"Aduh! Belakang aku sakit lah. Apahal eh?" Tanya aku dekat kak na.
Kak na yang tengah sedap makan mempelam berpaling.
"Belakang kau yang sakit kau tanya aku kenapa?" Tanya kak na.
"Halah mana lah tahu kot kau tahu kan?" Ucap aku seraya terlentang.
"Tak ada maknanya aih. Sakit aku sendiri pun tak terurus." Ucap kak na
"Kau sakit apa?" Tanya aku.
"Entah lah. Eh janna pecah rekord lah kau datang sini sorang-sorang. Mana kesayangan kau dua orang tu? Kalau tidak asyik berkepit je."
Aku ketawa perlahan.
"Eh cemburu ke?" Tanya aku.
"Cemburu tu ada lah sikit sebab yelah dua laki kau berkepit. Hebat kau jah."
Aku ketawa kuat.
"Haha bengong! Apa kau ingat aku bojan ke gila?"
Kak na turut ketawa sekali dengan aku.
"Bojan tu tak lah. Tapi melampau aku nengoknya." Ucap kak na.
"Mana ada lah. Diaorang dua tu sibuk. Tadi aku ada lah update dekat anuar bagitahu aku datang sini. Kang aku tak update kang bising orang tua tu. Itu jelah." Ucap aku seraya mendepakan tangan.
"Eh Kak na aku tengok kau makan mempelam ni kau mengandung ke setan?" Tanya aku seraya bangun duduk dan berdepan dengan kak na.
"Uhuk.. uhuk" kak na tersedak.
Cepat-cepat dia capai air sirap dan minum.
Kak na berpaling memandang ke arah aku.
"Aku nak mengandung anak siapa gila? Laki pun tarak."
Aku mengecilkan kedua mata.
"Laki tarak konon. Ni dekat kL ni jangan menipu lah. Aku tahu kau pergi kemana mana tau. Check in hotel bagai. Jangan dok gebang."
Kak na menelan liur sambil memandang ke arah aku. Mempelam di tangannya di letak ke dalam pinggan.
"Serius lah kau tahu?"
Aku hanya mengangguk perlahan.
"15 minit kalau kau tak keluar dari hotel tu memang kena tangkap dengan aku tau. Lepas tu masuk dalam surat khabar, seorang anggota polis di tangkap bersama seorang wanita tokey cafe di sekian sekian sekian berasmara dana terpampang di surat khabar. Tak ada dah kau nak jadi bini menteri dah kak na oi." Ucap aku ketawa kuat.
"Biadap kau eh janna." Ucap kak na.
"Eh aku cakap benda yang betul lah. Asal kau tak kahwin je dengan mamat tu. Sian dia." Ucap aku seraya menyalakan sebatang rokok dunhill.
Kak na menarik nafas.
"Aku tak boleh kahwin dengan dia lah janna sebab bekas laki aku tu minta aku rujuk dengan dia balik. Sebab yelah dia kan nak jadi menteri. Jadi aku nak kena putus dengan boyfriend aku tu."
"Jadi si samhuri tu setuju ke kau putus dengan dia?" Tanya aku.
"Aku tak cakap apa-apa lagi dengan dia."
Aku hanya menjuih bibir.
"Ikut kau lah kak na oi. Eh bak sikit pelam tu. Tiba-tiba aku rasa macam mengandung pulak." Ucap aku seraya ketawa.
Sengaja perli kak na.
"Bongok betul."
Aku ketawa kuat. Tak lama tu budi keluar bersama bungkusan kuning di tangan.
"Nah, aku dah tawar dah tasbih ni." Ucap pak budi.
Aku hanya menganggukkan kepala. Bungkusan tersebut dihulurkan dekat aku.
"Benda apa tu?" Tanya kak na.
"Tasbih." Ucap aku sepatah.
"Janna" panggil budi.
Aku yang tengah belek kain kuning terus mengangkat kepala.
"Kenapa budi?"
"Aku rasa macam tak sedap hati lah." Ucap pak budi.
Dahi aku berkerut.
"Tak sedap hati kenapa pulak?"
Pak budi menggelengkan kepala.
"Tak tahu lah macam ada benda nak jadi. Kau ada rasa apa-apa tak?" Tanya pak budi.
"Buat masa sekarang aku tak rasa apa-apa pun lagi." Ucap aku.
Pak budi hanya menganggukkan kepala.
"Tak apa lah kalau macam itu."
Belum sempat aku nak bersuara, telefon bimbit aku berbunyi.
"Báilame como si fuera la última vez
Y enséñame ese pasito que no sé
Un besito bien suavecito, bebé
Taki taki Taki taki, rumba"Aku terus keluarkan telefon bimbit aku dari bag pinggang. Dahi aku berkerut melihat nama yang tertera di skrin telefon aku.
'Crystal?'
Aku terus slide ke kanan.
"Hello."
"Annnnnnnn!!" Jerit crystal di corong telefon.
Aku terus jarakkan telefon ke telinga kerana bingit dengan suara nyaring adik bongsu aku.
"Hmm" ucap aku.
"Hehehe"
"Kenapa call?" Tanya aku.
"Mami suruh bagitahu dekat kau. Lusa aku turun kL sebab aku dapat sambung belajar dekat sana."
Dahi aku berkerut.
YOU ARE READING
TEAM PARANORMAL X EXTREME 2
HorrorHai Assalamualaikum.. kali ni aku nak ceritakan team paranormal x extreme bahagian dua.. stay tuned