"Allah!!" Jerit anuar kuat.
Stereng kereta di tarik ke kiri. Rupanya anuar telah masuk ke lane kanan. Nasib tak bertembung dengan kereta yang bagi hon sebentar tadi. Anuar cepat-cepat berhenti kereta di bahu jalan. Dia bersandar dan menarik nafas lega. Tak lama tu dia berpaling memandang ke arah aku.
"Kau okay?" Tanya anuar dan memegang kepala aku.
Aku hanya menganggukkan kepala.
"Eh anuar, biar aku yang drive pulak." Ucap sham.
Anuar hanya mengangguk kepala dan keluar dari kereta. Sham turut melakukan hal yang sama.
"Ann"
Aku berpaling.
"Kenapa?" Tanya crystal
Aku menggelengkan kepala.
"Tak ada apa. Sambung je tidur" ucap aku perlahan.
Crystal membetulkan duduk lantas dia menganggukkan kepala. Akhirnya dia sambung tidur semula.
"Anuar kau tidur lah. Biar aku teman sham pulak." Ucap aku.
"Tak apa aku okay." Ucap anuar lantas menarik tangan kanan aku.
Menggigil siak tangan anuar masa dia pegang tangan aku tu. Haha. Aku memandang jam dekat dashboard, sudah angka 1 pagi.
"Pukul berapa kita akan sampai sham?" Tanya aku.
"Dalam pukul 2, 2 lebih macam tu lah kita sampai."
Aku hanya menganggukkan kepala.
"Kenapa? Kau dah mengantuk dah ke j?"
"Tak lah. Aku tak mengantuk pun. Cuma macam lambat je. Sakit pinggang aku gila duduk lama-lama dalam kereta.
"Eh bukan pinggang kau tu buat dari besi ke j?"
Aku ketawa.
"Boleh tahan lawak kau eh. Nak kena pukul?" Tanya aku.
"Aku tengah memandu ni gila. Jangan nak pukul-pukul. Simpan dulu tunggu bila dah sampai ye." Ucap sham dengan sisa ketawa.
Tengah aku bercakap-cakap tu, tiba-tiba kereta di arah bertentangan memberi high beam.
"Huih kenapa tu?" Tanya aku.
"Asal dia bagi high beam kat kita?" Tanya sham sambil memandang cermin pandang belakang.
Aku terus mendongakkan kepala memandang bumbung kereta. Tangan kiri aku yang sememangnya pegang tasbih, aku terus letak di atas bumbung kereta. Tak lama tu tiba-tiba.
"Eh.. eh.." ucap sham sambil control stereng.
Aku yang perasan dengan tingkah laku sham terus memandang sham.
"Asal?" Tanya aku.
"Tak ada. Tiba-tiba aku lost control." Ucap sham.
"Eh kau ni. Aku rembat kang" ucap aku geram.
"Sumpah j, tadi okay je. Tiba-tiba kereta jadi laju sendiri dan aku tak dapat nak control."
Lepas sham cakap macam tu, aku terus pandang ke bumbung semula. Tak lama tu aku pandang sham.
"ke sebab..."
"Kau diam j" potong sham.
Aku terus diam. dan Alhamdulillah selepas 2 jam lebih, aku dengan yang lain selamat sampai di pekan terengganu. Kitaorang check in hotel. Aku macam biasa lah elergik dengan hotel dan nak atau tak nak aku kena tidur juga hotel. Aku memandang bilik hotel tersebut. Okay not bad design dia. Aku melangkah ke arah tandas dan pintu tandas aku buka. Tak lama tu aku terus melangkah ke arah crystal.
"Crystal."
Crystal yang tengah mamai pandang aku.
"Pergi mandi dulu." Ucap aku.
Tanpa bantahan, crystal terus masuk ke dalam bilik air dan mandi. Botol air delima aku keluarkan dari dalam bag pinggang dan aku masukkan ke dalam cawan yang telah sedia ada di dalam hotel tersebut. Lepas tu aku campur dengan air putih. Selesai crytal mandi, aku terus hulurkan air tersebut ke arah crytal. Dahi crystal berkerut.
"Air batu delima." Ucap aku.
"Oh" ucap crystal.
Crystal mengangguk dan cawan tersebut diambil dan diminum.
"Aku nak sambung tidur. Aku mengantok lah." ucap crystal.
"Yelah." Ucap aku lantas mengeluarkan kain tuala.
Selepas aku tengok crystal dah tidur, aku terus melangkah masuk ke dalam tandas. Dah siap semuanya aku terus solat.
YOU ARE READING
TEAM PARANORMAL X EXTREME 2
TerrorHai Assalamualaikum.. kali ni aku nak ceritakan team paranormal x extreme bahagian dua.. stay tuned