SPECIAL CHAPTER 2

4.5K 199 8
                                    

RUANG kafe buku yang agak luas itu dipandangnya dengan senyuman yang puas. iPad dibuka lalu sekeping dua gambar diambil dan disimpan sebagai kenangan. Aplikasi Instagram dibuka lalu dia mengemaskini story ig miliknya.

Akhirnya setelah sekian lama dia menggembleng tenaga, kini dia telah berjaya membangunkan kafe buku yang pernah diimpikan arwah isterinya dahulu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Akhirnya setelah sekian lama dia menggembleng tenaga, kini dia telah berjaya membangunkan kafe buku yang pernah diimpikan arwah isterinya dahulu.

Qaira mesti bangga kan, sebab aku dah wujudkan impian dia.. dan kesemua wishlist yang aku telah gapaikan untuk dia telah aku simpan didalam galeri dan dimuat naik di laman Instagramnya juga.

Ruang highlights di dalam laman Instagram miliknya dibuka. Satu persatu gambar yang dia pernah kemaskini dia lihat dan tatap dengan senyuman.

I keep my promise to fullfill your dream, can you at least approach to my dream for at least once, wife...

Air mata yang bertakung itu dikesat. Mukanya ditekup dengan kedua belah tapak tangan yang sedia untuk dihujani air mata. Sudah bertahun tahun berlalu, tak pernah sekali pun dia mimpi tentang Qaira. Untuk berjumpa di dunia itu sudah tentulah mustahil..

Sehari sebelum majlis perkahwinan mereka...

"Awak, saya nak cerita sesuatu ni. Nak dengar tak?" Kata Qaira teruja. Bibirnya tidak berhenti senyum sambil dia dekatkan kerusi ke meja kerja Rifqi. Tampaknya lelaki itu agak sibuk sedikit. Mungkin kerana besok mereka bakal melangsungkan perkahwinan jadi bakal suami dia tak mahu bertangguh kerja.

"Nak, ceritalah" pelawa Rifqi. Laptop dialihkan kekanan untuk dia memberikan perhatian kepada Qaira.

"Saya kan, semalam saya mimpikan arwah mama tauu. Sukanyaaa. Saya kan dah lama teringin nak mimpikan dia. Selalu tengok dalam gambar je sekarang arwah mama muncul. Arwah ama senyum tau tengok saya. Mungkin dia nak ucapkan tahniah dekat saya" kata Qaira sambil tersenyum lebar. Rifqi turut tumpang gembira.

"Wah, lepastu apa yang jadi? Mesti kau happy kan dapat jumpa walaupun dalam mimpi. Peluang bukan datang dua kali, alhamdulillah..."

"Saya dah tak ingat tapi yang penting saya happy" ujar Qaira sambil menepuk nepuk tangannya dengan gembira.

"Oh lagi satu, saya dah terminate contract penyanyi tu. Jadi lepas ni saya kan nak bantu awak uruskan TGLV hotel tu je. Kita sama sama jatuh bangun ya?"

"Jatuh bangun eh? Biasanya kalau ada orang baru nak masuk saham TGLV, kena ada jaminan dulu."sakat Rifqi sambil mengangkat keningnya beberapa kali.

"Oh yes. Kita pergi konsert Justin Bieber jom.." kata Qaira tiba tiba.

"Eh apa kaitannya? Haih Belum apa apa lagi dah nak madukan aku dengan orang lain eh?" Tanya Rifqi. Kedua dua belah lengan disilang. Muka dikerutkan lagi seperti merajuk.

"Eh eh jealous ke?"

"Tak adalah. Siapa jealous?"

"Tu semut tu ha. Dia jealous dengan Justin Bieber.. " jari telunjuk diarahkan ke laluan yang entah dimana mana. Main tunjuk saja. Biarlah. Perempuan kan selalu betul.

Enchanted [COMPLETED]Where stories live. Discover now