BAB 4

221 25 0
                                    

"Yelah. Kitaorang try my best j. Tapi janji yang korang tak akan pergi mana-mana" Sampuk ben.

"Ye, aku janji. Tapi first masuk dua orang dulu. Duduk kat dalam tu setengah jam. Boleh?"

"Eh j!!" Panggil anuar.

"Apa?"

"Bukan kau cakap sorang-sorang ke?"

"Tak apa lah. Aku bagi kelonggaran masuk berdua." Ucap aku seraya melangkah ke arah geng-geng aku.

"Anuar baca doa" ucap aku

Tangan di tadah. Selepas anuar siap baca doa, walkie talkie aku serahkan dekat ben dan aku minta ben dan danial masuk ke dalam rumah tersebut. Mereka nak atau tak nak kena masuk juga. Aku dengan yang lain hanya menanti di luar banglo tersebut. Aku berpaling memandang sekeliling. Sebenarnya aku sendiri tak pasti berapa lama banglo tersebut terbiar. Masa aku keluar dari pondok dulu, mak ayah aku dah beli dah rumah kat area-area situ. Kedudukan rumah terbiar ni dengan rumah mak ayah aku yang kak na duduk tu tak jauh pun. Rumah aku tu atas bukit tapi rumah terbiar ni bawah bukit. Kawasan rumah terbiar ni bukan lah hutan. Dari masuk lorong deretan banglo. Bila sampai nak naik bukit, baru lah bertemu hutan dan bila malam, walaupun situ kawasan penuh dengan deretan rumah, tapi memang agak menyeramkan. Masa aku keluar dari pondok dan ayah aku minta aku datang kat bangsar, aku hanya berjalan kaki waktu itu. Tengah aku jalan kaki tu, memang aku dah dapat satu aura yang kurang enak dekat banglo tu. Tapi tak apa lah. Aku ignore jelah perasaan tu walaupun aku tahu ada benda dekat dalam tu.

"Tadi kau nampak apa j?" Tanya sham dan duduk disebelah aku.

"Aku nampak penunggu dalam rumah tu" bisik aku perlahan.

"Ha? Kau nampak benda tu then kau biarkan?"

Aku hanya menganggukkan kepala.

"Serius lah j?"

Aku berpaling memandang sham.

"Habis kau nak suruh aku buat apa? Halau dia balik? Ke kau nak suruh aku menari dengan benda tu? Sebab tu lah aku buat keputusan diaorang masuk berdua dan kita ni, kita tunggu kat sini. Kalau jadi apa-apa senang, bengong."

Sham terdiam.

"Haah kan. Kalau tidak buat apa kita tunggu sini kan" ucap Sham tiba-tiba

"Haaa fungsi pun kepala otak kau kan?"

Sham garu kepala.

"Saat-saat aku kena marah dengan kau, dia akan berfungsi dengan elok dan cergas" ucap sham sambil ketawa dengan lawak sendiri.

Aku ni kan menyirap duh tengok perangai si sham ni. Kenapa lah dalam ramai-ramai manusia dekat atas muka bumi ni, kenapa lah sham ni jadi kawan aku? Aku penat lah ya allah!! Aku hanya menggelengkan kepala memandang sham. Aiyo.

Setengah jam telah pun berlalu. Tak lama kemudian ben dan danial keluar dari rumah tersebut. Berlari-lari anak menuju ke arah aku dan yang lain.

TEAM PARANORMAL X EXTREME 2Where stories live. Discover now