BAB 7

216 23 1
                                    

"Hehe, tak apa kalau kau jadi hantu. Jadi hantu cantik aku suka."

Aku memandang sham yang tengah tersengih dekat sebelah. Dia sengaja gesel-gesel bahunya dekat bahu aku.

"Sham, sekarang ni kaki aku je yang sakit, tangan aku sihat lagi. Tapi kalau kau nak rasa ong bak dari aku, kau buat lah" ucap aku perlahan.

"Okay! Kalau ong bak dari kau aku surrender. Alaaa nak gurau pun tak boleh. Kedekut lah" ucap Sham.

Aku hanya menjeling walaupun sham tak nampak.

"Banyak lah kau punya gurau."

Tengah aku borak-borak kosong dengan sham. Dalam around setengah jam macam tu, aku perasan bayang anuar dan mizan. Diaorang tengah memapah yusuf yang lembik. Aku cepat-cepat bangun dibantu oleh sham.

"Korang bawa dia keluar dari sini. Kita kena cari haikal"

"Haikal pun hilang?" Tanya mizan.

"Kan diaorang berdua masuk sekali. Kalau dah si yusuf ni kena rasuk, aku rasa haikal pun kena juga. Tapi instinct aku mengatakan yang haikal tak kena rasuk. Entah lah aku tak tahu lah. Tak apa bawa keluar si yusuf ni dulu."

Mizan dengan anuar mengangguk dan bawa yusuf turun tangga. Masa tengah nak turun dari tangga tu tiba-tiba di tingkat atas bunyi macam dentuman yang maha hebat. Macam rumah nak runtuh. Aku dengan yang lain berhenti melangkah dekat tangga tingkat dua dan mendongak memandang ke atas.

"Aku rasa kita kena keluar cepat-cepat ni. Ni amaran dah ni." Ucap aku.

Kitaorang terus turun. Sampai dekat tingkat bawah, anuar dan mizan keluarkan yusuf dan aku dengan sham berhenti kat tengah-tengah ruang tamu kedua.

"Kejap sham." Ucap aku seraya mengangkat tangan. Mata aku pejamkan. Aku berpusing secara perlahan dan tiba-tiba..

"Sham, cuba kau buka pintu dekat bawah tangga tu."

Sham terus suluh ke arah pintu yang betul-betul terletak dekat bawah tangga. (Siapa yang tahu pasal pintu kecil tu, maka tahu lah.) Sham terus meninggalkan aku dan dia melangkah ke arah pintu tersebut. Dengan kalimah bismillahirrahmanirrahim, pintu tersebut ditarik kuat oleh sham.

"Tolong!! Tolong!! Jangan!! Jangan!!" Jerit haikal. Sambil meracau-racau.

"Astaghfirullahalazim, eh ni aku ni. Sham,sham." Ucap sham sambil mengoyang badan haikal sampai dia sedar.

Haikal memandang sham. Tak lama tu dia terus peluk badan sham. Mungkin takut sangat kot.

Aku memandang sekeliling.

"Sham cepat sham bawa dia keluar" ucap aku

Aku dapat rasakan ada sesuatu dekat belakang aku. Sham cepat-cepat menarik haikal keluar dari pintu tersebut dan berlari ke arah pintu utama. Aku pulak melangkah dalam keadaan berjengkit. Maklumlah kaki tengah sakit. Bayangkan masa aku tengah berjalan tu, bulu roma satu badan aku naik menacak duh. Benda tu memang ada dekat belakang aku. Dia hanya ikut saja kemana aku pergi. Sampai saja di luar, baru ke kaki aku jejak dekat simen luar, tiba-tiba.

Kedeganggg...

Aku terjelupuk jatuh terduduk akibat hentakkan pintu tersebut di belakang badan aku.

"Dasar hantu tak bertauliah" bebel aku. Sakit pulak hati kitew wakk..

Anuar cepat-cepat datang ke arah aku dan angkat aku untuk bangun dan melangkah ke arah mereka semua. Aku terus duduk di bahu jalan.

"Aduh sakit"

"Kita nak buat apa dengan si yusuf ni j?" Tanya anuar.

Aku berpaling memandang dioarang yang tengah berkerumun yusuf.

"Bagi dia ruang." Ucap aku dekat budak-budak tersebut.

Diaorang akur dan bagi ruang dengan yusuf. Yusuf yang masih tak sedarkan diri, aku pandang mukanya lama.

"Budak ni ada saka sebenarnya. Sebab itu lah benda dekat dalam tu mengamuk." Ucap aku seraya mengurut kaki kanan.

Semua orang dekat situ terkejut dengan apa yang aku nyatakan.

"Mana kau tahu?" Tanya aman.

"Tu ada benda dekat belakang anuar." Ucap aku seraya menunjuk ke arah anuar.

Lepas je aku cakap macam tu, semua budak-budak tu melangkah ke arah aku dan berdiri dekat belakang aku. Mizan yang tengah pangku yusuf terus sandarkan yusuf kat tepi divider.

"Eh mizan, kau dah kenapa gila? Jatuh lah budak tuuu!" Ucap aku.

"Kau lah pergi cakap saka yusuf ada kat belakang anuar dah kenapa?. Bongok lah kau ni j."

"Dah aku cakap benda betul kan. Aku tengah fikir ni. Tak boleh ni nak bawa budak ni balik ke rumah. Kena cari tempat lain untuk ubatkan dia. Kejap aku call budi." Ucap aku seraya keluar kan telefon dan dail no budi.

Selepas aku selesai bercakap dengan budi dan tempat mana yang harus dibawa si yusuf ni, akhirnya kata sepakat aku ngan budi buat, iaitu rumah makcik anum. Rumah makcik anum dekat kampung medan. Tanpa membuang masa aku dengan yang lain terus gerak menuju ke kereta sementara air batu delima masih lagi basah di ubun-ubun dia.

"Anuar, kau bawa masuk si yusuf dalam kereta aku."

Anuar hanya menganggukkan kepala lantas masukkan yusuf ke dalam kereta aku. Seketika kemudian, kitaorang terus gerak ke kampung medan. Setengah jam kemudian kitaorang sampai ke rumah makcik anum. Aku perasan budi dari jauh. Budi terus melangkah ke arah kereta aku.

"Kenapa?"

TEAM PARANORMAL X EXTREME 2Where stories live. Discover now