BAB 29

202 27 2
                                    

"Dia menyewa?"

Aku memandang anuar.

"Dia suruh aku bercakap dengan mak aku yang dia nak menyewa dekat luar"

"Habis tu kau bagi?" Tanya anuar.

"Kau rasa aku ada pilihan lain ke?" Tanya aku sambil memandang anuar.

Anuar membetulkan duduk dan bersandar.

"J kau ni kakak dia j, kalau jadi apa-apa masa dia sewa rumah tu macam mana?"

Aku terus bangun berdiri dan mengadap cermin tingkap. Aku memandang bangunan-bangunan yang berada di sebelah bilik aku.

"Kau sendiri tahu perangai keras kepala adik aku macam mana anuar. Nanti hujung-hujung aku dipersalahkan oleh mak aku sendiri. Aku macam tak nampak cara lain dah. Bukan aku tak ajak dia duduk sekali dengan aku. Aku siap offer dia lagi tetapi dia tak nak. Faham tak?" Ucap aku seraya memandang anuar.

"Aku cuma nak minta tolong kau satu benda ni anuar."

Anuar memandang ke arah aku.

"Tolong apa?"

Aku melangkah dan duduk di kerusi sebelah anuar. Badan aku bongkokkan sedikit.

"Crystal lusa dia datang sini. Esok aku tak ada sebab aku kena ikut puan ju untuk aktiviti masyarakat orang asli. Aku tak ada selama seminggu. Tolong tengok adik aku, boleh?."

Anuar terdiam. Dia hanya memadang aku tanpa bercakap apa-apa. Aku mendongak memandang anuar di depan.

"Kau dengar tak ni?" Tanya aku seraya menjentik bicep anuar.

"Ha, apa dia?" Tanya anuar.

Aku mengetap bibir.

"Kau termenung?" Tanya aku geram.

Anuar berdehem dan membetulkan duduk.

"Tak, kau nampak cantik tanpa makeup. Terpersona aku terpesona." Ucap anuar sambil nyanyi.

Aku terus bangun dan nak melangkah.

"Okay-okay, Sorry-sorry." Ucap anuar seraya menarik tangan aku dan dia suruh aku duduk semula di kerusi.

"Kau ni main-main la. Aku bagi kang" ucap aku perlahan.

"Laa sumpah dah aku tergoda aku nak buat macam mana. Dia macam khayal sikit."

Aku menghembus nafas dan menyilang tangan di dada.

"Okay-okay fine! Aku tolong tengok kan crystal sementara kau tak ada nanti ni. Aku janji."

"Okay." Ucap aku perlahan.

Aku terus keluarkan beberapa note unggu dan serahkan dekat anuar.

"Duit apa?" Tanya anuar.

"Aku tak tahu deposit rumah tu berapa. Ni seribu kau tolong pas dekat crystal dan tiga ratus ni untuk belanja dia. Tapi kalau tak cukup kau tambahkan dulu pakai duit kau nanti aku balik aku ganti balik. Aku sekarang tak ada cash banyak atau pun esok atau petang kang aku masukkan duit kat bank kau eh?"

Anuar terus menolak duit tu ke arah aku.

"Kau tak payah nak mengada. Nanti aku jumpa crystal pandai-pandai lah aku uruskan dia dekat sana. Duit tu kau simpan je" ucap anuar.

"Huuu kekwat eh kau." Ucap aku

Anuar ketawa perlahan.

"Bukan kekwat. Tolong bakal isteri apa salahnya." Ucap anuar

Aku terus bangun dan melangkah ke arah kerusi kerja aku.

"Lambat lagi aku nak kahwin dengan kau." Ucap aku.

Anuar bangun dan menolak kerusi masuk dalam meja.

"Lambat atau cepat, kau tetap akan jadi isteri aku ye bakal makmumku." Ucap anuar seraya melangkah perlahan.

TEAM PARANORMAL X EXTREME 2Where stories live. Discover now