Selesai tugasan, aku dengan yang lain terus balik ke kuala lumpur. Perjalanan memakan masa lama kerana aku kerap berhenti dan berhenti. Sampai saja di kuala lumpur, aku terus menuju ke shah alam tepat pukul 11 malam. Aku memandang alamat yang aku catit di atas kertas sambil aku memandang rumah yang berada betul-betul di hadapan aku untuk memastikan sama ada alamat tersebut betul atau tak. Perlahan-lahan aku menarik handbreak dan bersandar. Aku tarik nafas panjang dan hembus perlahan. Telefon yang berada di tangan aku, aku pandang dan tak lama tu aku mendial nombor adik aku. Tetapi tak berangkat. Aku terus keluar dari kereta dan berjalan di depan pintu pagar. Aku memandang ke kiri dan kanan. Cuba bayangkan rumah tu 2 tingkat tapi berharga rm50. Kau ghase? Aku terus mengundur beberapa langkah ke belakang dan aku terus berlari dan melompat melepasi pagar tersebut.
"Adoii!" Ucap aku perlahan.
Landing tak betul membuatkan kaki aku terpeliot sikit. 🤣🤣
Aku pandang ke kiri, kelihatan sebatang pokok kayu ara yang besar di tepi rumah dan kawasan sedikit semak dan aku pandang ke kanan pulak. Kosong dan tanah berbukit. Aku melangkah ke arah grill pintu dan pintu tersebut di mangga dari luar. Aku menghembus nafas perlahan. Aku keluarkan telefon dan menyalakan torchlight. Aku terus melangkah ke bahagian tepi rumah sambil aku suluh tingkap dibahagian tepi. Masa tengah suluh tu aku tersentak sebab aku perasan sesusuk tubuh tengah berdiri di tepi tingkap tersebut. Aku cuba positifkan diri mungkin aku tersilap pandang. SEBABnya kali kedua aku pandang susuk tubuh tu hilang. Aku terus melangkah ke belakang rumah. Sampai saja di belakang rumah, secara automatik bulu roma aku tegak. Telinga aku jadi berdesing dan aku jadi macam nak marah. Aku cepat-cepat cool downkan diri aku dan aku melangkah ke arah buaian yang terletak di tepi rumah tersebut. Torchlight aku matikan dan aku gerakkan sedikit buaian sambil aku pejam mata. Tengah aku dalam keadaan macam itu, buaian yang pada mulanya aku goyangkan sedikit tiba-tiba gerakkan buaian tersebut menjadi sedikit laju. Tetapi masa ini aku masih layan walaupun aku seorang yang tak boleh duduk di atas buaian yang bergerak lama-lama sebab aku seorang yang mabuk.
"Janna!!!" Jerit satu suara dekat telinga aku.
Aku cepat-cepat tersedar dan buka mata.
"Shit!" Ucap aku perlahan
Telefon yang berada di tangan aku, aku terus tekan butang torchlight. Alangkah terkejutnya aku bila aku suluh keadaan tersebut. Buaian yang aku sangkakan tengah bergerak tu rupanya buaian tersebut berhenti dalam keadaan.......... (Korang tahu tak buaian yang ada dua tempat duduk tu?) so buaian tu berhenti dalam keadaan senget sebelah. Tempat duduk yang aku duduk tu ibarat terapung ke atas dan tempat duduk yang kosong tu di bawah. Aku tak ambil masa yang lama. Aku terus pegang palang buaian tu dan aku melompat turun. Lepas je aku turun dari buaian tersebut aku berpaling dan suluh buaian tu. Perlahan-lahan buaian tu turun dan jadi kedudukan asal semula. Aku terus melangkah ke arah depan rumah dan bersandar di tepi dinding. Tak lama kemudian, around 12.30 malam, adik aku dengan kawan-kawan dia balik.
"Siapa tu?"
Aku yang tengah tundukkan kepala terus mendongak.
"Arghhh!!"
Salah seorang kawan adik aku jerit lepas melihat aku. Aku terus melangkah ke arah adik aku.
"Ann!! Kau dah kenapa berdiri dalam gelap tu?" Tanya adik aku dalam suara yang ditahankan.
"Aku nak terberak lah. Cepat buka pintu dan kau, tak payah nak jerit kuat sangat" ucap aku ke arah kawan adik aku.
"Macam mana kawan aku tak jerit kalau kau berdiri macam itu ann." Ucap crystal.
![](https://img.wattpad.com/cover/355024305-288-k420342.jpg)
YOU ARE READING
TEAM PARANORMAL X EXTREME 2
HorrorHai Assalamualaikum.. kali ni aku nak ceritakan team paranormal x extreme bahagian dua.. stay tuned