3 Tahun Sebelum
Kecoh suasana rumah milik keluarga Tan Sri Tengku Affan dan Puan Sri Amanda tatkala keluarga belah lelaki tidak hadir ke majlis pernikahan yang bakal dilangsungkan.
Terduduk Tengku Naila di atas kerusi pelamin apabila mendengar perkara yang disampaikan oleh Tengku Nazrul, adiknya barusan.
Setelah 4 tahun menjalinkan hubungan percintaan. Begini pengakhiran kisah cinta dia dengan tunangnya? Sungguh Tengku Naila tidak percaya. Tengku Naila hampir mahu pengsan. Nasib baik ada Umairah, sahabatnya yang sempat memegang bahu Tengku Naila.
"Zik tak datang? Zik lari? Zik tipu aku ke Umai? Selama ni dia tipu aku? Dia tipu aku ke Umai? Umai, jawab aku." Bertubi-tubi soalan Tengku Naila buat Umairah. Dia meminta jawapan dari Umairah.
Memang selama ini Zikri, tunang kepada Tengku Naila menipu Tengku Naila. Zikri bercinta dengan Tengku Naila hanya sekadar mahukan nama dan kemewahan sahaja. Setelah dia dapat segala apa yang dia mahu. Dia pergi macam tu saja.
Tinggalkan Tengku Naila di hari penting bagi Tengku Naila. Larikan diri. Malukan Tengku Naila dan keluarga Tan Sri Tengku Affan.
"Dari dulu lagi aku dah bagi kau warning. Tapi kau degil. Kau tetap percayakan Zik." Balas Umairah dan diangguki Tengku Naila.
Betul. Umairah dah banyak bagi dia peringatan dan amaran tentang Zikri. Serta menyuruhnya jangan terlalu percaya pada Zikri. Tapi apa yang Tengku Naila buat? Dia buat tak dengar dan sanggup bergaduh dengan Umairah hanya kerana Zikri.
Lelaki yang tak kenang diuntung itu. Bukan hanya Umairah saja. Bahkan Tan Sri Tengku Affan dan Tengku Naqeeb sudah banyak kali beri dia bukti berupa gambar di mana Zikri keluar dengan banyak perempuan.
Keluar masuk kelab malam. Minum arak. Keluar masuk hotel. Hotel itu ibarat rumah kedua bagi Zikri. Tapi takda satu pun yang Tengku Naila percaya.
Dia malah boleh menyalahkan semua orang hanya mahu merosakkan hubungannya dan menuduh katanya semua orang tak suka tengok dia bahagia.
Tanpa menunggu lebih lama, Tengku Naila bingkas bangun dan berjalan naik ke atas untuk ke biliknya.
Langsung tiada setitik air mata yang jatuh mengalir dari matanya. Patut lah sejak kebelakangan ini perangai Zikri agak lain. Rupanya ini yang Zikri mahu lakukan.
Umairah, Puan Sri Amanda dan Tengku Nazrul hanya melihat kepergian Tengku Naila. Tengku Naila bukan lah seorang yang lemah. Dia tahu apa yang patut dia buat.
"Nak pergi mana anak awak tu?" Tanya Tan Sri Tengku Affan kepada isterinya sambil mata dia terus memerhati Tengku Naila. Puan Sri Amanda sekadar menunjuk ke arah bilik Tengku Naila.
Dekat saja dengan Puan Sri Amanda. Terus Tan Sri Tengku Affan memeluk isterinya dari tepi. Sempat dia mengucup tepi kepala sang isteri. Tengku Nazrul yang melihat itu sudah menaikkan kedua matanya ke atas.
Dari muda sampai ke tua asyik romantik saja. Menyampah Tengku Nazrul tengok. Kadang-kadang Tan Sri Tengku Affan sengaja buat begitu kerana mahu anak-anaknya cemburu.
Entah apa-apa perangai bila dah tua si Tengku Affan korang ni.
"Cemburu kan?" Soal Tan Sri Tengku Affan kepada Tengku Nazrul seraya menaikkan kedua alisnya beberapa kali.
"Stop it, daddy. Dah tua pun." Balas Tengku Nazrul malas.
"Cemburu cakap. Pergi cari awek sana." Selamba Tan Sri Tengku Affan menghalau anaknya.
Puan Sri Amanda menggeleng saja melihat tingkah suami dan anaknya. Memang bapa dengan anak bongsu dia ni asyik tak nak mengalah. Selalu sangat nak cari gaduh. Haih.
Kadang Puan Sri Amanda penat nak melayan. Dua-dua merengek nak dimanja. Memang dua-dua kena tarik telinga.
Umairah sudah melepaskan tawanya apabila melihat Tan Sri Tengku Affan dan Tengku Nazrul bergaduh mulut.
Pemandangan seperti ini memang dah biasa bagi dia. Umairah dah selalu datang ke rumah keluarga Tengku Naila. Jadi semua perangai manusia dalam rumah ni, Umairah dah hafal sangat.
**********
Tengku Naila menutup pintunya dengan kuat. Dia tak kisah kalau orang dengar sekali pun. Biar lantak lah. Sekarang ni hati dia tengah panas dengan Zikri.
Dia akui dia bodoh sebab tak dengar kata Tan Sri Tengku Affan, Tengku Naqeeb, Tengku Nazrul, Puan Sri Amanda dan Umairah. Memang dia bodoh sebab terlalu percayakan Zikri.
Sekarang? Ini padahnya. Dasar lelaki buaya. Lelaki tak kenang budi. Dia tipu aku. Apa dia ingat.. kalau dia blah macam tu dan buat aku malu macam sekarang ni. Aku terhegeh-hegeh dengan dia ke? Cari dia pastu melutut suruh dia kahwin dengan aku?
Memang tak lah. Jangan sampai Tengku Naila yang buat dia melutut dan minta maaf.
Panas hati Tengku Naila. Nak sedih pun dah tak guna. Benda dah jadi. Memang bodoh punya jantan. Jangan sampai aku jumpa dia, memang Tengku Naila pijak muka dia.
"You tunggu, Zik. I akan pastikan you malu sama macam you buat I. Lelaki takda telur!" Umpat Tengku Naila seraya menjerit di akhir ayatnya.
Veil yang dipakai dibuka kasar dan dicampak ke lantai. Gincu yang digunakan pun dikesat dengan kasar untuk menghilangkan warna merah tersebut.
Tapi tanpa Tengku Naila sedar. Ada seseorang yang sedang tersenyum apabila mendegar berita tentang ini. Dah lama dia simpan perasaan pada Tengku Naila sejak dari kali pertama dia melihat Tengku Naila di seberang jalan semasa Tengku Naila hendak ke kedai runcit berhadapan dengan sekolah menengah.
Dengan Tengku Naila masih memakai baju sekolah. Cantik dan comel. Sejak dari itu hatinya mula terpaut pada Tengku Naila.
"I think now is your turn, along. Jangan lambat lagi." Kata Tengku Elya kepada Tengku Luthfi.
Iya. Tengku Luthfi lah lelaki yang telah menyimpan perasaan cinta buat Tengku Naila selama bertahun-tahun. Dipendam perasaan itu. Hancur hati Tengku Luthfi saat dia tahu yang Tengku Naila mahu berkahwin.
Tapi sekarang tidak. Hati dia bahagia. Bahagia sangat.
"Betul tu. Sekarang giliran along untuk tambat hati kak Naila." Sampuk Tengku Nuha, adik nombor tiga Tengku Luthfi.
Tengku Luthfan, adik paling bongsu menganggukkan kepalanya tanda menyokong kata-kata kakak-kakaknya barusan. Diaorang bertiga memang sangat menyokong abang sulung mereka untuk mencuri hati Tengku Naila.
Walaupun Tengku Naila seorang yang seksi. Tapi Tengku Naila mempunyai hati yang baik. Dan diaorang yakin yang abang diaorang ini takkan suka perempuan yang bukan-bukan.
Pasti ada sesuatu pada diri Tengku Naila yang hanya Tengku Luthfi saja nampak. Orang lain? Pasti lah tak nampak.
"Thank you dah sokong along. Doakan je untuk along." Ucap Tengku Luthfi ikhlas.
Tbc..
Don't forget to VOTE and COMMENT❤️✨
YOU ARE READING
MRS LUTHFI : MY LOVER [C]
RomanceTengku Luthfi Haikal 💓 Tengku Naila Ameera Tengku Luthfi Haikal. Siapa saja yang tidak mengenali jejaka tampan ini? Semua orang kenal. Anak kepada Tengku Firash Zayden dan satu-satunya pewaris terbesar serta CEO bagi syarikat F'ZAY HOLDING. Seorang...