BAB 56

116 21 0
                                    

"Arghh!! Pergi!! Pergi kamu semua!!" Jerit seorang perempuan dari dalam rumah.

Tak lama kemudian, pintu utama rumah tersebut terbuka dan seorang lelaki berlari menuju ke arah pak man. Aku berpaling.

"Tolong pak man. Isteri saya mengamuk kat dalam rumah tu."

Pak man berpaling memandang ke arah aku. Tak lama tu dia memandang ke arah lelaki itu semula.

"Baiklah. Tapi sebelum tu saya kenalkan ini j dan dia akan tolong berubatkan isteri kamu." Ucap pak man.

Lelaki tersebut memandang aku atas bawah atas bawa.

"Jangan risau, ilmu dia kuat." Ucap pak man.

Mungkin pak man dapat baca riak wajah lelaki tersebut. Aku hanya tersenyum. Lelaki tersebut menganggukkan kepala perlahan.

"Kalau macam itu, jom lah kita masuk." Ucap lelaki tersebut.

Aku hanya mengangguk dan mengikut belakang pak man. Selepas aku dengan yang lain masuk ke dalam rumah pesakit pak man, kepala aku auto jadi pening. Aku hampir-hampir nak tumbang nasib baik anuar dan sham cepat-cepat menarik lengan kanan aku.

"Kau okay tak j? Tanya sham.

Aku menganggukkan kepala. Aku keluarkan tasbih dan lilit dekat tangan kanan aku. Tak lama tu tangan kanan aku, aku letak dekat dada.

"Allahumma Inni audzubika minal hammi wal huzni wal ajzi wal kasali wal bukhli wal jubni wal dholaid daini wa gholabatir rijali."

Bila aku dah rasa okay sikit, aku terus melangkah ke arah kanan.

"Zubir, pak man nak bagitahu ni. Antara hidup atau pun meninggal, pak man harap kamu redha" ucap pak man.

Lelaki yang bernama zubir memandang pak man.

"Saya ikhlaskan pak man. Dari tengok isteri saya macam ni, saya dah tak sanggup"

Pak man menganggukkan kepala tanda faham. Tak lama tu pak man memandang ke arah aku.

"Kamu dah bersedia?" Tanya pak man.

Aku mengangguk perlahan. Botol air batu delima aku keluarkan.

"Baiklah." Ucap pak man mengangkat kedua tangannya.

"Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdu lillaahil lazeee anzala 'alaa 'abdihil kitaaba wa lam yaj'al lahoo 'iwajaa. Qaiyimal liyunzira baasan shadeedam mil ladunhu wa yubashshiral mu'mineenal lazeena ya'maloonas saalihaati anna lahum ajran hasanaa. maakiseena feehi abadaa Wa yunziral lazeena qaalut takhazal laahu waladaa"

"Argghhhhh!!!" Jerit isteri zubir kesakitan.

Aku terus siramkan air batu delima dari muka isteri zubir lepas tu turun ke leher dan badan. Dalam masa yang sama tubuh isteri zubir mengelupur teruk. Aku terus pegang tangan kanan dia.

"Arghhhh sakit!!!" Jerit isteri zubir lagi.

Tak lama selepas itu, susuk emas yang di pakai oleh isteri zubir terkeluar dari kulit. Aku terus naik atas badan isteri zubir dan cabut susuk tersebut. Dahi isteri zubir kelihatan menghitam selepas susuk tersebut di buang. Aku terus tuang air tersebut sampai ke kemaluan isteri zubir. Susuk raksa yang tertanam di kemaluan isteri zubir akhirnya terkeluar. Aku memandang zubir.

"Aku rasa baik kau cabut susuk raksa ni." Ucap aku perlahan dekat zubir.

Perlahan-lahan zubir bangun dan melangkah ke arah aku. Mata yang kemerahan menahan tangis. Lambat-lambat dia selak kain isterinya dan susuk raksa di cabut. Tercabut saja susuk raksa, erangan isteri zubir tak kedengaran lagi. Tubuhnya mengeras dan hitam. Bau hanyir menyusuk segenap ruang tersebut. Aku terus bangun dan berdiri.

"Allah, pak man" ucap zubir bersama tangisan.

Pak man hanya menepuk-nepuk bahu zubir. Tengah dalam keadaan begitu, tiba-tiba.

Kedebum!!

Semua orang termasuk aku mendongakkan kepala. Tak lama tu tiba-tiba.

"Arghhh!"

Perempuan yang berada tak jauh dari aku, melayang ke tangga. Aku tergamam seketika.

"Jannaaa keluar!!" Satu bisikan halus kedengaran ditelinga aku.

Aku terus berpaling memandang anuar dan sham bersilih ganti. Tak pasti sama ada aku nak keluar dari situ ataupun tak.

"Allahuakbar!" Ucap pak man lantas bangun berdiri.

Dalam rumah tu jadi huru hara. Entah angin datang dari mana aku sendiri tak tahu.

"Ann aku takut" ucap crystal yang berada di belakang aku.

Aku terus hulurkan tangan dekat crystal. Cepat-cepat tangan aku di genggam.

"Janna!! Keluar!!!" Bisik suara itu lagi.

Aku terus pegang bahu anuar.

"Kita kena keluar dari sini sekarang" ucap aku dengan suara yang tenggelam timbul.

Anuar dan sham hanya menganggukkan kepala. Belum sempat kitaorang nak melangkah keluar, tiba-tiba pintu utama tertutup sendiri. Aku terus mengundur kebelakang.

"Arghhhh allah!!"

Aku berpaling. Pak man dah terlentang di atas simen. Budak-budak pak man terus meluru ke arah pak man. Belum sempat diaorang nak sentuh pak man, salah seorang lelaki terhenti langkah. Jadi patung. Hanya matanya bergerak ke kiri dan ke kanan. Yang lagi seorang melambung ke dinding. Pak man pulak masih dalam keadaan terbaring dan kedua tangan pak man berada di leher. Tak lama tiba-tiba tu, tubuh isteri zubir terangkat ke udara.

"Apa yang kita nak buat ni j." Tanya sham.

"Tolong!!!" Jerit zubir.

Aku berpaling ke kanan.

"Tolong jaga adik aku." Ucap aku seraya mengeluarkan botol air batu delima dan melangkah ke arah pak man. Tongkat pak man aku ambil dan air batu delima aku tuang dekat tongkat tersebut. Aku terus hentak tongkat tersebut dekat lantai.

Pap!

"Nenek!! Allahuakbar!!" Jerit aku kuat.

Tingggg............

"J"

Perlahan-lahan aku buka mata.

"Ann!!" Jerit Crystal sambil peluk tubuh aku.

"Sakit-sakit" ucap aku perlahan.

TEAM PARANORMAL X EXTREME 2Where stories live. Discover now