Anuar hanya menganggukkan kepala.
"Okay sekarang ni bersurai dulu. Nanti dah ada masa yang sesuai, aku akan update kat group. Pastikan masa tu free dan sharp eh?" Ucap aku.
Yang lain hanya menganggukkan kepala.
"Okay j." Ucap ben dengan kawan-kawannya serentak.
Hari yang telah ditetapkan pun telah tiba untuk kawan-kawan ben uji nyali. Aku, anuar, mizan dan juga sham terus ke area rumah aku dibangsar. Masa ni aku dengan anuar park kereta dekat balai polis travers baru. Jadi berjalan kaki lah kitaorang berempat termasuk kawan-kawan ben. Lenguh bai jalan kaki walaupun dari balai polis travers yang baru tu boleh nampak lorong nak naik ke rumah aku.. nampak je macam dekat, tapi jauh tau.. kawan-kawan ben pulak dah bersedia tunggu dekat lorong berkenaan.
"Aku rasa tak sedap hati lah." Ucap salah seorang perempuan.
"Eh kau ni. Siapa suruh kau ikut kalau tak sedap hati. Ini kau dah menyusahkan orang lain. Pergi balik lah kau. Lagi pun kau ni perempuan."
Aku memandang sham dan anuar bersilih ganti. Rokok yang berada ditangan aku, aku jentik masuk parit.
"Awak nama apa?" Tanya aku dekat perempuan tersebut.
"Panggil saya ikin je kak"
Aku hanya menganggukkan kepala.
"Tak apa lah. Ikin tak payah uji nyali"
"Betul ke kak?"
Aku hanya menganggukkan kepala. Seramai 9 orang termasuk aku dengan geng2 aku terus bergerak menuju ke arah rumah banglo tersebut. Sampai saja dihadapan banglo tu, aku dengan yang lain terus terdiam.
"Serius lah sini j?" Tanya ben.
Aku yang tengah menyuluh bangunan tersebut hanya menganggukkan kepala.
"Kenapa?"
"Weh aku tak berani duh banglo ni. Berapa lama terbiar ni?"
Aku tak menjawab pertanyaan ben, malah aku menyuluh dibahagian tingkap yang tak bercermin. Aku perasan ada sesusuk tubuh berambut panjang tengah bergerak melintasi tingkap tersebut.
"J, i'm talking to you." Ucap ben
Aku tak melayan soalan ben malah aku terus berpaling dan melangkah ke arah geng-geng aku.
"Kau nampak apa j?" Bisik sham kat telinga aku.
Aku hanya mengelengkan kepala.
"J?"
"Yup."
"Kan aku tanya, rumah ni dah berapa lama terbiar."
Aku hanya mengangkat bahu menandakan tak tahu.
"Serius lah kau nak suruh kitaorang uji nyali kat dalam banglo ni?" Tanya firdaus
"Kenapa?"
Aku terus melangkah ke depan mereka. Lampu suluh aku buka dan aku suluh sorang-sorang.
"Kenapa? Kenapa korang ni banyak bunyi sangat? Kalau korang rasa macam tak boleh nak hadap benda ni, jangan cuba-cuba nak jadi penjejak entiti. Kalau korang tak menjalani uji nyali, macam mana kitaorang nak tahu korang punya ketahanan mental korang. Kalau bukan group aku sekali pun, kalau korang masuk group lain pun, korang akan kena benda yang sama. Kitaorang dulu pun kena uji nyali." Ucap aku seraya melangkah dan berdiri di sebelah anuar.
"Macam ni lah. Kalau korang rasa tak nak masuk dalam rumah ni, tak apa, korang boleh tarik diri malam ni juga" sambung aku lagi.
"Bukan macam itu j, kitaorang ni baru lagi. Baru nak merasa dan nak mencuba. Jangan lah kau terus bagi kami buat sesuatu yang mustahil."
Aku terus menyuluh orang yang bercakap depan aku.
"Nama kau apa?"
"Danial."
Aku hanya mengangguk kepala.
"Okay look danial and everyone, korang ni kira beruntung bila korang uji nyali, aku dengan geng-geng aku ni tunggu korang dekat luar. Kalau orang lain, memang korang semua ni kena tinggal terkontang kanting sorang-sorang dekat dalam bangunan yang usang macam banglo ni. So untuk apa takut? Korang sendiri nak merasa pengalaman itu kan?"
Sorry lambat update..
YOU ARE READING
TEAM PARANORMAL X EXTREME 2
HorrorHai Assalamualaikum.. kali ni aku nak ceritakan team paranormal x extreme bahagian dua.. stay tuned