MATA Qaira masih terpaku pada jalan raya. Darah yang berlumuran diatas jalan itu membuatkan tangannya menggigil ketakutan. Satu langkah demi satu langkah dia datang mendekat.
"Farrel, Farrel, sedarlah.. aku ni.." desak Rifqi sambil menepuk nepuk pipi lelaki yang terlantar di jalan raya itu. Mukanya penuh dengan kesan calar akibat hentakan kuat ke jalan tar.
"Rif..qi.." air mata Qaira mulai jatuh membasahi pipinya yang kemerahan akibat terkejut. Dilihatnya bagaimana Rifqi sedang cuba menyedarkan Farrel yang sudah hampir nyawa-nyawa ikan itu. Orang ramai mula mengerumuni mereka dan menarik keluar Dania dari perut kereta itu.
"Ma..afkan..ak..u.."
"Farrel, aku maafkan kau. Aku tak pernah berdendam dengan kau. Terima kasih untuk khidmat kau selamani.. "
Jari Rifqi naik menyentuh bahagian nadi lelaki itu. "Allahuakbar.."
Tiada lagi denyutan.
Terduduk Rifqi disitu sambil dia menangis perlahan. Sejak kehilangan ibunya, air mata senang sahaja ditumpahkan. Kini, dia kehilangan seseorang yang pernah berjasa dalam menguruskan hotelnya.
Ya Allah, ampunilah setiap dosanya Dia pekerja yang baik.
Kalimah syahadah dibisikkan di telinga Farrel sebelum dia perlahan lahan merautkan wajah lelaki itu.
Qaira masih lagi terdiam. Kejadian itu dilihatnya didepan mata. Sungguh mengerikan. Saat Rifqi kembali memandang Qaira untuk memastikan bahawa gadis itu sedang baik baik sahaja, Qaira menganggukkan kepalanya sebagai tanda dia okey dengan mata yang sudah berkaca kaca dengan air mata jernih.
"DAH nak jadi suami orang dah kawan aku ni.." usik Naufal sambil menyiku nyiku lengan Rifqi. Sengaja mahu menambahkan lagi tekanan yang sedia ada.
"Ish dia ni" Rifqi mengurut urut dadanya sambil dia beristighfar panjang.
"Tok, saya nak pergi solat lagi sekali.."
"Solat apa pula kamu ni? Tadi dah solat sunat dhuha kan?" Tanya Tok kadi yang sudah kehairanan. Budak ni gemuruh sangat ni.
"Saya rasa saya kena solat hajat pula kalini. Pengantin perempuan tak sampai lagi kan, saya solat dulu lah ya tok.." Rifqi bingkas bangun lalu mencari tempat di pinggir tepi sana untuk menunaikan solat sunat hajat. Sejak bila dia ada darah gemuruh pun dia tak pasti.
Tok kadi tersenyum menggeleng. Bertuahnya pengantin perempuan dapat bersuamikan lelaki seperti dia. Jarang jarang kes dia dapat tengok pengantin lelaki solat sunat banyak kali hanya kerana rasa gementar.
Ketika Rifqi sudah dirakaat kedua, Qaira sudah muncul lengkap berpakaian busana pengantin. Sejuk hatinya memandang Rifqi yang sedang solat dibahagian tepi sana.
Setelah selesai menandatangani mana mana borang yang berkaitan, proses ijab kabul mula dilaksanakan.
Dengan lafaz bismillah,
"Aku terima nikahnya Qaira Alana Binti Qayyum dengan mas kahwinnya sebanyak RM7,000 tunai.." ucapnya dengan sekali lafaz. Alhamdulillah dengan sekali lafaz itulah, mereka akhirnya sah bergelar suami isteri. Ayahnya disebelah tersenyum dengan perasaan yang agak terharu melihat anak lelakinya kini bakal menggalas tanggungjawab seorang suami. Rifqi kemudian bangun dan keluar dari tempatnya untuk menunaikan solat sunat sebagai tanda kesyukurannya.
Air mata di kelopak mata Qaira yang sedang bertakung lama itu dipendam. Rosak makeup nanti, fuh.. Setiap pergerakan solat naik turun Rifqi itu ditatapnya lama. Lelaki itu telah sah menjadi suaminya sekarang. Doanya selama ini telahpun termakbul.
Terima kasih, Ya Allah.
Reanna yang berada disebelahnya itu tersenyum manis kearah Qaira. Air mata gadis itu dilap dengan berhati hati.
"Tahniah Qaira. Selamat pengantin baru.
YOU ARE READING
Enchanted [COMPLETED]
General Fiction'I was enchanted to meet you' Pertemuan yang tidak diduga, walaupun hanya sementara namun memberi kesan kepada Qaira Alana, seorang perempuan yang begitu dahagakan kasih sayang keluarga. Dari kecil, dia hanya diajar untuk pentingkan akademik dan kej...