BAB 53

289 22 18
                                    

Anuar hanya menganggukkan kepala. Aku terus keluar dari situ dan berdiri di bahagian pintu luar. Aku keluarkan rokok dan hisap sambil mata aku memandang laut yang terbentang di depan mata. Tengah aku layan rokok tu tiba-tiba mata aku menangkap bayang orang ditepi pantai. Aku mengecilkan mata. Tiba-tiba terdetik dekat hati aku rasa yang kurang enak. Aku keluarkan telefon dan tekan button kamera. Aku halakan kamera dekat orang yang berada ditepi pantai dan zoom in. Aku tergamam seketika. Apa yang buat aku tergamam ketika itu adalah, orang yang aku sangkakan tengah berdiri di tepi pantai tu rupanya tengah menari. Menari ulek mayang. Dan yang paling shit tu, aku terzoom muka dia dan dia senyum dekat aku mat. Dekat aku mat!! Aku cepat-cepat matikan kamera telefon dan simpan telefon semula ke dalam poket. Putung rokok aku terus campak dan aku terus masuk ke dalam dan berdiri di sebalah crystal.

"J!" Panggil anuar.

Aku terus berpaling ke arah anuar.

"Apa?" Tanya aku

"Cuba kau tengok muka diaorang semua." Ucap anuar.

"Maksud kau?" Tanya aku tak faham.

"Kau perhati muka mereka semua. Kosong." Ucap anuar.

Aku terus melangkah ke arah kerusi yang di duduk oleh seorang budak perempuan. Budak tu dalam lingkungan 18 macam tu. Aku pegang bahu kiri dia dan dia mendongak memandang ke arah aku. Kalau orang normal mesti dia akan bertanya kenapa aku pegang bahu dia right? Tetapi ni selepas dia pandang aku, dia terus pandang ke depan dan tersenyum. Aku turut melakukan hal yang sama pandang ke depan dan aku still berdiri di sebelah budak perempuan tu. Tengah dalam keadaan macam itu, penari ulek mayang yang pakai baju serba kuning tu memandang ke arah aku. Pada mulanya dia senyum ke arah aku. Lama-lama riak wajah dia bertukar bengis.

"Hmmmm"

Aku pegang bahu budak perempuan tu lantas aku baca surah.

"Qul Huwallahu Ahad. Allahussomad. Lam Yalid Walam Yuulad. Walam Yakullahu Kufuwan Ahad. Allahuakbar" ucap aku seraya menepuk bahu budak perempuan tu tiga kali.

Tak di jangka, selepas aku baca surah dan tepuk bahu budak tu, budak tu terus menjerit kuat. Aku terus mengundur dan berdiri di sebelah crystal.

"Benda apa tu ann?" Tanya crystal terkejut.

"Diaorang semua kena pukau." Ucap aku perlahan dekat anuar serta sham.

"Habis tu apa yang kita nak buat?" tanya sham.

"Kau azan sham." Ucap aku.

Sham hanya menganggukkan kepala lantas melangkah dan berdiri di hadapan pentas. Aku terus tarik crystal pergi ke belakang pintu.

"Duduk sini diam-diam. kalau boleh jangan tengok okay." Ucap aku seraya mengeluarkan al-quran kecil dan aku balut dengan kain kuning.

"Pegang ni kuat-kuat." Ucap aku seraya menghulurkan bungkusan kain kuning dekat crystal.

"Ann, aku takut" ucap crystal.

"Jangan takut. Aku ada" ucap aku seraya mengeluarkan botol air batu delima dan aku tuang dekat ubun-ubun crystal.

"J!!!" Jerit sham.

Aku terus berpaling. Perempuan yang pakai baju kuning raja cekik sham yang tengah azan. Aku cepat-cepat lari ke arah sham lantas menolak perempuan tersebut.

"Kau azan sham." Ucap aku.

Sham terus bangun dan berdiri. Aku pulak terus berlari naik ke atas pentas dan mendapatkan hani yang masih lagi menari dalam keadaan kena pukau. Aku terus tuang air batu delima dekat tasbih dan tasbih tersebut aku letak dekat dahi hani.

"Arghhh!" Jerit hani kuat dan tak lama tu hani jatuh terduduk.

Aku cepat-cepat dapatkan hani.

"Kau okay?" Tanya aku.

Hani memandang sekeliling dengan wajah yang terpingga-pingga.

"Apa dah terjadi j?" Tanya hani.

"Nanti aku cerita. Kau pergi dekat belakang pintu sana dan menyorok. Adik aku ada dekat situ" ucap aku seraya menarik tangan hani untuk bangun

Hani hanya menganggukkan kepala dan melangkah dan menyorok di belakang pintu. Aku terus melangkah ke arah anuar dan juga sham. Selepas sham habis azan, keadaan dalam tu agak bingit dengan jerit pekik.

"Apa yang kita nak buat ni j?" Tanya anuar dengan suara yang tenggelam timbul.

Aku memandang sekeliling. Tak lama tu aku perasan ada satu timba air yang besar.

"Ikut aku kejap." Ucap aku.

Anuar dan sham terus ikut aku dari belakang. Sampai saja dekat timba air, aku terus tuang air batu delima dekat dalam timba tersebut.

TEAM PARANORMAL X EXTREME 2Where stories live. Discover now