BAB 34

164 25 0
                                    

"Tapi kalau bawa laju tak sampai sejam. Setengah jam je." Ucap khairul.

Aku memandang khairul.

"Kau kejap lagi keluar tak khairul?"

"Aku tak pasti lagi. Kenapa?"

"Aku ingat ke kalau kau nak keluar aku nak tumpang sekali." Ucap aku seraya menyimpan telefon di dalam poket seluar.

"Haa boleh kalau kau nak tumpang. Nanti nak keluar aku bagitahu dekat kau."

Aku hanya mengangguk kepala. Rokok yang tinggal putung aku jentik masuk ke dalam semak. Aku, puan anita dan khairul terus bangun dan melangkah ke arah puan ju yang tengah berborak dengan yang lain. Makanan tengah hari di sedia oleh isteri ketua kampung, Pieh. Ayam rebus apa tah. Aku dah tak ingat dah. Lepas makan apa semua aku terus solat dan melepak dekat luar dengan yang lain sambil-sambil tu puan ju buat taklimat dekat diaorang dan aku ambil gambar saja-saja dekat luar. Hari berlalu macam biasa. Sampai lah aku berada dekat situ empat hari. Malam empat, aku di datangi satu mimpi dimana aku mimpi adik aku tengah menangis dan dalam ketakutan. Puan ju cerita keesokkan hari.

"J, semalam kau mimpi siapa?"

Aku yang tengah sarapan ubi kayu berpaling memandang puan ju.

"Kenapa puan ju?" Tanya khairul yang berada di sebelah aku.

"Tak adalah. Semalam aku bangun nak pergi tandas, j mengigau sebut nama crystal. Rasanya nama tu kot kau sebut j."

Aku terdiam. Aku ambil air kopi dan minum.

"Aku mimpi adik aku." Ucap aku seraya memandang puan ju.

"Kita memang balik ngam-ngam seminggu ke atau?"

Puan ju menggelengkan kepala. Ubi kayu dia kunyah cepat-cepat.

"Tak juga j. Lagi dua kampung kita pergi then balik kl lah. Seminggu tu anggaran je"

Aku mengangguk perlahan.

"Kejap lagi aku nak keluar kejap. Aku nak buat panggilan."

Puan ju hanya menganggukkan kepala lantas menyambung makan. Dekat meja makan ketika itu menjadi sunyi dan sepi. Masing-masing membuat hal masing-masing. Tepat pukul 1 tengah hari, aku terus keluar dari situ dan menuju ke arah luar untuk mencari line. Sampai saja di luar kawasan, aku terus berhentikan kereta dan aku memandang sekeliling. Kiri kanan hutan. Tak ada satu pun pembangunan dekat sekeliling. Aku cepat-cepat keluarkan telefon. Berderet-deret notifications masuk. Aku terus mendial nombor crystal. Panggilan bersambung tetapi tidak diangkat oleh crystal. Tiga kali aku call, tiga kali tidak diangkat. Aku terus meninggalkan text untuk crystal.

"Aku di luar kawasan. Tak ada sebarang line dekat sini. Nanti apa-apa kau minta tolong anuar. Lagi dua atau tiga hari aku balik. Esok dalam waktu macam sekarang jangan kemana-mana. Aku nak call" ucap aku terus menekan butang sent.

Aku bersandar ke kerusi dan termenung. Mimpi pasal crystal tak sangat jelas semalam. Cuma dia menangis dan dalam ketakutan. Tengah aku dalam keadaan macam itu, aku teringat anuar. Terus aku mendial nombor anuar.

"Hello." Ucap aku.

"Hello, ya allah j!! Kau kat mana? Kau okay tak ni?" Tanya anuar.

Aku ketawa perlahan.

"Aku okay lah. Kan aku cakap dekat dalam line tak ada. Ini pun aku keluar sekejap." Ucap aku.

"Hish kau ni. Aku tahu line tak ada. Tapi takkan kau tak boleh keluar kejap untuk bagitahu aku apa-apa."

Dahi aku berkerut.

"Encik megat shahrul anuar oi! Nak keluar ni satu jam tau. Kitaorang ni memang betul-betul duduk dalam pendalaman. Ni pun aku keluar kejap je sebab nak tanya pasal crystal. Aku semalam mimpikan dia."

"Kau mimpi apa?" Tanya anuar.

"Aku tak tahu dan tak jelas sangat mimpi tu. Tapi dalam mimpi tu dia menangis ketakutan. Tadi aku call dia pun tak angkat kau ada pergi tengok dia tak?"

"Aku ada pergi tengok dia tetapi."

"Tapi apa?" Tanya aku selepas anuar diamkan diri.

"J kau tak baca text aku eh?" Tanya anuar perlahan.

"Tak aku tak sempat baca. Aku dapat je line aku terus call adik aku dan kau. Asal weh?"

TEAM PARANORMAL X EXTREME 2Where stories live. Discover now