lagi.

"Job tok mung. Banyak lagi kerja yang kau boleh buat. Haih. Dah lah aku nak letak telefon. Apa-apa kau kasi roger sama aku." Ucap aku lantas tekan butang merah dan mungkin hani tak sempat untuk cakap apa-apa.

Telefon aku campak ke tepi dan aku sambung baring semula. Belum sempat aku nak layan mata, bunyi applikasi whatsapp masuk.

Bip bip..

Aku terus capai telefon dan baca dari luar whatsapp.

📥 "weh gila, aku tak sempat nak cakap kau dah letak. Biadap! Ni j, pertandingan tu hari sabtu dan ahad. Kalau boleh hari jumaat kau sampai sana. Mungkin aku pergi dulu dan aku berharap sangat kau datang. Nanti aku hantar location."

Aku biarkan whatsapp hani tanpa membalasnya. Aku terus tekan butang off dan sambung tidur. Aku tersedar around 1 petang. Itu pun mak lela yang kejutkan aku. Aku terus bangun duduk.

"Aduh. Sakitnya kepala aku." Ucap aku sambil picit di belakang leher.

"Macam mana tak sakit kalau bangun pun pukul 1 tengah hari. Dah bangun pergi mandi. Lepas tu makan" ucap mak lela dengan bebelan kecik dia.

Aku hanya mengangguk kepala perlahan.

"Mak lela ada masak ke?" Tanya aku sambil memandang ke kanan.

"Crystal mana mak lela?" Tanya aku lagi.

"Mak lela hanya masak ayam masak lemak je. Yang lain-lain tu kak na yang masak. Adik kamu kat luar tengah borak dengan ika." Jawab mak lela.

Aku hanya menganggukkan kepala lantas capai kain tuala di belakang pintu. Aku melangkah longlai menuju ke bilik air.

"Lepas mandi keluar makan janna." Laung mak lela.

"Okay." Ucap aku sepatah.

Selesai mandi, selesai makan, aku terus keluar dan duduk di pangkin.

"Apa cerita kau semalam janna?" Tanya kak na.

Aku memandang kak na sekilas.

"Cerita apa?"

"Semalam aku dengar kau menjerit. Nak keluar tengok tapi takut. Aku tanya crystal tapi dia cakap tak tahu. Jadi aku tunggu kau bangun dan tanya."

TEAM PARANORMAL X EXTREME 2Where stories live. Discover now