MRS LUTHFI : 9

2.5K 170 6
                                    

Tengku Naila berjalan ke arah kereta McLaren 720s berwarna hitam yang terparking di luar halaman rumah keluarganya. Ganas. Kena sangat dengan gaya orang yang bawanya.

Sampai saja dekat dengan kereta itu, Tengku Naila membuka pintu dan melangkah masuk ke dalam. Masam wajahnya. Muka orang di sebelahnya langsung tidak dipandang.

Terkelip-kelip mata Tengku Luthfi merenung wajah si cantik kesayangannya. Kenapa ni? Badmood saja. Selepas itu, Tengku Luthfi menarik tangan kanan Tengku Naila. Berpaling kepala Tengku Naila memandang Tengku Luthfi dan tangannya yang sudah selamat digenggam.

"Kenapa? Monyok je. Nak share?" Tanya Tengku Luthfi dengan nada yang cukup lembut.

Tersebik terus bibir Tengku Naila apabila disoal begitu. Lagi-lagi nada suara Tengku Luthfi tu lembut sangat. Tengku Luthfi tak pernah berkasar dengan dia. Jadi, Tengku Naila memang senang dan cepat terpujuk jika Tengku Luthfi yang pujuk.

"Why manja?" Dagu Tengku Naila dicuit sekejap sebelum pipi kiri Tengku Naila diusap lembut.

"Naz.."

"Kenapa Naz?"

"Naz lubangkan dress favourite I." Mengadu Tengku Naila kepada tunangnya.

Memang Tengku Nazrul ada lubangkan dress Tengku Naila pagi tadi. Padahal dress tu dia nak pakai masa keluar dating dengan Tengku Luthfi sekarang lah. Tapi gara-gara Tengku Nazrul, dress dia berlubang.

Dah lah Tengku Naila susah nak pakai dress tu. Dia akan pakai bila dia rasa hari tu adalah hari special dan nak keluar bersama dengan orang special.

"Nanti kita beli dress baru." Pujuk Tengku Luthfi sambil menatap ke dalam mata Tengku Naila.

"Tak nak.. itu dress I, I beli dekat New York. Dress tu limited. Dah tak jual. I susah nak pakai dress tu. Tapi Naz lubangkan.." Merengek Tengku Naila manja. Kepalanya disandarkan di kerusi.

Terbit senyuman kecil Tengku Luthfi melihat wajah monyok Tengku Naila. Comelnya. Pipi kiri Tengku Naila masih setia diusap.

"Anggap je dah takda rezeki. Nanti kita beli baju baru dengan design baru. Aku belanja. Jangan merajuk. Kita nak cari barang hantaran ni." Setia Tengku Luthfi memujuk sang kekasih hati.

Lembut saja pandangan yang dilemparkan Tengku Luthfi buat Tengku Naila. Comel sangat.

"You.." Merengek manja Tengku Naila. Tangan Tengku Luthfi yang mengusap pipinya dipegang lalu Tengku Naila menjatuhkan dahinya di atas tangan besar lelaki itu.

Tengku Luthfi berkalih membelai kepala Tengku Naila. Dagunya disentuhkan di atas kepala Tengku Naila. Nak cium, tak boleh lagi. Tunggu dah halal.

"Kita beli baru?" Ajak Tengku Luthfi.

"Tak sama.." Masih merengek. Kalau macam ji gayanya, bila diaorang nak gerak?

"Habistu, kau nak aku buat apa? Aku tak boleh nak balikkan semula dress kau jadi tak lubang. Aku takda super power." Seloroh Tengku Luthfi dengan masih menatap Tengku Naila yang masih menjatuhkan kepalanya di tangan Tengku Luthfi.

Tengku Naila mengangkat kepalanya dan memandang tepat ke wajah Tengku Luthfi yang beriak biasa. Niat nak mengadu. Tapi annoying pula si hensem milik Tengku Naila ni. Geram.

"Eee.. you ni. Orang suruh pujuk. Bukan buat lawak you yang tak lawak tu." Dipukul tangan Tengku Luthfi.

"Oh? Yeke?" Lagi saja nak mengacau Tengku Naila.

"Dah lah. Gerak lah jom. Sakit hati cakap dengan you." Dilempar tangan Tengku Luthfi yang memegang tangannya.

Terkejut Tengku Luthfi. Ganas. Patut lah Tengku Luthfi suka. Rawr.

MRS LUTHFI : MY LOVER [C]Where stories live. Discover now